~ Bersabarlah Sayang ~

13 November 2008 at 8:51 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik | 23 Komen

 

Memang perkara biasa simpang di taman rumah saya akan sesak di awal pagi. Ini kerana tiadanya lampu isyarat dan juga semak-samun yang semakin hari semakin menyemak tanpa kawalan.

 

Pagi tadi, saya asyik dihon oleh sebuah kereta Viva milik seorang lelaki kerana lambat melintas ke kanan dari simpang tu. Saya rasa mungkin dia tak biasa dengan simpang tu. Lagipun hanya kereta yang paling hadapan sahaja akan nampak kenderaan yang datang dari sebelah kiri kerana semak yang menyukarkan pandangan. Dan mungkin juga saya yang sangat lembap masa tu. 😦 Apapun, saya taklah ambil kisah dengan hon yang dilemparkan kerana pada saya keselamatan adalah lebih utama. Lagipun waktu tu baru jam baru 7.15 pagi, masih awal kan?

 

Apabila saya melintas je, tiba-tiba, Dummmm!!!!saya terdengar satu dentuman yang kuat. Bila saya melihat cermin pandang belakang, saya nampak kereta Viva yang asyik menghon saya tadi telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari sebelah kiri simpang tu. Sungguh tak sangka. Namun, saya hanya meneruskan perjalanan kerana sudah tentu simpang tu akan bertambah sesak jika saya berhenti juga.

 

Mungkin kalau lelaki itu bersabar sedikit, kemalangan itu dapat dielakkan. Tak salah kan kalau kita lambat sikit untuk lebih berhati-hati?

 

Sekadar Selingan: 🙂

 

pravs-j-where-you-belong

 

 

Advertisements

Steamboat dan Ragut

3 Ogos 2008 at 2:15 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 18 Komen

Jumaat malam sabtu yang lalu, abang long saya yang cool itu bermurah hati mengajak kami sekeluarga melayan steamboat. Restoren yang menjadi sasaran kami adalah sebuah restoren baru kat bandar baru bangi ni. Kat restoren ni, kita boleh pilih nak makan kat dalam restoren atau kat luar. Sampai sahaja di depan restoren, belum pun sempat keluar dari kereta, kami dikejutkan dengan kejadian ragut yang berlaku betul-betul depan mata kami. Seorang pemuda bertopi keledar tiba-tiba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang melayan steamboat bersama teman lelakinya. Menurut keterangan beberapa orang saksi yang ada waktu kejadian, beg tangan tersebut diletakkan di bawah kakinya waktu itu. Kemudian, si peragut lari sementara kawannya dah menunggu dengan motosikal tak jauh dari restoren itu. Berlaku la sesi kejar mengejar antara teman lelaki wanita yang malang itu dan si peragut. Namun, peragut itu berjaya menghilangkan diri kerana telah memecut motosikalnya dengan begitu pantas sekali.

 

Kesimpulannya, semoga kawan-kawan berhati-hati semasa makan di restoren terutamanya jika kita memilih untuk makan di tempat yang terbuka dan pastikan beg tangan sentiasa dipegang erat.

 

Apapun , lepas kejadian itu, kami sekeluarga tetap kembali kepada matlamat asal untuk menikmati steamboat yang best itu..:)

Si Gadis Kaunter

11 Jun 2008 at 12:14 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 13 Komen

Saya merupakan pengguna talian pascabayar. Bulan lepas, kerana terlalu sibuk, saya membayar bil saya betul2 pada tarikh akhirnya. Kebetulan waktu saya datang untuk membayar, sistemnya down. Jadi, saya diberikan resit membuktikan pembayaran telah di buat secara manual. Sebenarnya, walaupun dalam zaman yang serba canggih ni membolehkan pembayaran bil secara online je, tapi jika keadaan mengizinkan, saya masih suka cara yang lama. Saya suka berurusan di kaunter, saya suka berurusan 4 mata dengan orang, banyak yang saya boleh belajar (contohnya kisah yang saya nak cerita ni), asalkan saya tak perlu beratur panjang la sehingga membuang masa saya pulak.

 

Tapi, sabtu lepas, tiba2 akaun phone saya diblok tanpa notis dan memandangkan pusat bayaran tak dibuka, terpaksa la saya tunggu hingga ke Isnin untuk saya tanya apa yang tak kena. Bila saya datang pada hari Isnin, saya memakai seluar jeans dan blouse serta sandal je. Sampai je di kaunter bayaran, saya disambut oleh seorang perempuan muda yang saya yakin lebih muda dari saya. Saya yakin dia pekerja baru kerana saya cam semua pekerja kat pusat tu. Jelas dia tak mesra orangnya.

 

Gadis Kaunter: Ye Dik, nak ape?

 

Saya : emmm…saya nak tanya, kenapa phone saya kene blok? Saya dah bayar bil saya bulan lepas.

 

Gadis Kaunter : Nombor?

 

Saya : 01********

 

Gadis Kaunter : Rekod kami kata awak tak bayar lagi, betul ke dah bayar ni?

 

Saya : Dah..ni resitnya (mujur saya simpan semua resit bayaran bil)

 

Sekali lalu dia memandang resit tu dengan wajahnya yang masam.

 

Gadis Kaunter : emm…ok, pukul 4 atau 5 pm saya call.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

 Namun sehingga jam 6 petang, tiada call, bila saya call pusat tu (menggunakan phone kawan saya) tidak diangkat. Kebetulan saya tak sempat nak ke sana. Jadi, terpaksa la saya datang esok je.

 

Hari Selasa saya datang dengan memakai baju kurung, berbeg tangan dan memakai kasut tinggi. Setibanya di kaunter saya disambut oleh gadis yang sama seperti semalam. Mulanya nak tanya terus kenapa dia tak call dan settlekan problem saya, tapi saya sengaja tak nak buat camtu. Sampai je kat kaunter:

 

Gadis Kaunter : Selamat datang Puan, boleh saya bantu?

 

Saya terkejut sebenarnya masa tu, tapi try cool je..semalam punya la masam, hari ni siap panggil saya Puan lagi…tapi saya tak kahwin lagi yeee..takpe la tu..:D

 

Saya : Saya ada masalah, phone saya diblok, tapi saya dah bayar bil..(saya story balik untuk ingatkan dia, tapi dia macam tak ingat je, ataupun dia tak cam saya kot)

 

Gadis kaunter: Ok, biar saya check…..emmm..tiada rekod bayaran untuk bulan lepas dalam akaun Puan ni? Puan pasti sudah membayarnya?

 

Saya : Dah, ini resitnya, haritu masa datang sistem down. Jadi buat bayaran manual, mungkin terlupa dimasukkan rekodnya.

 

Gadis Kaunter : Oh, minta maaf  puan, boleh saya minta resit tu kejap untuk difotostat….dalam masa 5 minit lagi akaun puan akan ok.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

Apa yang saya boleh katakan:

  1. Jangan lewat bayar bil & simpan semua resit bayaran.
  2. Rupanya masalah saya tu cuma 5 minit je leh settle, tak faham saya kenapa pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa yang dibuat pada hari Selasa. Musykil!!..musykil!!
  3. Pakaian memberikan impak besar dalam urusan sesama manusia, saya dipanggil “adik” oleh orang yang lebih muda dari saya (walaupun saya tak kisah sangat pasal ni, memang saya kecik pun, dah biasa..ehee..)  dan dilayan acuh tak acuh kerana saya memakai pakaian yang sempoi2 je, tapi lain pula layanannya bila saya pakai yang agak formal. 
  4. Walau siapa pun atau bagaimanapun rupa pelanggan kita, jika urusan di kaunter kene la mesra pelanggan kan…Customer is a KING!!
  5. Pandai Gadis Kaunter tu berlakon.

 

 

 

Senjata Psikologi

28 Mei 2008 at 1:18 pm | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 8 Komen

Pernah tak kawan-kawan melihat orang berniaga dalam masjid? Berniaga di luar perkarangan masjid bukan perkara asing, tetapi terserempak dengan orang yang berniaga di dalam masjid macam pelik pulak buat saya. Mungkin kerana, ini pertama kali saya jumpa.

Mulanya bila saya masuk, saya terperasan seorang kakak bersama beg plastik yang besar berisi kerepek. Sangkaan saya mungkin kakak tu cuma berhenti untuk solat macam orang lain. Namun, selesai je saya solat, tiba-tiba kakak tu memanggil saya, kebetulan pula waktu tu memang takde orang lain kecuali dia dan saya.

Kakak Kerepek : Dik, belilah kerepek akak ni, sedap dik, dah sehari suntuk akak berniaga ni, belilah dik, kerepek ubi pedas ada, kerepek pisang ada.

Rayu akak tu bila saya sampai. Rupanya nak jual kerepek akak ni, bisik hati saya. Memandangkan mengejar masa, saya cuma memandang sepintas lalu dan terus terang padanya yang saya tak berminat walaupun yang sebenarnya saya penggemar kerepek.

Saya : Maaf kak, saya nak cepat la, kawan saya dah tunggu kat bawah, terima kasih ye kak, saya pergi dulu.

Anak kecil : Mak, laparnya, bila kita boleh makan, lapar la mak.

Tetiba seorang anak perempuan kecil datang, dengan wajah yang sayu, merayu minta makan dengan maknye. Rupanya ada anak akak ni.

Kakak Kerepek : Kejap ye nak, kerepek mak banyak lagi ni, lepas ni kita makan ye. Sabar ye nak.

Alamak…sedih la pulak saya rasa waktu tu, lagi-lagi bila memandang wajah si anak kecil itu.

Anak kecil : Kak, belilah kerepek mak saya ni, kalau tak lambat saya makan kak, saya lapar ni, tolonglah beli kak, rayu si anak kecil tu pada saya.

Bagaikan terpukau saya terus setuju beli, siap 3 bungkus lagi, kuat betul penangan anak kecil tu. Inilah kuasa kanak-kanak, cepat membuat kita tersentuh.

Kawan : Eh ,mana ko beli kerepek ni? patutlah lambat.

Saya pun menceritakan dari awal hingga akhir pada kawan saya.

Kawan : Tu la ko ni, cepat sangat percaya..ntah..ntah akak tu ketua sindiket yang guna kanak-kanak ke? Ataupun dia guna anak dia sebagai senjata psikologi ke? Mana la tau…kalau lapar sangat, bagi je la budak tu makan kerepeknye.

Saya : ishhh ko ni, kesian budak tu, kan ke masjid ni, lagipun aku cuma beli kerepek je la!

Tapi, lepas tu berfikir juga saya, tak dinafikan memang ada golongan yang tak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak untuk mengaut keuntungan sendiri. Apalah nasib kanak-kanak yang sepatutnya menghabiskan masa di sekolah menuntut ilmu dan di rumah bersama keluarga menjadi mangsa golongan yang tak bertanggungjawab ini. Yang peliknya, ada juga kanak-kanak tu, bila ditanya, mengaku suka pulak buat macam tu tanpa paksaan sesiapa.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.