~ Virus SIBUK menyerang~

26 Oktober 2008 at 3:51 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 28 Komen

Saat saya menulis entri ni, hanya tinggal hanya 66 hari lagi untuk melengkapkan kitaran 2008. Owhh..cukupkah waktu untuk mencapai segala yang dirancang tahun ni? Soalan inilah yang asyik menghantui fikiran saya kebelakangan ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semua azam tahun ni sudah terlaksana?

Bulan ni juga menjadikan virus sibuk terus menerus menyerang diri saya:

  1. Terkurung di makmal sebagai seorang saintis selama 15 jam sehari selama seminggu.
  2. Terpaksa menghadap komputer 15 jam sehari selama seminggu namun tanpa talian internet dan sungguh membosankan, hanya untuk kerja-kerja menganalisis sahaja.
  3. Masa makan yang menjadi tidak menentu, makan hanya bila rasa sangat-sangat lapar sahaja.

Kesan-kesannya:

  1. Terpaksa menolak beberapa undangan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
  2. Tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan sekampung, Abdul Aziz. Buat Ajis, Selamat Pengantin Baru ya!!
  3. Tidak dapat hadir ke majlis pertunangan kawan sekampung juga. Buat Erwana dan Herman (jika kalian membaca blog ini)..Selamat Bertunang!!. Semoga majlis perkahwinan kalian nanti aku dapat hadir.
  4. Tidak dapat mengupdate blog, merayau-rayau dan meninggalkan contengan di blog kawan-kawan.
  5. Mungkinkah berat badan saya menurun lagi?

Note : Terima kasih buat kawan-kawan yang memberi komen di entri โ€œHadiah kecil yang besar maknanyaโ€. Saya akan balas komen kawan-kawan tu nanti.

Note lagi : Buat kawan-kawan yang sudi singgah kat blog ni dan telah meninggalkan jejak, saya akan jejak balik blog istimewa kawan-kawan tu nanti.

Note lagi dan lagi : Dalam minggu ni, ramai sangat orang kat makmal menegur yang saya nampak semakin kurus. Sebenarnya saya tak la kisah sangat, tapi mungkin saya tidak patut abaikan masa makan saya lagi.

Note Istimewa : Buat kawan-kawan yang belajar, SEMOGA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN tak lama lagi. Saya pun pelajar juga, tapi saya tak perlu menghadiri peperiksaan๐Ÿ˜€ Buat kawan-kawan yang bekerja juga, semoga sentiasa sukses dalam tugasan masing-masing ya,ย yang manaย sebenarnya kalianlah yang lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan pelajar macam saya.ย ๐Ÿ™‚

28 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. sibuk ek…
    sama la kite..

    huh!!lagi 66 hari nak tahun baru??
    owh no!!

    To callister:
    Jom kite menghitung hari!!๐Ÿ™‚

  2. iya, 66 is my lucky number.. ehehe

    To en_me:
    Ye ke???no bertuah saya 3 kot!! ehe..๐Ÿ™‚

  3. dah habis virus sibuk tu, pergi la bercuti ye..

    To azlan:
    yuppp..memang bercadang begitu..ingat nak pergi bercuti ke pulau..tak sabarnya!!!๐Ÿ˜›

  4. TQ krn sudh menconteng di blog saya..nk kena frame tu. semoga b’jaya mnhgadapi virusยฒ itu..;p

    To pyejal:
    sama2..dah framekan ke??ehee…. InsyaALLAh, terima kasih atas doa awak tu๐Ÿ™‚

  5. banyaknya note kali ni.. hehe. thanks sudi ziarah kembali.

    tapikan kalau busy je, why not puasa sunat. at least makan waktu pagi n mlm je. tak perlu risau makan lunch ke tak..

    To adlan:
    a’ah..tak perasan pulak terbanyak…sama2…๐Ÿ™‚

    Betul jugak kata awak tu..memang tak berkesempatan kadang2 nak lunch..puasa adalah jalan penyelesaian terbaik. TQ ya..๐Ÿ™‚

  6. ~ busy pun busy gak. tapi makan kena jaga tau. if u tak makan, nanti tak dek tenaga nak buat all the assignments bagai. nak study pun cam tak bermaya nanti. so, makan tuh penting.. jangan abaikan… ceaa, pandai nasihat kat orang. hehehe… ~

    To mizzamy:
    yupppp…thanks amy, saya akan cuba mengatur masa lebih baik antara tugas dan masa makan.๐Ÿ™‚

  7. Ala kesiannya dia..
    Apa nak buat tu le namanya keje..

    To zool:
    Thanks sudi datang ke blog ni dan meninggalkan contengan. Yupp..lebih baik sibuk daripada tak de apa2 yang nak dilakukan kan?

  8. bersusah-susah dulu kak…

    To Q:
    InsyaALLAH semoga ada kesenangannya di hari kemudian kan Q??

  9. sibuk memang sibuk. tapi kena jaga kesihatan awak. kalau sakit, sia-sia saja kerja yang awak usahakan selama ini

    To sham:
    memang rugikan kalau tak dapat menikmati kejayaan atas segala yang diusahakan seandainya jatuh sakit dek kerana abaikan kesihatan.

  10. orang yang paling pandai menguruskan masa adalah orang yang sibuk. so sibuk tu adalah lumrah untuk kita membiasakan diri memanfaatkan setiap detik yang kita ada. hehehe…=)

    To drrazi:
    Saya sentiasa berusaha dan belajar untuk menjadi seseorang yang dapat menguruskan masa dengan baik. Kadang2 bila terlalu fokus dengan sesuatu, tanpa saya sedari saya mengecewakan hati insan-insan yang sayangkan saya.

  11. saya takde kata-kata nk diucapkan sebab saya tengah bermasalah skang ni. apa2 pn, selamat maju jaya! relevan ke tak komen ni,saya pn taktau. haha

    To ixora:
    laaa..kenapa dengan ixora??apapun semoga kita sama2 maju jaya ye!! Takpe..apa2 komen pun saya terima tanpa was-was ixora..๐Ÿ™‚

  12. pe2 pun jaga le permakanan…if klu mmg nk kuruskan badan tue len cite la kan…

    out of topic–>
    ade jugak dengar humor pasal nk cucuk jarum die kne panaskan dulu..tp just untuk pompuan je..so kami xde la nk amik port sgt

    To framestone:
    Actually saya memamg kurus orangnya..so, tak pernah terfikir pulak nak kuruskan badan lagi.๐Ÿ™‚

  13. owh…sy pun nak cube buat2 sibuk…huhuhu

    To cikf=):
    alahai..nape nak buat2 sibuk pulak..ok la kalau sekarang ni free…๐Ÿ™‚

  14. duduk dlm makmal?
    tak de internet?
    analisa data saja?

    someone stab me please!!

    To t.a.t.a:

    Tula…..tension je kan???๐Ÿ˜ฆ

  15. oh, semoga anda sentiasa sabar menghadap virus-virus itu. (Juga untuk isteri mr ah fa yang menghadap virus di John Curtin)

    Berusahalah!!

    To mrahfa:
    ohhh..Puan Dy pun menghadapi virus yang sama ye….orait!!memang saya akan terus berusaha!!๐Ÿ™‚

  16. wowwww… duk terkurung dalam lab tgk data? mmg boring… x ngantuk ke kalo camtu?

    To buzzybug:
    memang sangat mengantuk..rasa lemau je saya ni sekarang..

  17. reply utk kesan #2:
    tqvm.
    xpe, xde rezeki nak datang.
    tunggu majlis kamu ler…. bile eh?๐Ÿ™‚

    To ajis:
    hehe..tunggu la majlis yang entah bila tu…:P

  18. sy pun ngah sibuk sekarang ni..
    test ngan exam semua dah dekat..
    arggh!!
    haha..

    To mahsyar:
    Good Luck ye…musim exam sedang menyerang!!!

  19. busy ke jue? urm… gambate naaaaa…. semoga semuanya selesai dengan bagus sekali

    To fieza:
    Thanks!!!yup..sedang berusaha sedaya upaya ni..semoga ALLAH memudahkan semuanya.

  20. puhh..!! bz ye..,
    bz sebab tangungjawab tak pe…teruskan..!!

    hehehe…

    To toi:
    ok…saya akan teruskan berusaha!!๐Ÿ™‚

  21. best jgk klu bz dpt kuruskn badan…ieja bz tapi makin naek berat badan..howcme?? ;p

    To ieja:
    ehee….gitu pula ye…๐Ÿ™‚

  22. fuyu dok makmal under ground nih….
    best..best.. pastikan bekalan suma cukup…
    bekalan udara …bekalan makanan,, minuman,,
    bekalan oksigen tu yg penting ….

    To cicak:
    Makmal ni tak underground, tapi atas bukit kat dalam hutan..ahaa..๐Ÿ˜€
    Ok..bekalan lain cukup nampaknya kecuali takde cafe..kalau nak makan kene jalan jauh sikit, tu yang malas tu.

  23. wah… bosannya duduk lama dalam makmal.. serious, tak leh tahan๐Ÿ˜ฆ

    To nono:
    Memang bosan tapi kene la tahan… tak gitu cik nono??

  24. Salam..

    Janganlah abaikan waktu makan .. nanti penyakit lain yang datang. Semoga anda tenang menjalani kehidupan

    Untuk pengetahuan,blog akak telah berubah alamatnya.Harap maklum.๐Ÿ™‚
    http://www.akuberbicara.blogspot.com

    To kak shila:
    Salam kak..terima kasih, insyaALLAH saya akan pastikan semuanya berjalan lancar. Nwey, nanti saya jenguk2 blog baru akak tu ye.๐Ÿ™‚

  25. susah kalu virus malas ngan virus sibuk menyerang serentak

    To lydiarayyan:
    betul tul lyd..shuuuuhhhh!!..harap2 jauh la virus malas tu sekarang…๐Ÿ™‚

  26. salam

    kene jage kesihatan sis.
    kang susah pulak takde sesaper nak menconteng…he he he

    To pendekar:
    Salam…yup, betul tu..saya pun taknak kehilangan kawan-kawan yang super istimewa kat contengan ni..๐Ÿ˜›

  27. sian julie..
    thanks 4 d wish..

    To erman:
    Welcome man!!๐Ÿ™‚

  28. kiter tukar link ek?
    i loikeeee ur blog

    To jue:
    yupp…ok jom!!๐Ÿ™‚


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: