~ Bersabarlah Sayang ~

13 November 2008 at 8:51 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik | 23 Komen

 

Memang perkara biasa simpang di taman rumah saya akan sesak di awal pagi. Ini kerana tiadanya lampu isyarat dan juga semak-samun yang semakin hari semakin menyemak tanpa kawalan.

 

Pagi tadi, saya asyik dihon oleh sebuah kereta Viva milik seorang lelaki kerana lambat melintas ke kanan dari simpang tu. Saya rasa mungkin dia tak biasa dengan simpang tu. Lagipun hanya kereta yang paling hadapan sahaja akan nampak kenderaan yang datang dari sebelah kiri kerana semak yang menyukarkan pandangan. Dan mungkin juga saya yang sangat lembap masa tu.😦 Apapun, saya taklah ambil kisah dengan hon yang dilemparkan kerana pada saya keselamatan adalah lebih utama. Lagipun waktu tu baru jam baru 7.15 pagi, masih awal kan?

 

Apabila saya melintas je, tiba-tiba, Dummmm!!!!saya terdengar satu dentuman yang kuat. Bila saya melihat cermin pandang belakang, saya nampak kereta Viva yang asyik menghon saya tadi telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari sebelah kiri simpang tu. Sungguh tak sangka. Namun, saya hanya meneruskan perjalanan kerana sudah tentu simpang tu akan bertambah sesak jika saya berhenti juga.

 

Mungkin kalau lelaki itu bersabar sedikit, kemalangan itu dapat dielakkan. Tak salah kan kalau kita lambat sikit untuk lebih berhati-hati?

 

Sekadar Selingan:🙂

 

pravs-j-where-you-belong

 

 

23 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. kesian pemilik viva..kan dah eksiden..wuuuuu

    To Izad Amza —> yupp..kesian sebenarnya kan?

  2. ~ tak pasal2 jer. bawak2 la bersabar, kan? nak cepat punya pasal kan dah rugi diri sendiri. ~

    To mizzamy —> Semoga kita tergolong dalam orang yang sabar bila memandu.

  3. orang skang emmang kurang sabar..
    isk kekadang rasa nak ketok je paler sape yang asyik hon je tuh..

    To jue —> eheee…garang jugak awak ni ye??🙂

  4. sabar tu separuh drp imaann..
    ingt la orang yg tersayang

    To pyejal —> Terima kasih. Semoga kita selalu ingat perkara ni

    .

  5. betul 2..
    sy memg sakit hati kalo org hon2 ni..
    apehal?
    ingat kita saje je ke nak lmbt2 lintas jalan..
    safety comes first!

    To Callister —> Lelaki kalau nampak perempuan yang drive, memang suka buli kan? Pelik!!

  6. yup safety first..tp kekdg ramai yg terlupa mengenainya… report la kejadian nie pd pihak majlis daerah..sekurg2nya ade tndakana yg akan diambil di simpang tue

    out of topic–> he..23x sian dinding tue kan… sampai la nie tgn masih xok lg la

    To framestone —> Saya tak report pulak, tapi sejak kejadian hari tu, semak kat simpang tu dah dibersihkan. At least, kalau takde traffic light pun, tak la macam dulu bila nak melintas.

  7. hon jangan tak honn.. salammmz jumat akak itteww

    To en me —> eheee..salam jumaat juga buat en me🙂

  8. typical malaysian….angel turn devil behind steering…apa nak cakap padan muka je lah

    To etomyam —> yupp…apa nak di kata kan?

  9. haha..sy pun pernah dgr crite mcm ni..
    org tu xsabar2, asyik hon je..pastu eksiden ngan lori sket…

    To cikf=) —> Susah jugak nak pupuk sifat sabar bila memandu ni kan?

  10. tu laaa… sapa suh x sabar sangat… kan dah eksiden… huhu… kalo dah tau lambat tu kuar laa umah lagi awal.

    benci laa org suka hon2… dah kita kat depan dia… tunggu je la giliran. bengong sungguh org camtu. ciss… teremo plak.😛

    To buzzybug —> Mungkin dia terbangun lambat pagi tu..pasal hon tu, kalau kita yakin kita betul abaikan je..tak suka jugak sebenarnya ngan orang yang sikit2 main hon ni.

  11. aiyoo..kan dah kena
    mulakan hari dgn senyuman ye..

    To azlan —> yupp…senyuman menceriakan harimu!!😀

  12. adoi.. pagi2 nak pegi ofis ke dah kene pegi balai polis.. sian mamat tu..

    To myadlan —> mamat yang mana? Saya perasan cam mamat motor tu lagi teruk je keadaannya.

  13. lelaki… suka sgt mengehon kalau pemandu depannya perempuan… kata kita lambat la… dan mcm2 la… itula… sometimes, berhati2 dan bersabar kan lebih baik… sek bek jue oke…

    To fieza —> Betul tu fieza, mereka ni kadang2 tak puas hati je kalau ada pemandu perempuan kat depan diaorang, atau potong diaorang…bukan semua pemandu perempuan teruk kan?? Alhamduliilah, saya selamat..TQ🙂

  14. Tu laa tuhan nak tunjuk kan..aku kadang2 hangin jugak ngan orang2 yang tak sabar ni…lagi2 potong Q..

    To chuckiesd —> Potong Q ngan tak bagi signal nak belok memang tak boleh tahan kan??

  15. lalalalaa……padan muka..suke sgt hon2 org…(huhu..jahatnyer aku)

    mungkin dia memang seorang pemandu berhemanh…tp pada hari kejadian…dia betul2 dalam kecemasan tp malangnye dia kena langgar la pulek…

    To lyd —> malang tidak berbau kan???mungkin juga dia pemandu berhemah sebenarnya..atau ada emergency masa tu kot?

  16. … padah tak sabar2..

    To nono —> Semoga kita tergolong dalam orang yang sentiasa sabar.🙂

  17. Eksiden ek.. kesian VIVA tu..
    Mesti terbang duit dia banyak2…

    To zool —> kesian kan??emm…mesti banyak jugak tu, badan viva kan lembut.

  18. kesian die. itulah kadang2 kalo dah pegang stering kete luper dunia….. huhuhu……

    To pendekar —> Semoga kita tak lupa diri apabila memegang stereng.

  19. Mamat tu yg mangkuk. Kalau dia betul2 handal mesti lah dia tau, tak guna suruh kura2 berlari. Dah sah2 kura2 tu lembab nak buat cammana kan.

    To ayul —> kura-kura? Kau maksudkan aku kura-kura ke bob?😦

  20. padan muka dia.

    orang tamak selalu rugi.

    bagai anjing dan bayang-bayang.

    err.. macam lari tajuk pulak.

    hehe

    To xeea —> ehhh..tadi kura-kura..ni anjing pulak..camne citer tamak boleh keluar ni..ehee..😀

  21. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

    MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

    MARDHOTILLAH
    🙂

  22. ha, tu la. nak cepat sangat. yang jadi mangsanya,
    motosikal tu la kan.
    sebab dia kecik.

  23. klu kat kl perkara cam tu memang dah biasa dh..pekak kan je la telinga..dh x de dah nak sabar dah…jln sesak lg bertambah sesak..klu bagi muke memang sampai bile la x dapat kuar simpang..jd kene cekap la,,hahahah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: