~ Ada Apa dengan Zaman Sekolah ~

24 September 2008 at 10:52 am | Dikirim dalam Tagged | 18 Komen

 

Yaayyy!!Akhirnya tiba ke tag terakhir untuk dijawab minggu ni. Kali ni nono telah bermurah hati menghadiahkan saya sebuah tag mengenai zaman sekolah dulu. Thanks nono 🙂 .

 

Bad habits when you were in your school days.

 

1.  Dulu, kebanyakan kawan-kawan saya daftar sekolah agama ketika darjah 3 di sekolah kebangsaan. Saya pula daftar sekolah agama ketika darjah 2, means awal setahun. Memandangkan setiap peperiksaan saya lulus dengan cemerlang, saya dahpun darjah 5 sekolah agama ketika saya darjah 6 sekolah kebangsaan. Waktu tu cuma ada lima orang je yang sebaya saya. Yang lain2, adalah student form 3. Saya tak suka sangat dengan seorang ustaz ni. Dia mengajar Munakahat dan Al-Quran. Saya cop dia ustaz gatal, sebab saya benci sangat bila waktu dia ajar Munakahat. Tak tahu la sama ada saya yang tak matang nak belajar subjek tu, atau cara dia yang buat saya tak selesa. Dalam seminggu, tiga kali dia akan mengajar. Kerana tak sukakan dia, saya akan ponteng setiap kali ada subjek dia. Lagipun, kat umah takde siapa yang tahu saya ponteng. Periksa pulak saya tak risau, asal hafal je isi kandungan Kitab Mutaal’Badrin tu, bolehlah score. Buktinya, memang pun, exam setengah dan akhir tahun, kami berlima tetap top 5 dalam kelas. Masa dulu, memang cikgu suka buat soalan,jawapannya ada dalam kitab pun. Nasib baik kan? Eheee.. 😀

 

2.  Waktu di hostel, saya ada tabiat suka basuh baju malam2 lepas waktu tutup lampu. Maklumlah, habis prep malam, budak berebut2 nak basuh baju, awal pagi pun camtu. Saya ni jenis yang lambat sikit bila membasuh, jadi saya perlukan space saya sendiri supaya aktiviti membasuh lebih menyeronokkan..ahaks 😀 . Ada sekali masa form 3, saya dah set jam nak bangun jam 1 pagi nak basuh baju. Tengah-tengah syok membasuh, saya dengar pintu bilik warden dibuka, dan bunyi selipar basah menuju ke arah saya. Bila dah panik, saya terus tutup lampu, menyorok kat balik pintu. Yang peliknya, bunyi selipar basah tu dah dekat, tapinya warden tak muncul2 juga. Sebab dah musykil sangat, saya pun keluar. Rupa-rupanya takde sape2 pun. Apalagi, saya terus pecut masuk dorm. Malam tu memang takleh tidur sebab saya diganggu bunyi selipar basah. Memang serik la.

 

3.  Masa form 5, saya sangat stress sebab dah dekat nak trial SPM. Suatu hari, saya ajak kawan saya lari dari prep malam balik hostel. Memang cuak habis masa tu, jarang langgar peraturan katakan. Sebelum sampai hostel, sempat pulak kiteorang singgah surau nak solat isyak dulu. Tengah gelak2 sebab berjaya lari, tiba2 muncul warden lelaki yang merangkap cikgu BI saya kat surau tu. Alamak..kantoi la pulak!! Semasa di soal siasat, dia mengeluarkan satu gajet seolah2 merekodkan sesuatu dalam gajet tu. Rasa menyesal sangat, dah la 1st time buat salah, terus kantoi. Esoknya, asyik saya je kene soal dalam kelas BI nya. Tapi, rupa2nya gajet tu hanyalah sebuah kalkulator saintifik dan takde tindakan pun yang kiteorang kene…emmm..takut punya pasal, kalkulator pun saya dah tak kenal.

 

3 of your favorite subjects. Why?

 

1.  Biology  — Memang sukakan subjek ni tanpa sebab.

 

2.  BM Tingakatan 5 — Saya sukakan cikgunya. Namanya Cikgu Alim. Salah satu sebab utama saya sukakannya sebab wajahnya mirip wajah arwah bapak saya. Rasa sejuk je bila tengok muka cikgu ni. Dia juga suka main teka-teki dalam kelas, memang best la. Lagi satu dia orang jawa…ahaa..(pilih bulu la plak!!)

 

3.  Sejarah — Sebenarnya, dari form 1 sampai form 4, saya sangat benci subjek ni. Selalu je dapat markah rendah bila exam. Bila form 5, saya diajar oleh seorang guru yang sangat berdedikasi. Cikgu Saleh namanya. Macam-macam dia buat supaya student dapat score sejarah. Salah satunya, nota ringkas yang dibukukan, sangat membantu nota tu, syukur juga saya dapat 2A masa SPM for Sejarah.

 

3 subjects that you dislike? Why?

 

1.  Fizik — Saya memang bengap subjek ni. Susah betul saya nak faham. Saya gagal nak aplikasikan teori dengan soalan. Kalau ada soalan yang pernah saya jumpa, saya tahulah nak jawab. Masa SPM, saya nangis lepas jawab paper ni. Kesannya, saya dapat 4B je dalam Fizik.

 

2.  Add Math — Sama dengan fizik, sangat bengap subjek ni. Cikgu yang ajar pun,kadang-kadang macam syok sendiri. Saya tahu dia genius, tapi saya lembap, tu yang susah saya nak faham. Bila buat latihan, kalau takleh jawab, saya cepat fedup. Yang ni pun dapat 4B dalam SPM.

 

3.  Geografi Tingkatan 3 — Dulu cikgu yang mengajar subjek ni, suka bawak peta dalam kelas. Masuk kelas, bentang peta. Kalau hari tu kene belajar pasal taburan bijih timah, dia akan suruh semua pelajar diri, pastu tandakan kat peta mana ada bijih timah. Biasanya saya adalah antara orang2 terakhir yang dapat duduk. Sebab saya sangat malas nak membaca sebelum kelas. Tapi, tak sangka dapat A jugak masa PMR. Mungkin berkat sebab selalu kene berdiri sepanjang kelas geografi kot..ahaa.

 

About Me

 

1.  Dengan perempuan, saya seorang yang neutral, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tak memilih bila berkawan. Namun, saya ada ‘clique’ sendiri.

 

2.  Saya tak berkawan sangat dengan lelaki kecuali yang sekelas. Itupun cuma dengan yang duduk depan/ belakang/tepi meja saya dalam kelas. Jadi, ramai studet lelaki memang tak kenal saya. Pendek kata, saya memang tak glamour orangnya.

 

3.  Kaunselor cinta untuk kawan-kawan saya — Dulu, bila kawan-kawan saya ada masalah dengan boyfriend diaorang, atau ada skandal dalam hubungan diaorang, mereka suka mengadu pada saya. Portnye tepi tangga, waktunya selepas tutup lampu. Kadang-kadang tu sambil makan maggie. Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tolong menyelesaikan masalah mereka, tapi saya cuma meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan perasaan mereka. Manalah saya tahu pasal cinta, berkawan dengan lelaki pun tak.

 

4.  Tak aktif dalam ko-kurikulum — Saya memang tak layak nak masuk apa2 pertandingan mawakili sekolah dulu. Pernah sekali, saya pergi audition untuk pemilihan penari zapin sekolah. Masa hari pemilihan, saya tersingkir. Alasan cikgu tu, ketinggian saya tak sesuai untuk bergandingan dengan penari lelaki. Elehhh cikgu tu, kalau dia cakap saya tak pandai menari, saya terima. Dia kata saya pendek, memang saya terasa. Masa kecik dulukan, bila dah besar ni, saya faham kenapa penari perlu mempunyai ketinggian yang sepadan.

 

5.  Jaguh lumba lari jarak jauh untuk rumah sukan — Untuk rumah sukan saya, saya adalah salah seorang pelari harapan untuk acara jarak jauh. Merentas desa, 400 m dan 1000 m (errr.. yang ni saya tak ingat pulak berapa m sebenarnya). Sebenarnya jarang dapat pingat emas, biasanya pingat gangsa je. Tapi, sekadar jaguh kampung je la. Nak wakil sekolah..takde harapannnye!!

 

I used to love..

 

1.  Meletak gambar artis bollywood kat meja — Dulu memang zaman artis Bollywood digilai ramai termasuk la saya. Untuk menunjukkan betapa saya meminati mereka, saya letakkan poster besar Shah Rukh Khan dan Sonali Bendre atas meja saya dalam kelas. Cikgu tak pernah marah pun..eheee… 😛

 

2.  Bermain Rounders — Dulu waktu riadah, saya dan kawan-kawan saya akan bermain permainan ini setiap petang. Memang best!! Inilah yang buat saya rindukan zaman sekolah!!

 

3.  Menu Lunch Hari Jumaat — Setiap hari Jumaat, saya sanggup lari2 lepas kelas untuk mengelakkan beratur panjang kat dewan makan. Waktu tu saya risau sangat kalau2 lauk akan habis. Menu yang best itu ialah, udang masak sambal, ikan goreng dan masak lemak kobis je. 😛

 

I couldn’t live without..

 

My clique…Siti Nurul Ain Md Jamil, Syazwani Sharip, Norhidayah Yahya dan Siti Norkhadijah Addis. Kiteorang ada nama sendiri..Geng M**A.

 

Who did you call before you sleep at night?

 

Tak ada, saya cuma tahu guna handphone pada usia saya 20 tahun.

 

Note : Tahniah, jika anda berjaya membaca entri ini sampai sini, saya rasa entri ini sangat panjang. Maaf la, saya rasa excited bila menjawab tag ini.

 

Note lagi : Sekali lagi saya takkan tag sesiapa.

 

Note lagi dan lagi : Saya telah mencipta sebuah tag. Jadi selepas raya, saya akan tag beberapa kawan saya yang sudi mengunjungi blog saya ini. Tunggu ye!! 😉

 

 

 

Advertisements

~ Seribu Impian ~

23 September 2008 at 9:12 am | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

 

 

“…Seribu Impian pernah pun kita bina,

Demi masa depan…”

 

Masih ingat dengan lagu nyanyian Casey tu? Dulu masa zaman-zaman sekolah, lagu ni memang popular kan? Malah ramai juga antara kita yang menjadikan lagu ni sebagai lagu semangat dan lagu tema. Hari ini, saya yakin ramai di antara kawan-kawan saya yang sedang membaca ini telah pun berjaya mencapai impian masing-masing. Kalau belum pun, mesti sipi-sipi lagi nak mencapainya kan? Tahniah buat kawan-kawan!! Yang belum dan sipi-sipi lagi macam saya ni, jom kita kerja keras untuk mencapai apa jua yang kita impikan. Bak kata si Aleeya dalam Siri Impian tu.. “Apapun halangan kawan-kawan, Just Go For It, OK!!”. 😉

 

Setuju tak kalau saya kata, sebenarnya sepanjang hidup kita ni, tetap ada sahaja impian atau cita-cita yang kita nak capai. Tanpanya, mesti tak best kan hidup kita. Contohnya, kalau dulu masa sekolah, kita nak masuk universiti. Pastu dah berjaya masuk, kita mesti ada cita-cita nak tamatkan pengajian dengan cemerlang supaya senang dapat kerja suatu hari nanti. Bila dah ada kerja, kita akan fikir nak berumah tangga pula, dan macam-macam lagi la. Makanya, setiap awal tahun kita tentu akan menetapkan azam yang perlu dicapai kan? Jadi, bagaimana dengan cita-cita, azam dan matlamat kawan-kawan tahun ni? Dah tercapai?.

 

Sebenarnya, saya telah diberi hadiah oleh Najib dari blog Perfectexcel untuk menjawab satu soalan tag yang berbunyi :

 

Adakah semua cita-cita dalam tahun ini tercapai?

Apakah perancangan Julai sehingga akhir tahun ini?

 

Sejujurnya, soalan ini tidaklah susah untuk saya menjawabnya memandangkan ada beberapa matlamat besar dan kecil telah saya tetapkan untuk tahun ini. Cumanya, kebanyakan matlamat tersebut adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan. Namun, saya akan kongsikan la juga beberapa yang tak terlalu peribadi tu ye. 🙂

 

Cita-cita/azam/matlamat tahun ini:

 

1. Saya ada tiga matlamat besar tahun ni, satu daripadanya telah gagal dengan teruknya pada bulan lepas. Sangat menyedihkan. Memang bukan untuk saya. Saya redha. 😥 Dua lagi sedang dalam perjalanan.

 

2. Membaca bahan ilmiah/bukan fiksyen seminggu sebuah buku – Saya memang minat membaca. Namun, sebelum ni, saya lebih banyak membaca novel atau majalah berbanding bahan ilmiah/bukan fiksyen. Jadi tahun ini, saya tetapkan matlamat, seminggu saya perlu wajibkan diri saya menghabiskan satu bahan bacaan berbentuk ilmiah ini. Alhamdulillah, saya berjaya lakukan, malah kadang-kadang bila terlalu seronok membaca tu, seminggu pun boleh habis beberapa buah buku sekaligus.

 

3. Bersenam seminggu sekali – Selepas habis sekolah menengah, saya adalah orang yang paling malas bersenam. Kali terakhir saya bersenam adalah pada tahun kedua saya di KUSTEM, itupun sebab saya terlibat dengan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Pastu, masuk tahun ketiga dan sehingga tahun lepas, sangat-sangat la jarang saya bersenam. Tahun ni saya wajibkan diri saya, seminggu sekali saya perlu berjoging, Mujur juga ada taman rekreasi berhampiran dengan rumah. So, bersemangat jugak nak berjoging. Kadang-kadang saya pergi bersama anak-anak saudara sekali, lagilah seronok.

 

4. Balik kampung sebulan sekali – Sebelum tahun ni, saya cuma balik kampung bila ada urusan atau dah rindu sangat dengan mak. Tapi tahun ni, saya wajibkan diri saya, sebulan sekali mesti balik lawat mak kat kampung. Saya rasa, masa bujang nilah kita boleh habiskan banyak masa bersama mak. Saya pun tak tahu akan bertemu jodoh dengan oang mana, jauh ke dekat, dan akan duduk di mana selepas tu. Manalah tahu, dah kahwin nanti, ntah-ntah cuma dapat balik kampung bila raya je?. Jadi, masa nilah saya perlu gunakan sebaik mungkin untuk bersama mak tercinta.

 

5. Menabung sehari RM1 – Kalau dulu, saya cuma menabung duit syiling tapi tahun ni saya amalkan menabung sehari RM1. Moga-moga yang sikit ni, lama-lama boleh la jadi bukit suatu hari nanti hendaknya.

 

Perancangan Julai sehingga akhir tahun.

 

Perancangan utama saya, habiskan beberapa lagi kajian makmal yang masih tak dapat diselesaikan dan siapkan analisis data dalam penulisan tesis saya..itu sahaja matlamat yang patut diutamakan sekarang!!

 

Note : Saya tak bercadang nak hadiahkan tag ni kepada sesiapa, tetapi jika ada yang nak buat dan kongsikan bersama, amat dialu-alukan. 🙂

 

Tag by Kak Shila

19 September 2008 at 3:15 am | Dikirim dalam Tagged | 16 Komen

 

Hari ni saya akan menjawab tag yang telah dihadiahkan oleh Kak Shila.

 

Pasal gambar manga tu, saya dah try banyak kali, namun gagal untuk masuk ke web tu..pelik jugak. So, tak nak membuang masa, saya hanya menjawab beberapa soalan yang telah diajukan je ye.  

 

What is the most important thing in your life?

Keluarga saya.

 

What is the last thing that you bought by your own money?

Buku Asas Perakaunan untuk Usahawan.

 

Where do you wish to get married?

Majlis nikah kat masjid, majlis persandingan pihak perempuan kat umah mak saya, majlis persandingan pihak lelaki terpulang pada dia yang tentukan.

 

How old do you think you will be permanently owned by your love.

Sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat…dengan izin ALLAH.

 

Are you in love?

Selalu..setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik, setiap hembusan nafasku ini. 😛

 

Where was the last restaurant you had dinner?

Berbuka puasa ngan kawan-kawan kat Kg Baru, sebuah restoren western food yang saya tak tahu namanya, tapi ada bot kat restoren tu.

 

Name the latest book that you bought?

Ungu Karmila by Ramlee Awang Murshid…saya bagi 5 bintang kat citer ni!! Thriller abes!!

 

What is your full name

Juliana binti Karso.

 

Do you prefer your mother or father?

Saya cuma ada mak sekarang ni, dialah ratu hati saya.

 

Name a person that you really wish to meet in real life for the first time

Arwah bapak saya, dia meninggal masa saya 5 tahun, tak banyak memori saya bersamanya yang saya ingat, saya teringin sangat dengar suara dia memanggil nama saya.

 

Christina or Britney?

Tiada komen.

 

Do you do your own laundry?

Yupp..dengan menggunakan mesin basuh automatik sepenuhnya.

 

The most exciting place you want to go?

Pulau-pulau di Malaysia.

 

Hugs or kisses?

Dua-dua.

 

Point out 5 things about the person who tagged you

Nama penuhnya Nur Wasilah binti Hj Siam

Mempunyai 2 orang anak (kalau salah, sila betulkan)

Seorang ibu yang penyayang.

Berada di Batu Pahat, Johor

Nama blognya, Bila Hati Bicara.

 

8 things I am passionate about

Pulau

Pantai

Air Terjun

Membaca

Taman Bunga

Kek dan Muffin.

Motivasi dan Pembangunan Diri.

Perniagaan.

 

8 things I say too often

Hai..apa khabar hari ini?, erk?, taadaa!!!, aduh!!, owh..ye ke?, yeehaaa!, Ishhh!, jeng…jeng!

 

8 books I’ve read recently…emmm..repeatedly

  1. Semua novel by Ramlee Awang Murshid – novel Melayu yang saya boleh baca berulang2 kali tanpa jemu.
  2. Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray.
  3. Ibu Kool, Bapa Hebat by Jamiah Samian –  Buku parenting yang sangat best!
  4. The Secret by Rhonda Byrne
  5. Nota Jutawan Nota Motivasi by Irfan Khairi.
  6. How to Stop Worrying and Start Living by Dale Carnegie
  7. Majalah Mingguan Wanita
  8. Oxford Dictionary of Biology – terpaksa baca..uhuu

 

 

8 songs I could listen to over and over again

  1. Lately suka lagu Dengan NafasMu by Ungu – sangat menyentuh perasaan.
  2. Jendela Hati by Saujana – suka dengar lagu ni setiap pagi, dah macam breakfast.
  3. Sampai Syurga by Faizal Tahir – Love this song very much!
  4. Kucinta kau apa adanya by Once – I will!! Always!! 😛
  5. Lucky by Jason Mraz feat. Colbie Caillat – Adakah saya BERTUAH selalu?
  6. Leaving On Jet Plane by Chantal Kreviazuk
  7. All I Have To Do Is Dream by The Everly Brothers – Lagu retro ni, suka dengar sebelum nak tido..dream…dream..dream…zzzzzz
  8. Julia by Exist – Lagu tema saya..ahaaa..kan ada nama saya di situ tu.. 😉

 

 

8 things I learned last year

  1. Work smart not work hard!
  2. Planner of the day sangat penting!
  3. Tak guna ada duit andai tak tahu nak uruskan duit.
  4. Berterus-terang membantu menyelesaikan banyak perkara.
  5. Jangan mengharap pada orang yang tak pernah memberi harapan padamu.
  6. Bila orang tua2 bercerita, kadang2 mereka tak perlu apa2 komen dari kita, kalau betul jadikan iktibar, kalau rasa2 tak berapa betul, diamkan aje. Mereka hanya sunyi dan mahukan teman untuk berbicara.
  7. Shopping adalah aktiviti yang menyihatkan badan, merangsang kita berfikir dengan cepat dan membuat keputusan dengan tepat apabila terlalu banyak pilihan, mungkin saya patut belajar sukakan shopping…ahaa.. 😀
  8. Senyum, ketawa dan menangis sama pentingnya. Tapi senyum je yang boleh lebih-lebih.

note : fuhhhh..penat menjawab tag ini..ramai yang dah jawab tag ni, jadi tiada sesiapa yang hendak ditag lagi.

note lagi : Akhirnya, dapat gak berbuka puasa ngan kawan-kawan tercinta.

note lagi dan lagi : Sabtu ni nak berbuka kat Ampang pulak…sudah rindu dengan masakan akak saya dan rindu nak jumpa anak-anak sedara yang nakal itu..yeehaa!! 🙂

Ada apa dengan ‘ 7 Perkara’

14 Ogos 2008 at 12:40 pm | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

Hari ni, saya akan menunaikan kewajipan saya menjawab TAG yang telah dihadiahkan oleh Cik t.a.t.a yang chomel dan Cik Ixora si rama-rama.

 

  • Kecik ke? à Saya kecik orangnya, tinggi cuma 4 kaki 10 inci dengan berat badan bawah 38 kg (teori Cik Buzzybug kata saya ni terlebih beri kasih sayang kat orang..whatever la! ehe 🙂  ). Dengan kelebihan saya ini, bila saya mengaku umur saya 25 tahun, ramai gak yang tak percaya. Tapi, saya suka berterus terang tentang umur saya, ia membuatkan saya lebih berkeyakinan dan tanda bersyukur kerana saya dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. 
  • Peramah ke? à Dulu saya ni agak pendiam, tapi sejak menjebakkan diri dalam arena perniagaan..chewah!..saya kini agak peramah pula orangnya. Bukanlah maksud saya peramah tu banyak bercakap, tapi saya suka menjadi pemula perbualan dengan banyak bertanya. Saya suka sangat mendengar cerita lagi2 kalau orang yang cerita tu orang yang berumur dan banyak pengalaman pula. Sebab saya rasa macam dapat ilmu free je. Yang penting cerita tu berguna dan ada manfaatnya dan bukan mengumpat atau mengaibkan orang lain ye…:) 
  • Ulat ke? à Jika orang lain, masuk shopping complex untuk bershopping atau berdating, saya pulak suka bertapa kat kedai buku. Saya sangat sukakan kedai buku, tenang berada di dalamnya, damai dengan menghirup aroma buku di sekelilingnya…dan yang paling best sebenarnya membaca buku FREE di dalamnya..ahaa..kedai buku favourite saya ialah kedai buku MPH Midvalley dan juga MPH Alamanda, Putrajaya.  
  • Tak pernah tengok wayang à Sehingga hari ini, saya tak pernah sekali pun jejakkan kaki kat panggung wayang. Saya lebih suka beli CD atau tunggu je cerita tu masuk kat TV, takpun tengok free kat youtube. Nak kata saya tak suka wayang, tak jugak. Pernah sekali kawan saya nak belanja tengok wayang dan saya dah setuju. Tetiba, bila masa nak pergi je, ada hal lain yang lebih penting dan terpaksa dibatalkan. Mungkin saya dah ditakdirkan tak boleh  masuk wayang kot. 
  • Fobia dengan lipan à Saya sangat takutkan lipan. Kisahnya bermula sewaktu saya belajar di KUSTEM yang glamour ngan nama UMT sekarang. Waktu tu saya menyewa rumah di luar kolej. Rumah sewa saya adalah rumah kayu yang terletak berhampiran ngan pantai. Maklumlah, student yang jauh dari keluarga dan tak berduit pula, tak mampu nak beli katil atau tilam, tidur atas toto je (cuma takla sampai tahap letak no akaun dalam blog cam En Mahsyar ye 😆 ). Satu malam, saya digigit lipan bara yang besar berwarna merah di kepala sehingga saya pengsan. Malam tu saya dimasukkan ke hospital selama 2 hari. Sampai sekarang, memang saya takut bila nampak lipan. Mungkin lepas ni, saya fobia ngan tenggiling jugak..rujuk entri sebelum ni. 
  • Shopping? Oh NO! à Mesti tak caya kan? Tapi itulah saya. Shopping akan membuatkan saya pening kepala dan rasa nak muntah. Saya akan bosan dan mengantuk sangat bila bershopping. Tak kira la shopping betul ke, window shopping ke, shopping kat pasar malam ke, semuanya pun saya tak suka. Biasanya untuk diri sendiri, saya akan shopping bila terpaksa sebab dah tak ada barang yang saya perlu tu. So, buat kawan2 yang suka shopping, mengajak saya menemankan anda bukanlah idea yang bagus. Saya juga berharap suatu hari nanti, saya tak dapat mak mertua yang kaki shopping, kalau tak susahla saya nak ambil hatinya…ehee..boleh ke kalau gitu?  
  • Layak ke? à Saya mudah jatuh hati tersuka dengan lelaki yang agak  kurus, bercermin mata dan mudah berterus terang dalam setiap perkara…emmm…yang ni berangan je ye, layak ke saya? 😉 hakikatnya, saya cuma berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima saya seadanya, dan sudi membimbing serta menyayangi saya kerana ALLAH, itu je. Eh, kenapa terbagitau semua ni!!…ahaa..kerana saya masih single lagi orangnya ye…yeehaaa..:roll:

 

note : Buat masa ni, saya BELUM nak TAG sesape lagi, jangan marah ye..:)

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertama kali diTAG!

14 Julai 2008 at 2:30 pm | Dikirim dalam Tagged | 5 Komen

Pertama kali kene tag..sori zen, ku memang jarang baca blog di fs, tak perasan kamu mengetag ku..apapun, ku lapangkan masa menjawabnya ye

5 HADIAH yang saya MAHU dan kenapa nak 5 hadiah tersebut :

  1. oven baru – oven lama dah tak ok, suhunya dah tak betul.
  2. koleksi semua buku by Dale Carnegie – baru ada satu..nak tambah koleksi lagi, tapi tak cukup budget.
  3. set projektor – tak kesah apa brand, janji ok
  4. premis kedai – wish to have my own beautiful & full of love shop one day..:D
  5. my other half – bila la agaknya?

 

Sape tag saya?

Cik Suzanna Rosli….sahabatku yang ku kenali sejak 6 tahun dulu

 

impressi mengenai beliau :

 zen:

kelakar

sporting & easy going

caring & loving

talkative..ehe

sudah tentu dia baik orangnya!!

 

Perkara paling memberkas pernah dia lakukan:

Sewaktu dia bagitau yang arwah ayahnya masuk hospital dan minta doakan untuk ayahnya..tersentuh hati coz you need me as your friend

 

Most loved invention :

Apa ni zen?

 

What I despise so much :

Tak menghormati orang tua

 

5 orang yg kena tag.

Saya belum nak tag orang lagi..yeehaaa

 

Note: to all my fren here, if u have friendster account, silalah add saya di sini

 

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.