Kemalangan…apa nak buat ni?

12 Januari 2009 at 12:56 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 21 Komen

 

Sekian lamanya saya menyepi dari blog ni. Masa yang ada lebih banyak difokuskan untuk menulis tesis sehinggakan ‘terlupa’ untuk mengupdate blog. Eh, sebenarnya tak pernah terlupa pun! Cuma saya rasa tak best jika saya mengupdate blog ni tanpa melawat blog orang lain 🙂

 

Apa khabar kawan-kawan? Semoga tahun baru ni membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan. Bagi saya, sangat lega rasanya dapat juga menamatkan kerja di makmal pada penghujung tahun lepas. Jadi, tahun ni tak perlu terkurung di makmal lagi dan tumpuan kini hanya pada tesis dan menulis paper untuk journal. Tiba-tiba rasa tak sabar nak menamatkan status pelajar sepenuh masa ni.

 

Sebenarnya, saya baru alami kemalangan jalan raya. Ada beberapa perkara yang dapat saya belajar melaluinya. Mungkin ianya biasa dan ramai yang dah pun tahu. Namun, ianya adalah perkara yang baru buat saya.

 

Situasi 1:

 

Kemalangan di lampu isyarat, kereta bertembung dengan kenderaan dari arah lain selepas lampu isyarat dari arah sendiri bertukar hijau.

 

  1. Selepas kemalangan, berhentikan kereta di tepi jalan dan pasang signal kecemasan.
  2. Catatkan no kereta dan jenis kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  3. Lebih baik dapatkan sekali no telefon orang yang terlibat tu.
  4. Jika memandu sendirian, dapatkan sekurang-kurangnya seorang saksi bebas untuk membuktikan lampu isyarat dari arah sendiri memang dah hijau sewaktu kejadian. SAKSI sangat-sangat penting ketika membuat repot polis.
  5. Periksa keadaan kereta. Jangan memandu kereta yang baru kemalangan kecuali memang dah yakin kereta tu masih OK. Jika tidak, akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kereta. Lebih malang lagi, pihak insuran mungkin tidak akan membayar tuntutan ganti rugi jika didapati kereta rosak teruk kerana dipandu selepas kemalangan dan bukan sewaktu kemalangan.
  6. Sebaiknya, hubungi keluarga atau kawan yang berdekatan dengan tempat kejadian untuk membantu. Selain itu, boleh juga hubungi polis ataupun pihak insuran yang menawarkan ‘Perkhidmatan Bantuan Segera Penyelarasan Kerosakan di Tempat Kemalangan’ contohnya Kurnia Auto Assist (KAA).

 

Situasi 2:

Jika memandu sendirian, tiba-tiba kereta rosak di lampu isyarat yang sangat sesak. Enjin kereta tak dapat dihidupkan dan signal kecemasan tak dapat berfungsi. Kebetulannya, kedudukan kereta di line tengah antara 3 line dan berada paling hadapan sekali.

 

  1. Bertenang. Hubungi keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran dengan tempat kejadian supaya datang segera. Kalau lelaki lagi elok (tak dinafikan dalam situasi ini bantuan lelaki sangat-sangat diperlukan)
  2. Kawal emosi dan jangan stress. Dalam kejadian seumpama ini, kebarangkalian untuk dibantu adalah tipis berbanding dimarah, dihon dengan kuat dan diherdik dengan kata-kata kesat oleh pemandu lain. Ini kerana mereka belum faham situasi sebenar yang berlaku. Selain itu, memang sikap pemandu Malaysia kot yang begitu…uhuu… 😦
  3. Bila keadaan sesuai, letakkan plat segitiga kecemasan warna merah tu beberapa meter dari arah kereta untuk bagitau yang kereta rosak.
  4. Akhir sekali, dapatkan bantuan untuk menolak kereta ke tepi jalan. Pastu boleh la hubungi mekanik ataupun perkhidmatan tunda kenderaan.

 

Kawan-kawan juga ada tips yang berguna? Silalah kongsikan sama-sama dengan saya!!

 

Note: Beberapa minggu ni, terpaksalah saya ‘berkabung’ di rumah sahaja. Bagi saya yang tak boleh duduk diam ni, situasi ini sangatlah membosankan. Apapun, saya akan penuhi masa ‘kene berkabung’ ini secukupnya untuk melawat blog kawan-kawan nanti…see ya!!! 😉

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.