Kritikan atau Kutukan?

28 November 2008 at 12:53 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

06_harsh_critic

Sebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.

Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?

 

Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan?😦

 

Apa yang saya patut buat?

 

  1. Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
  2. Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
  3. Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.

 

Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.

 

Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.

 

Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu.😉

 

Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru.🙂

 

 

25 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. yeah ramai yg terkejut sebenarnya bila aeropama nak quit blogging..
    tapi biarlah itu keputusan dia..

  2. huu.. saya pn lama tak hinggap sini. busy dgn exam aritu.. sempat udate blog je.. terbang2 jarang. haha.

    saya pn sependapat. kutukan tu lebib bersifat negatif. lg kasar mungkin berbanding kritikan.

  3. mm yup…same je…sy xsuke kutukan shj..sy suke kutukan n suggestion utk improve bnd yg org kutuk tu…
    lecturer sy ckap,kalo org tu kutuk je, maknenye he/she know nothing…kalo die bg suggestion,kn lebih baik=)

  4. jika kutukan dibuat ke atas perkara2 yg negatif dan kejam maka ianya akan menjadi sesuatu yg patut dan perlu dilakukan..

  5. 4 bulan praktikal sentiasa menerima kritikan.. alah bisa tegal biasa..

    jgn lupa bls email ye. nk pos itu keychain. takleh nak attach plak pki email😛

  6. A’kum,
    org yg rasa baguih je x boleh dikritik..tp ada ke manusia yg betul2 baguih?

  7. ~ for me, utk terima kutukan tuh cam agak susah since kita akan rasa berkecil hati. tapi jika diberi kritikan, still boleh terima dengan hati yg terbuka. ~

  8. as long as kita tahu apa yang kita buat, tak payah nak ambil kisah sangatlah apa yang orang kutuk.. after all, bukan diorang yang bagi kita makan pun kan! heheh..

  9. kritikan = kata-kata yang punya asas yang cenderung untuk mengubah ke arah yang lebih positif

    kutukan = kata-kata yang mungkin ada asas atau tidak dan cenderung ke arah yang negatif atau keburukan.

    tapi bergantung juga pada yang kena. mahu ambil secara positif atau tidak…

    ps: saya sudah tidak menulis tapi masih membaca entri2 anda serta mengomen

  10. bagi Q,
    kritikan lebih baik dari kutukan.
    kritikan lebih kepada membina, beri jalan keluar.
    kutukan lebih kepada tak bawa kemana, kutuk2+blah.
    terpinga-pinga dibuatnya…
    kritikan lebih ayat positif dan halus.
    kutukan lebih ayat negatif dan kasar.
    terkesima dibuatnya…

  11. Orang yang suka mengutuk biasanya, orang yang cuba mengaburi kelemahan diri sendiri dengan cara melemahkan keyakinan diri orang lain.

    Orang yang terlalu suka mengkritik pula, terlalu yakin dengan diri sendiri sampaikan tak boleh nak kawal diri.

    Kesimpulan.

    Bersederhana lah dalam semua perkara.

  12. biase la org…suke tgk benda hitam aje.. walaupon diri dier hitam seluruh bdn ^^

  13. Aku mAsih terkejut dengan pemberhentian syam… huhu

  14. saya baru kembali berblog, baru tau yang syam mahu berhenti menulis. sayang sekali.

    perasaan kita sebenarnya yang membezakan di antara kritikan dan kutukan itu. dan bagaimana kita mahu menerimanya.

  15. ye!!
    sy selalu anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Hehe😀

  16. mana2 pun sama…cuma kne fikirkan mana yang positif dan negetif je

  17. biarlarrr kritikan yg membina.. gitewww kannns

  18. Kritikan leh memotivasikan & mematikan semangat seseorang. Sungguhpun begitu, kritikan yang diterima jika dpt ditangani dgn baik mampu memotivasikan anda. Apabila dikritik, anda digalakkan bertenang. Sekiranya kritikan berbentuk membina dan benar, terimalah kritikan itu seadanya. Kalau salah pula cmne? Pe nk bt? Dapatkan maklumat dr mn butiran kritikan tu diperoleh & anda bertanggungjawab membetulkan tanggapan yg salah tersebut drpd terus membelenggu & menjejaskan prestasi semangat anda.

  19. en me: kalau kutukan yang membina agak2 ade tak? ekekkeeke..

  20. aku terkejut gak dengan keputusan syam nak berhenti menulis..😦

  21. sama jew semua tuh…..
    kekadang tak puas hati bile kritikan di television…..
    terutama Adlin Aman Ramli (bajet bagus)
    huh~

  22. hoo .. kutukan ni dah nama pun kutuk mmg bukan yang positif .. kritikan boleh diterima.. kritikan biasanya (majoriti yang kata) ada lah positif…

    org kaki kutuk ni mmg teruk .. macam dia bagus sangat… menyampah gak ngan manusial camtu .. ;p

    selamat tahun baru!

  23. happy new year!! cepat la update…

  24. kritikan – positive
    kutukan – negative
    kutu – gatal kepala den!!

  25. To kawan2 di atas:

    Terima kasih atas komen2 kalian..🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: