Kritikan atau Kutukan?

28 November 2008 at 12:53 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

06_harsh_critic

Sebenarnya dua-dua pun sama kan? Bagi saya, istilah ‘kritikan’ agak lebih selesa didengar berbanding ‘kutukan’. Selalu juga saya terkeliru dengan dua istilah ini.

Kritikan saya anggap sebagai suatu yang positif. Saya sentiasa perlukan kritikan. Kritikan akan memastikan saya berada dilandasan yang betul dan bukan syok sendiri dalam membuat sesuatu. Secara peribadinya, saya tak mampu pun mempamerkan wajah gembira walaupun sekadar senyuman apabila dikritik di khalayak ramai. Ini kerana, ekspresi wajah saya yang semulajadinya agak mudah berubah dan sukar berpura-pura. Kelemahan yang sukar diatasi. Namun, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur kerana adanya kritikan tersebut. Kritikan saya akan ambil dan cuba perbaiki mana-mana yang patut. Sama juga dalam dunia blog ni, kalau tiada komen dari kawan-kawan, mesti tak best kan, betul tak?

 

Namun, ada sesetengah perkara saya mengkelaskan sebagai kutukan. Kutukan pula bagaikan virus negatif yang boleh melemahkan diri saya. Kutukan membuatkan saya hilang keyakinan, sakit hati dan sedih. Bagaimana agaknya saya mengkelaskan dua istilah ini? Mungkin penggunaan bahasa agaknya. Kadang-kadang ada kutukan yang terlalu menyentuh emosi sampai merendahkan harga diri. Apabila dari awal saya dah anggap ianya negatif, sudah tentu kesannya negatif jugak kan? 😦

 

Apa yang saya patut buat?

 

  1. Anggap kutukan adalah sama dengan kritikan. Kutukan juga positif. Mana yang baik, ambil dan perbaiki. Mana yang buruk abaikan.
  2. Apabila rasa terlalu sedih kerana kutukan tersebut, cari seseorang yang benar-benar dipercayai untuk berkongsi perasaan. Perempuan memang camtu kan? Pada saya, mak adalah pilihan yang terbaik.
  3. Belajar lebih bertenang dan berfikiran terbuka menerima kutukan.

 

Kawan-kawan ada cerita pasal kutukan ni, sudikanlah berkongsi dengan saya.

 

Note: Lama saya tidak mengupdate blog ni, ada berita sangat gembira dan berita sedih campur gembira yang saya baru tahu.

 

Berita sangat gembira : Saya terpilih sebagai penerima keychain dari blog Adlankhalidi.com, Wahhh..sangat terharu!!!Terima kasih Encik Adlan atas penghargaan itu. 😉

 

Berita sedih campur gembira : Syam dari blog Aeropama Dot Com mengumumkan mahu berhenti menulis blognya, sesuatu yang sangat memeranjatkan kerana beliau seorang penulis yang berbakat dengan perkongsian yang terlalu berharga. Namun, kunjungan saya tadi menunjukkan blog tersebut sudah pun mempunyai penulis baru. 🙂

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.