Nilai Mendengar

17 Julai 2008 at 12:54 am | Dikirim dalam Motivasi | 13 Komen

listening skills argue

 

Komunikasi berkesan bermula dengan mendengar dengan baik. Siapa sahaja tentu suka apabila apa yang dicakapkannya diberi perhatian sepenuhnya oleh orang lain. Seorang anak akan rasa disayangi apabila ibu bapanya yang baru pulang kerja mendengar apa sahaja cerita yang berlaku di sekolahnya sepanjang hari. Seorang ibu yang kesepian di kampung tentu berasa seronok apabila anaknya pulang dan meluangkan masa mendengar segala celotehnya. Seorang pekerja dihargai apabila majikannya mendengar segala masalah yang berlaku di tempat kerjanya. Seorang kekasih juga merasai dicintai pasangannya apabila setiap luahan perasaannya didengari.

 

Terdapat dua kepentingan menjadi pendengar. Pertama,mendengar adalah cara terbaik untuk kita belajar. Tiada siapa pun yang tahu semua perkara di dunia ini. Jadi, dengan menjadi pendengar, kita dapat berkongsi idea dengan orang lain. Ramai beranggapan menjadi pendengar adalah pasif tetapi bercakap menunjukkan kita aktif dalam komunikasi. Namun, pendengar akan dikatakan aktif apabila dapat memberi perhatian sepenuhnya melalui cara pandangan mata, anggukan, gerak tubuh dan senyuman. Kadangkala perkataan seperti “ye ke” dan “oh gitu” juga menunjukkan kita mendengar dengan baik.

 

Kepentingan kedua ialah orang yang bercakap selalunya akan memberi respon kepada sesiapa yang beminat untuk mendengar. Secara tidak langsung, dengan mendengar kita menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain. Kesannya kita akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Pendengar yang baik tidak semestinya menyediakan jawapan yang bernas apabila orang lain bercerita. Namun, kita boleh menunjukkan minat dengan mendengar sahaja dulu, dan apabila orang yang bercerita itu berhenti seketika, kita boleh mencelah dengan bertanya soalan yang berkaitan dengan ceritanya tadi. Ini akan membuatkan orang yang bercakap itu dihargai dan secara tidak langsung akan menggembirakannya kerana minat yang ditunjukkan kita.

 

Kesimpulannya, jadilah pendengar yang sabar dengan hati yang terbuka. Lakukannya dengan penuh keikhlasan. Biarkan orang lain meluahkan segala idea, perasaan, cerita mereka terlebih dahulu. Setelah itu, berilah respon dengan sewajarnya. Best sebenarnya jadi pendengar..:)

 

“Nobody is more persuasive than a good listener…Dale Carnegie

 

 

 

Kita yang buat dia

9 Jun 2008 at 2:39 am | Dikirim dalam Motivasi | 10 Komen

Apabila rasa tertekan dalam membuat sesuatu, ada tak kata-kata yang kawan-kawan pegang untuk menaikkan semangat? Tentu banyak kan. Saya nak kongsi salah satu penyataan yang saya pegang sampai sekarang bila saya down dalam belajar atau nak buat apa-apa. Tapi, penyataan ni tak sesuai digunakan bila kita berhadapan masalah dengan orang lain, kerana manusia mempunyai akal dan emosi, dan fikiran orang lain adalah di luar kawalan kita. Saya dapat kata-kata ni bukan dari pakar atau buku-buku motivasi, tapi daripada seseorang yang begitu istimewa buat saya, iaitu mak saya.

Saya kurang sikit dalam bab memasak, jadi bila sesekali balik kampung, kene pulak saya memasak, mesti saya cuak. Maklumlah, bila sesekali balik kampung reramai, dan semua adik-beradik termasuk ipar-duai ada pulak tu. Ada sekali tu, saya tension betul buat karipap, saya tak boleh-boleh nak kelim tepinya, mak saya pulak tak suka pakai pencetak..uhuu..geram betul masa tu. Yang lebih geram, adik saya yang tak pasal-pasal mintak karipap, dan semua setuju saya yang buat..waaaaa:x

 

 

 

Bila tengok muka saya yang dah monyok tu, mak saya dengan lemah lembutnya pun cakap, “makanan ni, kalau masak dengan kasih sayang, yang tak sedap pun jadi sedap, yang tak elok pun nampak elok, lagipun KITA YANG BUAT DIA, BUKAN DIA YANG BUAT KITA”. Ntah camne, bagaikan dapat energi luar biasa je dengan kata-kata mak saya tu. Berjaya gak saya membuatnya!!! 

Walaupun simple, sampai sekarang saya pegang kata-kata mak saya tu, tak kira dalam apa jua perkara pun. InsyaALLAH, dalam setiap perkara, ada yang kita boleh mengawalnya, terpulang pada kreativiti dan usaha kita untuk mencapainya.

 

Finding My Way

29 Mei 2008 at 11:47 am | Dikirim dalam Motivasi | 6 Komen

keeps thinking!!

Just Do It!

26 Mei 2008 at 8:51 am | Dikirim dalam Motivasi | Tinggalkan komen

Selamat hari Isnin!!!Apa perasaan kawan-kawan hari ini?Saya yakin ramai antara kawan-kawan yang rasa fantastic, bombastik dan bersemangat hari ini kan? Terus kekalkan mood baik itu ya!!!.

 

Saya nak kongsi satu situasi yang dihadapi oleh Si Pesimis dan Si Optimis. Eh, siapa mereka ni? Sebelum tu, mereka berdua ni memiliki sebuah garaj/bangsal/bengkel/stor. Pada hari sabtu yang damai, mereka berdua bercadang membersihkan garaj mereka.  Mereka bangun pagi, berjalan dengan semangatnya dan membuka pintu garaj itu. Namun, alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat garaj mereka yang sangat-sangat berselerak. Agaknya apa tindakan mereka bila melihat keadan garaj tersebut?

Saat itu, Si Pesimis terus menutup pintu garajnya dan masuk ke dalam rumah.

Bagaimana pula tindakan Si Optimis?

Fikir punya fikir, Si Optimis dapat idea. Dia bercadang membahagikan garajnya kepada 4 bahagian. Hari ini dia akan mengemas satu bahagian sahaja dan bahagian yang lain setiap sabtu akan datang. Dia yakin, walaupun lambat, sebulan kemudian sudah tentu garajnya akan kemas juga.

 

Sebulan kemudian, garaj Si Pesimis tetap kotor dan berselerak manakala garaj Si Optimis sudah cun, bersih dan kemas.

 

Si Optimis tidak pernah menghadkan pemikirannya. Semakin banyak yang difikirkan, semakin banyak peluang dan pilihan yang ditemui. Si Optimis juga SENTIASA dan TIDAK PERNAH putus asa melakukan sesuatu walaupun nilainya kecil,  SENTIASA bertindak dan SENTIASA merasakan ada perkembangan dalam usahanya.

 

Kesimpulannya, just do it! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kekayaan Abadi

21 Mei 2008 at 5:46 pm | Dikirim dalam Motivasi | 3 Komen

Kekayaan yang diperolehi tidak selalunya dapat diukur dengan wang dan harta benda. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan sekerja, kesihatan yang baik dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.

 

Hari ini saya nak tambah lagi kekayaan sedia ada kita dengan satu lagi perkara yang membuatkan kita lebih kaya. Kekayaan ini adalah harta yang kita boleh perolehi tanpa berusaha keras dan mengeluarkan sebarang kos pun untuk memilikinya. Sebelum itu, saya nak kongsi satu sajak yang saya ambil dari buku “IBU KOOL BAPA HEBAT” oleh  Jamilah Samian yang bertajuk HARTA ABADI.

 

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas

Lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini

Ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam

Atau di gunung yang melangit tinggi

Kerana ia tersembunyi di dalam diri

Ia tidak boleh dijual beli

Rahsianya ada dalam diri sendiri

Iaitu KASIH SAYANG untuk semua di dunia ini

Itulah pencetus semangat kehidupan!!

Hidup ini ada matlamat

Satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna

Itulah harta yang boleh diberi

Dan harta paling berharga yang boleh diperolehi!

 

Jadi kawan-kawan dah tahu apakah kekayaan yang saya maksudkan? Ya, KASIH SAYANG jawapannya. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang kepada keluarga, kawan- kawan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam ini.

 

Sudahkah kawan-kawan memberi dan menerima kasih sayang hari ini? Mulakanlah kasih sayang dengan menyebarkan salam, ASSALAMUALAIKUM.

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.