~ Virus SIBUK menyerang~

26 Oktober 2008 at 3:51 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 28 Komen

Saat saya menulis entri ni, hanya tinggal hanya 66 hari lagi untuk melengkapkan kitaran 2008. Owhh..cukupkah waktu untuk mencapai segala yang dirancang tahun ni? Soalan inilah yang asyik menghantui fikiran saya kebelakangan ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semua azam tahun ni sudah terlaksana?

Bulan ni juga menjadikan virus sibuk terus menerus menyerang diri saya:

  1. Terkurung di makmal sebagai seorang saintis selama 15 jam sehari selama seminggu.
  2. Terpaksa menghadap komputer 15 jam sehari selama seminggu namun tanpa talian internet dan sungguh membosankan, hanya untuk kerja-kerja menganalisis sahaja.
  3. Masa makan yang menjadi tidak menentu, makan hanya bila rasa sangat-sangat lapar sahaja.

Kesan-kesannya:

  1. Terpaksa menolak beberapa undangan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
  2. Tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan sekampung, Abdul Aziz. Buat Ajis, Selamat Pengantin Baru ya!!
  3. Tidak dapat hadir ke majlis pertunangan kawan sekampung juga. Buat Erwana dan Herman (jika kalian membaca blog ini)..Selamat Bertunang!!. Semoga majlis perkahwinan kalian nanti aku dapat hadir.
  4. Tidak dapat mengupdate blog, merayau-rayau dan meninggalkan contengan di blog kawan-kawan.
  5. Mungkinkah berat badan saya menurun lagi?

Note : Terima kasih buat kawan-kawan yang memberi komen di entri “Hadiah kecil yang besar maknanya”. Saya akan balas komen kawan-kawan tu nanti.

Note lagi : Buat kawan-kawan yang sudi singgah kat blog ni dan telah meninggalkan jejak, saya akan jejak balik blog istimewa kawan-kawan tu nanti.

Note lagi dan lagi : Dalam minggu ni, ramai sangat orang kat makmal menegur yang saya nampak semakin kurus. Sebenarnya saya tak la kisah sangat, tapi mungkin saya tidak patut abaikan masa makan saya lagi.

Note Istimewa : Buat kawan-kawan yang belajar, SEMOGA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN tak lama lagi. Saya pun pelajar juga, tapi saya tak perlu menghadiri peperiksaan 😀 Buat kawan-kawan yang bekerja juga, semoga sentiasa sukses dalam tugasan masing-masing ya, yang mana sebenarnya kalianlah yang lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan pelajar macam saya.  🙂

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.