Kritikan atau Kutukan?

28 November 2008 at 12:53 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

06_harsh_critic

Sebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.

Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?

 

Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan? 😦

 

Apa yang saya patut buat?

 

  1. Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
  2. Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
  3. Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.

 

Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.

 

Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.

 

Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu. 😉

 

Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru. 🙂

 

 

Hadiah kecil yang besar maknanya

18 Oktober 2008 at 11:25 am | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah
Tanpa lelah sampai engkau
Meraihnya

 

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

 Laskar Pelangi

 

 

Saya tujukan lagu di atas buat kawan-kawan yang sedang membaca blog ini. Kawan-kawan tahu lagu apa tu? Itu lagu terbaru Nidji bertajuk Laskar Pelangi. Best pulak bila saya mendengarnya.. 🙂 Sekadar selingan.

 

Selalunya, bila ada sesuatu kejayaan peribadi atau perkara yang menggembirakan, sudah tentu kita akan meraikan bersama keluarga, kekasih atau teman. Best je kan menerima hadiah dari orang lain? Tapi, pernah tak kawan-kawan beli atau buat sesuatu untuk meraikan kejayaan ataupun hari istimewa kawan-kawan sendiri?

 

Bagi saya yang jarang mendapat hadiah ni, ada beberapa cara saya menghadiahkan diri saya sendiri bila ada sesuatu kejayaan ataupun perkara-perkara yang mengembirakan. Hadiah tersebut hanyalah kecil sebenarnya, namun cukup bermakna buat saya.

 

Makan aiskrim – Saya sukakan aiskrim. Setiap kali ada sesuatu yang saya berjaya buat, saya akan belanja diri dengan aiskrim. Kalau kejayaan tu kecil, aiskrimnya murah2 je..tapi kalau ada sesuatu yang besar berjaya saya lakukan, saya akan beli aiskrim yang mahal sikit. Memang best makan aiskrim ni lagi-lagi aiskrim coklat..ehe.. 😀

 

Baca buku kat kedai buku – Ini sebenarnya hobi saya. Macam ada kepuasan luar biasa bila dapat lakukannya. Lagipun, ada sesetengah buku tu agak mahal untuk dibeli. Bukan kedekut, cuma masih tak berkemampuan. Jadi, kalau nak baca jugak, baca free kat kedai buku pun dah ok buat saya. Cumanya, kadang2 masa tu takde pulak. Sekarang ni, hobi ni saya jadikan hadiah untuk diri saya.

 

Memasak makanan ‘special’ untuk keluarga – Sebenarnya saya jarang memasak kerana saya masih bujang dan malas nak memasak. Tapi, kalau ada sesuatu yang betul-betul menggembirakan saya, saya akan memasak sesuatu yang ‘istimewa’ untuk keluarga. Sebenarnya, saya tak tahulah makanan tu istimewa atau tak, ok ke tak, sedap ke tak, kan saya jarang memasak…tapi itulah cara saya meraikan sesuatu yang menggembirakan hidup saya.

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa hadiah yang selalu kawan-kawan bagi kat diri sendiri? Sudikanlah kongsi dengan saya.

 

Note : Tak sabar nak memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga hujung minggu ni. Nampaknya kene la shopping barang keperluan dapur lepas ni..ehee.. 😉

  

 

~ Saya YAKIN bila…… ~

11 Oktober 2008 at 2:01 pm | Dikirim dalam Motivasi | 22 Komen

 

Dua hari lepas, saya dengar topik menarik kat Hot FM. Tajuknya ada kaitan dengan KEYAKINAN DIRI. Saya agak mungkin tajuknya ialah “Apakah yang membuatkan anda yakin dengan diri anda”. Ini berdasarkan perbincangan di antara DJ Aleeya dengan pemanggil-pemanggil yang berkongsi cerita masing-masing. Macam-macam yang dikongsikan oleh pemanggil-pemanggil tersebut. Ada yang lucu, menarik malah yang tak logik pun ada. Hakikatnya, itulah cara mereka tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai dan menyerlahkan lagi kehebatan diri masing-masing.

 

Bagi saya, ada tiga cara untuk membuatkan saya yakin apabila saya terlalu takut atau bimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

 

Pakaian  — Pertama, saya akan memastikan penampilan diri dan cara saya berpakaian adalah PALING SELESA untuk diri saya. Apa jua warna tidak penting, asalkan tidak melampau, kemas dan saya mudah bergerak dengan pakaian tersebut. Dulu, masa kecil saya akan rasa malu bila berpakaian warna merah jambu kerana saya tidak sukakan warna tersebut. Entah kenapa, setiap kali raya, mesti ada je baju warna merah jambu mak saya buat atau beli untuk saya. Tapi, saya tak pernah mengadu pada mak sehinggalah saya berumur 17 tahun. Rupa-rupanya mak saya kata, saya akan nampak cantik bila berbaju merah jambu. Itu rupanya tanggapan mak saya. Sekarang, saya dah boleh terima baju berwarna merah jambu. Malah, apa-apa warna pun boleh. Asalkan saya selesa, pakaian tersebut akan membuatkan saya yakin dengan penampilan saya.

 

Peta Lipat-lipat — Saya cepat gelabah dan kalut jika terpaksa memandu ke tempat baru sendirian. Kesannya, sepanjang perjalanan saya akan tertekan dan secara tak langsung macam tak yakin boleh sampai ke tempat yang dituju. Walaupun ada signboard, kadang-kadang signboard tidak dapat membantu. Maka, jika saya terpaksa ke tempat baru sendirian, saya akan pastikan saya ada peta lipat-lipat terbaru yang boleh dirujuk. Ini untuk mengelakkan sesat dan menjimatkan masa perjalanan. Kalau yakin, baru la best perjalanan tu kan?

 

Coklat atau gula-gula — Perkara ketiga yang membantu untuk saya yakin bila membuat sesuatu ialah makan coklat atau kunyah gula-gula. Gula-gula tu kalau boleh yang rasa berangin macam HACKS atau Hudson. Walaupun rasa takut kadang-kadang sangat kuat, namun bila dapat makan coklat atau telan sebiji gula-gula, tekanan itu akan berkurang sedikit demi sedikit. 🙂

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa kata kawan-kawan kongsikan dengan saya pula. Apakah perkara yang membuatkan kawan-kawan rasa yakin tatkala kawan-kawan rasa takut atau bimbang untuk melakukan sesuatu perkara? Sudikanlah meninggalkan komen di bawah ye!! 😉

 

Note: Ada sesiapa yang buat RUMAH TERBUKA HARI RAYA? Kalau ada, jemputla saya..eheee…bestnye kalau dapat makan free kan?? 😀

~ antara ayam percik, kuih tako dan martabak ~

21 September 2008 at 10:07 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 19 Komen

 

Petang tadi saya ke bazar Ramadhan berhampiran rumah abang saya. Sebenarnya, saya dah berjanji dengan anak saudara saya yang berumur 5 tahun tu. Jika dia berjaya puasa penuh sepanjang minggu ni, saya akan belikan apa sahaja yang dia nak makan. Maklumlah, budak-budak baru nak belajar puasa. Kenelah sokong 100% kan.

 

Hari ni dia minta saya belanjanya ayam percik. Emm…boleh tahan juga selera anak saudara saya ni, saya ingatkan dia nak minta McD atau KFC tadi. Maka, seawal jam 5 petang lagi saya dah keluar, mengelakkan kesesakan dan yang penting adalah peluang untuk saya menghayati suasana bazar Ramadhan tersebut.

 

Satu tabiat saya bila ke tempat begini ialah lebih suka melihat orang yang menjual berbanding apa yang di jual. Jika penjual mesra dan tersenyum, saya akan singgah untuk lihat apa yang di jual. Lagi satu, kalau gerai tu menjadi tumpuan orang ramai, saya pun sibuk2 meramaikan suasana juga. Mesti apa yang dijual tu menarik, kalau tak, takkan ramai orang yang datang, sampai sanggup beratur lagi tu..termasuklah saya sekali ni…ehe.. 😛

 

Sedang saya berjalan-jalan sambil melihat telatah penjual, saya terperasan seorang kawan saya juga turut menjual di bazar tersebut. Sebenarnya, dia adalah seorang kakak yang sama2 terlibat dengan saya dalam perniagaan MLM. Jadi, saya pun singgah untuk menegur dia. Dia menjual kuih popia dan juga kuih tako. Sebenarnya, saya tak la rapat sangat dengan dia, cuma kenal gitu2 je. Nak berborak panjang pun, dia sibuk melayan pelanggan, jadi saya pun bercadang membeli popianya sahaja. Tapi bila saya nak bayar, dia tak mahu terima pula, malah dia bagi lagi 6 ketul kuih tako kat saya. Sambil tu sempat berpesan yang kuih takonya tu popular, itu yang dia suruh saya cuba.

 

Kemudiannya, saya terus berjalan-jalan lagi, dan sekali lagi saya terjumpa sepasang suami isteri yang amat saya kenali sedang menjual martabak. Sebenarnya, pada hari biasa, pasangan tersebut menjual pisang goreng. Pisang goreng mereka memang istimewa dan lain dari yang lain. Bila waktu petang, saya kerap singgah di gerainya, boleh dikatakan pelanggan tetap la. Niat asal untuk menegur mereka sahaja, tak bercadang nak beli martabak tersebut memandangkan dah ada ayam percik, popia dan kuih tako. Tapi tak sangka, walaupun sibuk melayan pelanggan yang tak putus-putus tiba, sempat pulak si isteri menghulur 2 keping martabak kepada saya. Sekali lagi ianya percuma. 🙂

 

Saya dah cuba kuih tako kakak tu. Memang sedap, abang saya pun sampai minta saya belikan lagi esok. Martabak tu pun boleh tahan dan banyak dagingnya. Terfikir pula saya, kenapalah baru sekarang saya tahu yang mereka tu berniaga di bazar Ramadhan tersebut..hehe.. 😉

 

Kesimpulannya:

 

  1. Saya amat kagum dengan mereka. Mereka adalah peniaga yang bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi turut mengambil berat kualiti dan kepuasan pengguna. Mungkin rezeki saya dapat percuma kerana kebetulannya saya mengenali mereka. Namun, saya dapati jualan mereka agak laris walaupun kakak tu sekadar menjual 2 jenis kuih, manakala pasangan suami isteri tu menjual martabak sahaja.
  2. Sebenarnya, saya agak malu menerima pemberian mereka. Maklumlah, peniaga macam mereka sudah tentu menunggu saat-saat Ramadhan ni untuk memperoleh keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Tapi, kalau mereka dah beria-ia nak bagi, saya pun tak sanggup nak menolaknya. Mana sangka, niat nak beli ayam percik sahaja, tapi dapat popia, kuih tako dan martabak sekali…dengan percuma pula tu. Bak kata pujangga, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu?
  3. Rajin-rajinlah menegur jika terserempak dengan orang yang kita kenali. Mungkin ada rezeki tersirat yang ALLAH nak beri pada kita melalui mereka. Siapa tahu kan?. 🙂

Mendoakan Orang Lain

15 Ogos 2008 at 10:45 pm | Dikirim dalam Motivasi | 11 Komen

 

 

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa?  Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?

 

Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.

 

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

 

Buat kawan-kawan semua, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

 

Salam ceria dan kasih sayang 🙂

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.