Bumi pasti rancak

5 Jun 2008 at 9:27 pm | Dikirim dalam Santai | 6 Komen

Hari ni di mana2 semua cakap pasal harga minyak naik. Macam-macam komen ada, tapi yang confirmnye semua merungut..eheee..bila bukak blog pun ramai yang citer pasal minyak..apapun, mulai hari ini kenela menjadi pengguna yang bijak.

 

Ehhh..saya bukan nak citer pasal minyak, tapi nak citer pasal Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut hari ini. Emmm..pagi tadi on the way ke UKM yang terchenta itu, dan seperti biasa, memasang channel suria.fm, HIDUP PASTI RANCAK..topik paginya pasal hari alam sekitar ni.

 

So, ada la tips yang boleh dikongsi untuk merancakkan lagi alam sekitar kita, antaranya:

 

Kurangkan penggunaan air-cond:

Saya:

Rumah takde air-cond – OK la.

Kereta – kalau dekat2 memang tak pakai air-cond, bila jalan jauh pasang untuk keselamatan, kalau hujan kene la pasang sebab tutup tingkap, kang basah pulak.

Kat lab – yang ni WAJIB pasang!

 

Bila nak tapau makanan, bawak tupperware dari rumah, ganti polisterine

Saya: suka idea ni, pasni nak bawak tupperware la..;)

 

Jalan kaki daripada guna kereta @ kenderaan

Saya : Tak OK sangat, tak sesuai, lagipun cam bahaya je pompuan jalan kaki sengsorang. Mungkinkah bawa basikal????

 

Kalau beli barang2 kecil kat pasaraya@ kedai, elakkan dibungkus plastik, pegang je@masuk kat handbag.

Saya: selalu gak wat ni, tapi ada sekali wat kat 7eleven, beli susu soya kotak seketul je, beria2 adik cashier tu nak bungkus, takut bosnye marah.

 

Jimatkan penggunaan elektrik.

 

SAYANGI KEHIJAUAN & KECANTIKAN ALAM SEKITAR KITA..yeeeeehaaaaa 🙂

 

 

 

 

 

Hijau Warnaku

23 Mei 2008 at 1:52 am | Dikirim dalam Santai | 18 Komen

Jumaat yang indah dan penuh keberkatan datang lagi!!!:)

 

Alhamdulillah, akhirnya hasrat nak mewujudkan blog sendiri tercapai. Masih sangat baru dan walaupun agak simple, kire puas hati la juga kerana warna latar belakangnya ada sikit-sikit unsur hijau iaitu warna kegemaran saya. Apa nak buat, ni je antara tema yang ada…ehehe..Masa mencari-cari info pasal hijau tadi, tak sangka terjumpa satu blog pun ada citer pasal warna hijau..so nak share ngan kengkawan serba sedikit pasal warna hijau yang indah ni.

 

Owh ye, info ni saya dapat dari blog Amar Mahmood. Beliau adalah penulis buku best seller “Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, leh check blog Amar Mahmood..http://amarmahmood.com/

 

So, apa citer pasal warna HIJAU ni??

 

Love
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

 

Alam semulajadi/ nature

Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

 

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

 

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

 

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.

 

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

 

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

 

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

 

Wahhh..saya pun tak sangka begitu hebat kajian Amar Mahmood ni tentang warna hijau. Dr HM Tuah, motivator terkenal Malaysia pun ada buat kajian mengenai personaliti seseorang berdasarkan warna kegemarannya. Menurut beliau dalam audionya yang saya dengar, penggemar warna hijau ni seorang yang tenang, tak banyak kerenah, romantik, baik hati tetapi cemburu.

 

Macam mana dengan kawan-kawan? Apa pula warna kegemaran kawan-kawan? Kongsilah bersama di sini..;)

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

« Laman Sebelumnya

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.