Kemalangan…apa nak buat ni?

12 Januari 2009 at 12:56 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 21 Komen

 

Sekian lamanya saya menyepi dari blog ni. Masa yang ada lebih banyak difokuskan untuk menulis tesis sehinggakan ‘terlupa’ untuk mengupdate blog. Eh, sebenarnya tak pernah terlupa pun! Cuma saya rasa tak best jika saya mengupdate blog ni tanpa melawat blog orang lain :)

 

Apa khabar kawan-kawan? Semoga tahun baru ni membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan. Bagi saya, sangat lega rasanya dapat juga menamatkan kerja di makmal pada penghujung tahun lepas. Jadi, tahun ni tak perlu terkurung di makmal lagi dan tumpuan kini hanya pada tesis dan menulis paper untuk journal. Tiba-tiba rasa tak sabar nak menamatkan status pelajar sepenuh masa ni.

 

Sebenarnya, saya baru alami kemalangan jalan raya. Ada beberapa perkara yang dapat saya belajar melaluinya. Mungkin ianya biasa dan ramai yang dah pun tahu. Namun, ianya adalah perkara yang baru buat saya.

 

Situasi 1:

 

Kemalangan di lampu isyarat, kereta bertembung dengan kenderaan dari arah lain selepas lampu isyarat dari arah sendiri bertukar hijau.

 

  1. Selepas kemalangan, berhentikan kereta di tepi jalan dan pasang signal kecemasan.
  2. Catatkan no kereta dan jenis kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  3. Lebih baik dapatkan sekali no telefon orang yang terlibat tu.
  4. Jika memandu sendirian, dapatkan sekurang-kurangnya seorang saksi bebas untuk membuktikan lampu isyarat dari arah sendiri memang dah hijau sewaktu kejadian. SAKSI sangat-sangat penting ketika membuat repot polis.
  5. Periksa keadaan kereta. Jangan memandu kereta yang baru kemalangan kecuali memang dah yakin kereta tu masih OK. Jika tidak, akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kereta. Lebih malang lagi, pihak insuran mungkin tidak akan membayar tuntutan ganti rugi jika didapati kereta rosak teruk kerana dipandu selepas kemalangan dan bukan sewaktu kemalangan.
  6. Sebaiknya, hubungi keluarga atau kawan yang berdekatan dengan tempat kejadian untuk membantu. Selain itu, boleh juga hubungi polis ataupun pihak insuran yang menawarkan ‘Perkhidmatan Bantuan Segera Penyelarasan Kerosakan di Tempat Kemalangan’ contohnya Kurnia Auto Assist (KAA).

 

Situasi 2:

Jika memandu sendirian, tiba-tiba kereta rosak di lampu isyarat yang sangat sesak. Enjin kereta tak dapat dihidupkan dan signal kecemasan tak dapat berfungsi. Kebetulannya, kedudukan kereta di line tengah antara 3 line dan berada paling hadapan sekali.

 

  1. Bertenang. Hubungi keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran dengan tempat kejadian supaya datang segera. Kalau lelaki lagi elok (tak dinafikan dalam situasi ini bantuan lelaki sangat-sangat diperlukan)
  2. Kawal emosi dan jangan stress. Dalam kejadian seumpama ini, kebarangkalian untuk dibantu adalah tipis berbanding dimarah, dihon dengan kuat dan diherdik dengan kata-kata kesat oleh pemandu lain. Ini kerana mereka belum faham situasi sebenar yang berlaku. Selain itu, memang sikap pemandu Malaysia kot yang begitu…uhuu…😦
  3. Bila keadaan sesuai, letakkan plat segitiga kecemasan warna merah tu beberapa meter dari arah kereta untuk bagitau yang kereta rosak.
  4. Akhir sekali, dapatkan bantuan untuk menolak kereta ke tepi jalan. Pastu boleh la hubungi mekanik ataupun perkhidmatan tunda kenderaan.

 

Kawan-kawan juga ada tips yang berguna? Silalah kongsikan sama-sama dengan saya!!

 

Note: Beberapa minggu ni, terpaksalah saya ‘berkabung’ di rumah sahaja. Bagi saya yang tak boleh duduk diam ni, situasi ini sangatlah membosankan. Apapun, saya akan penuhi masa ‘kene berkabung’ ini secukupnya untuk melawat blog kawan-kawan nanti…see ya!!!😉

21 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. hm..teruk ke kemalangan??

    betul ape yang awk ckp 2,pemandu malaysia kdg2 memang kurang sopan, hon2 org bile keter org rosak..
    cuba la derang bayangkn kalo keter derang rosak, orang lain plak hon..
    sb 2 sy xpernah hon org lain bile keter derang rosk..sb xnk org hon sy plak nanti..

    alhamdulillah setakt ni sy xpernah alami kemalangan yang teruk,..
    kalo boleh, mintak simpang..

  2. untuk elakkan kemalangan, jangan ikut rapat pamandu perempuan dan orang tua. sila percaya kata aku. perempuan memang lembab kalau bab bawak kereta. aku juga yang baru lepas eksiden kena kapit kat tengah sebab pemandu perempuan yang cuai kat depan. x pasal2 aku kena denda 300. cis.

    http://affuan.wordpress.com/2008/12/30/affuan-eksiden/

  3. Kemalangan tu salah kereta.. Bukan orang.. Sebab kereta tak tahu berfikir (xpandai).. Tapi orang reti nak fikir (pandai)..

    Antara xpandai dengan pandai, sape yang wat salah??

  4. Situasi ke-2 tu agak menakutkan. huhu.

    Oh,ya.. teruk ke kemalangan tu?

  5. teruk ke eksiden??

    anyway, glad dah kembali on9…

    bila eksiden mmg orang suh jangan panik, tp, entah camna, terpanik gak… huhu… kalo x panik, dure jadi blur giler…

  6. alahai.. kesiannye eksiden plak.

    tambah la sket tips khidmat masyarakat dr saya..

    jgn lupa amek gambar kat tempat kejadian. nanti bleh masukkan dlm blog. hehe.. just nak share dgn family n kawan2..

    ape nye berkabung.. bas dan LRT kan ada..

  7. hrmmm nice post… it make me think…

  8. siannyerrr..

  9. To callister ~~~ kadang2 ada orang pantang salah sikit dah hon…rasanya tengok la situasi jugak kan..

    To affuan ~~~ well…mungkin ada betulnya kata en affuan itu..rasanya bagus juga kalau saya ada personal driver je suatu hari nanti..ahaaa..😀

    To Mr. Bilik Sebelah ~~~ emmm..kemalangan tidak berbau..

    To Ixora ~~~ Betul Ixora, terus-terang nye situasi ke2 tu lebih mengerikan dari yang 1st, bagaikan menunggu maut datang je..

    To BB ~~~ tak la teruk, keadaan dah semakin ok…itulah..mmg sgt panik pun..tapi nak ingatkan diri supaya jangan panik sgt kalau ada situasi camni

    To adlan ~~~ yupp..gambar pun penting, tapi saya tak suka pulak amek gmbr2 kejadian ngeri ni..nwey, terpaksa berkabung sampai keadaan ok..uhuuu…

    To adry ~~~ thanks..just nak share nagn kawan2 di sini.

    To en_me ~~~ apa nak buat…

  10. semoga cepat sembuh..

    sesetengah orang pannik bila eksiden. itu yang menambah masalah lagi tu.

    btw, nice info🙂

  11. julie…berkabung bole rehatkan minda jgk..info yg menarik pd pemandu wanita sprti kita..(laki pun bole gunekn info ni? laki panik ke?)

  12. kalu mcm gua nih yg pejalan kaki terlanggar lampu trffic light camner yerrr… leh panggil Kurnia Auto Assist tak ?…

  13. awak berada disituasi yang mana ek

  14. ~ situasi ke 2 tuh mintak2 la jgn la berlaku. mesti panic tak terhingga. ~

  15. owh….wpun dh lambat,harap akak ok je….
    panic tu tindakan reflect..huhu..tp cool je la kan…

  16. julita ku… selamat ulangtahun sayang… maafla dh terlewat ehhe… moga sentiasa dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan ye..🙂

  17. sape² pn xnk xcident or kete rosak tgh jln..
    wat mcm x b’salah je.. n praktis tips² tu..
    b’guna kot

  18. cik JuliaNa~ lama dah x update blog nie… ada baik ka?

  19. lama sih xupdate blog ek huhuhu

  20. salam ziarah..

    sabar😉

  21. lama die xupdate blog nie kan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: