Mahalkah sebuah “Terima kasih”?

7 Oktober 2009 at 4:50 pm | Dikirim dalam Santai, ~ S.A.Y.A ~ | 22 Komen

Salam kawan-kawan,

 I’m back!! :). Sekian lama tidak mengupdate blog dan melawat kawan-kawan. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat menamatkan pengajian MSc saya. Sangat payah rupanya Msc by Research ni (bagi saya la, orang lain mungkin tidak)..tapi lega semuanya dah berakhir. Namun hakikatnya, kehidupan yang sebenar baru sahaja bermula. Kini, hampir 6 bulan saya bekerja di Terengganu. Walaupun jauh dari kampung halaman dan jauh dari keluarga, tapi semuanya BEST  & SYOK di sini!!  😀

Bawah ni saya kongsikan gambar sewaktu konvo UKM bulan 8 baru ni. Buat pertama kalinya semua keluarga (kecuali adik bongsu) dapat datang konvo saya. Konvo BSc sebelum ni hanya emak dan abang  je yang datang. Maklumlah waktu tu jauh di Terengganu.

blog

 Kembali ke tajuk utama.

Pernah tak kawan-kawan menolong seseorang dan orang yang di tolong tu tak ucapkan terima kasih? Apa perasaan kawan-kawan waktu tu? Marah? Geram? Rasa sia-sia je tolong orang camtu? Mengutuk sambil cakap “pasni confirm aku tak nak dah tolong dia lagi”? Atau mungkin kawan-kawan rasa takpelah sambil berbisik pada diri sendiri, “aku tolong dia ngan ikhlas, tak cakap terima kasih pun takpe”.

Bagi sesetengah orang ucapan TERIMA KASIH begitu mahal dan payah untuk diucapkan. Bagi sesetengah orang yang lain pula terlalu sensitif dengan ucapan TERIMA KASIH hinggakan berkecil hati jika orang lain tidak mengucapkan TERIMA KASIH padanya.

Kawan-kawan ada pandangan untuk dikongsi, sharelah dengan saya ye.

p/s: Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi bertanya khabar saya walaupun lama saya tidak mengupdate blog. Terharu dibuatnye..eheee..  😀

Advertisements

Hari Yang Baik Menanam Pokok?

7 Oktober 2008 at 10:14 pm | Dikirim dalam Santai | 21 Komen

 

Pernah tak kawan-kawan dengar, adanya sesetengah orang yang tanam pokok apapun pasti akan tumbuh? Ada juga sesetengah orang tu yang nak tanam pokok, tapi tak boleh nak tumbuh? Dulu, masa kecil, mak saya pun pernah cakap nak tanam pokok ni ikut orang juga. Jika orang tu bertangan panas, pokok yang ditanam susah nak tumbuh. Biasanya kalau orang tu bertangan sejuk, pasti subur pokok yang ditanam. Namun, sampai hari ini, saya tetap tak faham apa maksud tangan panas tu, dan apa pula maksud tangan sejuk tu.

 

Pernah juga suatu ketika dulu, makcik saya pernah berpesan pada saya. Kalau perempuan, tak elok menanam pokok sewaktu sedang dalam haid. Katanya pokok susah nak tumbuh, dan kalau tumbuh pun tak subur. Pesanan ni sampai sekarang saya ingat, dan memang saya amalkan, walaupun saya tak berapa jelas mengapa sebenarnya. Ada juga yang kata, nak tanam lada jangan ketika marah, nanti ladanya pedas sangat. Macam-macam je petua yang ada kan?

 

Saya memang suka menanam pokok. Mujur sehingga hari ni, pokok-pokok yang saya tanam menjadi. Mungkin juga saya ni bertangan sejuk kot..ehee… 😛 Sebenarnya, saya cuma tanam pokok-pokok hiasan je. Tapi, pagi tadi, saya mendapat satu lagi petua untuk menanam pokok ni. Petua ini datang dari seorang kaunselor lelaki di tempat saya. Rupanya dia mempunyai minat yang sama seperti saya.

 

Katanya, nak tanam pokok ni, ada 3 hari yang baik untuk menanam. Hari-hari tersebut ialah Isnin, Rabu dan satu hari lagi dia lupa pula hari apa. Saya pun mendesak la dia  supaya ingat satu hari lagi yang baik untuk menanam tu, namun dia cuma minta supaya saya cuba hayati dan fahami maksud ayat Surah al-(t)Tin. Terasa misteri la pulak kaunselor ni. Tapi, kerana terlalu bersemangat nak tahu, saya pun rujuk la Tafsir Al-Quran, namun saya masih tak dapat jawapannya. Ada kawan-kawan yang tahu pasal petua ni atau apa-apa petua lagi dalam menanam pokok ni? Kalau ada, saya amat berbesar hati jika kawan-kawan dapat kongsikan dengan saya.

 

Kesimpulannya, manusia itu begitu unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Sentiasalah bersyukur dengan setiap kelebihan yang ada walaupun ianya hanyalah kecil di mata orang lain.

 

Note: Kesimpulan tu macam takde kaitan dengan tajuk je kan..ehe 🙂

~~ Bestnye!! ~~

13 September 2008 at 4:33 pm | Dikirim dalam Santai | 12 Komen

1. ~~ Bestnye!!~~ dapat update blog walaupun untuk hari ini saje.

2. ~~ Bestnye!!~~ dapat tukar nama blog walaupun tak seglamour dulu..ehee(bila search kat google, ada orang lain guna nama JuliaNa’s Weblog jugak rupanya).

3. ~~Bestnye!!~~ dapat tukar theme baru dan header baru, namun HIJAU tetap di hati.. 🙂

4. ~~Bestnye!!~~dapat merayap2 kat blog orang lain.

5. ~~TAK Bestnye!! hari ni masih berbuka sendirian lagi.. 😦

~ Surprise!! ~

20 Ogos 2008 at 11:03 pm | Dikirim dalam Santai | 17 Komen

Salam kawan-kawan,

Hari ini saya ada satu permainan untuk kawan-kawan. Saya dapat permainan ni daripada blog sahabat saya Najib & Ain. Permainan ini menguji kemahiran berfikir anda dan bagaimana membuat keputusan.

 

 

Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba atau sudah lupa tentangnya, cubalah!

 

(Saya link kan ke blog Najib & Ain kerana saya tak dapat memasukkan file excel ke dalam wordpress ini, siapa tahu bagaimana caranya, sudilah beri tunjuk ajar ye.. 😉 )

 
Untuk pengetahuan semua, saya ada HADIAH MISTERI kepada 3 orang yang terawal menjawab permainan ini. Syarat-syaratnya: 

 

  1. Apabila anda sudah berjaya menjawab permainan ini, sila beri komen di ruangan komen yang menyatakan anda telah berjaya.
  2. Kemudian, segera emailkan pada saya setiap langkah yang anda gunakan untuk menyelesaikan permainan ini. Tujuannya, saya akan menguji langkah tersebut untuk membuktikan yang anda benar-benar berjaya membuatnya. Ini email saya julianakarso@gmail.com
  3. 3 komen dan email yang terawal saya akan pilih untuk memenangi HADIAH MISTERI daripada saya. Ini juga sebagai tanda terima kasih saya kepada kawan-kawan yang sudi melawat blog saya ini dan sentiasa memberi komen-komen untuk manfaat bersama. Saya sayangkan anda semua. 🙂
  4. Tiada tarikh tutup untuk permainan ini, siapa cepat dia dapat!

Ok, cepat-cepat la jawab permainan ini ye, Selamat memerah otak!;)

 

 

Tupperware vs Polystyrene

11 Jun 2008 at 11:28 pm | Dikirim dalam Santai | 17 Komen

Salah satu tips untuk menjaga dan memulihara alam sekitar yang pernah saya senaraikan sebelum ini dalam post bertajuk Bumi Pasti Rancak, ialah dengan menggantikan polystyrene dengan tupperware bila kita membeli makanan. Buat kawan-kawan yang membawa bekal sendiri dari rumah, saya ucapkan tahniah kerana kawan-kawan dah mengambil langkah bijak, bukan saja dapat jimat tapi menjaga alam sekitar lagi. So, bagi kita yang selalu atau sesekali beli makanan kat kedai tu, apa kata mulai hari ni kita bawa tupperware je dari rumah.

 

Kat bawah ni, saya senaraikan beberapa keburukan polystyrene:

  • Jika makanan disimpan dalam plystyrene pada tempoh yang lama, bahan kimia toksik yang terkandung dalam polystyrene tersebut akan masuk ke dalam makanan, dan semestinya membahayakan kesihatan kita kelak.
  • Polystyrene adalah bahan yang tidak boleh mereput, cuma akan hancur menjadi cebisan kecil. Ini tak bagus untuk alam sekitar.  Bayangkan bila benda ni hancur dan masuk ke dalam sungai, tasik atau padang rumput, bahan kimia dalam polystyerin ni sudah tentu akan mencemarkan persekitaran tempat tu. Pastu, binatang-binatang yang makan rumput dan ikan-ikan yang dalam sungai dengan tak sengaja akan termakan bahan toksik ni juga. Lepas tu kita pulak yang makan binatang-binatang tu, kita pun akan dapat toksik polystyrene tu.
  • Kos untuk recycle polystyrene sangat mahal, malah lebih mahal daripada menghasilkan yang baru. Rugi la kan. 

Demi menyokong usaha menjaga alam sekitar, mulai minggu ni, saya dah bawak tupperware bila nak beli makanan. Atas request cik t.a.t.a juga, saya letakkan gambar sebagai bukti. Saya sudah dan akan teruskan, kawan-kawan bila lagi?

 

 

 Nasi + tauhu sambal + kobis masak lemak + kacang botor tumis berlada = RM 2.40

 

 

 

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.