Hadiah kecil yang besar maknanya
18 Oktober 2008 at 11:25 am | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 KomenMimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah
Tanpa lelah sampai engkau
Meraihnya
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
Saya tujukan lagu di atas buat kawan-kawan yang sedang membaca blog ini. Kawan-kawan tahu lagu apa tu? Itu lagu terbaru Nidji bertajuk Laskar Pelangi. Best pulak bila saya mendengarnya.. 🙂 Sekadar selingan.
Selalunya, bila ada sesuatu kejayaan peribadi atau perkara yang menggembirakan, sudah tentu kita akan meraikan bersama keluarga, kekasih atau teman. Best je kan menerima hadiah dari orang lain? Tapi, pernah tak kawan-kawan beli atau buat sesuatu untuk meraikan kejayaan ataupun hari istimewa kawan-kawan sendiri?
Bagi saya yang jarang mendapat hadiah ni, ada beberapa cara saya menghadiahkan diri saya sendiri bila ada sesuatu kejayaan ataupun perkara-perkara yang mengembirakan. Hadiah tersebut hanyalah kecil sebenarnya, namun cukup bermakna buat saya.
Makan aiskrim – Saya sukakan aiskrim. Setiap kali ada sesuatu yang saya berjaya buat, saya akan belanja diri dengan aiskrim. Kalau kejayaan tu kecil, aiskrimnya murah2 je..tapi kalau ada sesuatu yang besar berjaya saya lakukan, saya akan beli aiskrim yang mahal sikit. Memang best makan aiskrim ni lagi-lagi aiskrim coklat..ehe.. 😀
Baca buku kat kedai buku – Ini sebenarnya hobi saya. Macam ada kepuasan luar biasa bila dapat lakukannya. Lagipun, ada sesetengah buku tu agak mahal untuk dibeli. Bukan kedekut, cuma masih tak berkemampuan. Jadi, kalau nak baca jugak, baca free kat kedai buku pun dah ok buat saya. Cumanya, kadang2 masa tu takde pulak. Sekarang ni, hobi ni saya jadikan hadiah untuk diri saya.
Memasak makanan ‘special’ untuk keluarga – Sebenarnya saya jarang memasak kerana saya masih bujang dan malas nak memasak. Tapi, kalau ada sesuatu yang betul-betul menggembirakan saya, saya akan memasak sesuatu yang ‘istimewa’ untuk keluarga. Sebenarnya, saya tak tahulah makanan tu istimewa atau tak, ok ke tak, sedap ke tak, kan saya jarang memasak…tapi itulah cara saya meraikan sesuatu yang menggembirakan hidup saya.
Kawan-kawan bagaimana? Apa hadiah yang selalu kawan-kawan bagi kat diri sendiri? Sudikanlah kongsi dengan saya.
Note : Tak sabar nak memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga hujung minggu ni. Nampaknya kene la shopping barang keperluan dapur lepas ni..ehee.. 😉
25 Komen »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Tinggalkan Jawapan kepada ep_jb Batal balasan
Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.
hoho..kalo aku, aku pun tak taw adiah apa aku bagi tuk diri sendiri. kengkadang tue, apa yang menarik minat, aku sebat jerk.. 😀
Comment by aman— 18 Oktober 2008 #
Hai aman…
asalkan bende tu leh buat kita happy, ok je la kan.. 🙂
Comment by JuliaNa— 18 Oktober 2008 #
saya pun jarang dapat hadiah. hehehe…
tapi, selalunya, bila benda2 happy jadi utk diri sendiri, saya hadiahkan diri saya… hmmm… baju2… hahaha… and makan yang best2 dengan banyaknya. 😉
Comment by buzzybug— 18 Oktober 2008 #
Q pulak akan beli makanan yang best2 untuk diri sendiri kalau dapat capai sesuatu.
Comment by qdetactive— 18 Oktober 2008 #
hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku biloer aku dapat bagi hadiah tiap kali raye kat mak aku….. he he he
Comment by pendekar— 18 Oktober 2008 #
out of topic
mmg sangat menyilukan pun…tp tahan je la nk wat cammne kan..dah kite yg xjage gigi tue leklok
Comment by framestone— 18 Oktober 2008 #
akak tak perasan ker kedai buku tampal tewww – ‘no free reading’.. ekeke
Comment by en_me— 18 Oktober 2008 #
waahh…tahniah..wpun sy xtau ape kejayaan tsebut..
mm sblm bjaya,mesti penat sbb kite dh bekerje keras utk itu..
maka saya akan berehat ckup2…hahaha
Comment by cikf=)— 18 Oktober 2008 #
aku lagi suka membaca buku di bilik sendiri sebelum tidur..
lebih nikmat.. hehe
Comment by menteil— 19 Oktober 2008 #
saya akan beli makanan yg dah lama tak makan..hmm dah lama la tak makan kerang bakar…yumm
Comment by azlan shah— 19 Oktober 2008 #
em, kalau happy..tak taulah nak buat ape. Tulis blog kot.hehhehe
Comment by diarisenja— 19 Oktober 2008 #
Saya pun jarang dapat hadiah.. sebab tu bila sekali saya dapat, saya akan kenang sampai bila-bila. Bagi saya, kecik atau besar (murah @ mahal) hadiah tersebut, saya takkan pertikaikan. Yang penting, orang masih sudi beri saya hadiah 🙂
Comment by !x0r@— 19 Oktober 2008 #
ehm, kalau saya..bwak adik jalan2 dan belikan apa yang die inginkan. tp berdasarkan kemampuan. hehe..
Comment by mesejabdul— 20 Oktober 2008 #
mimpi tu memang berguna gak.. tapi jangan tertido udah.. 😛
makan ice-cream.. comel la awak 😛
Comment by nono— 20 Oktober 2008 #
already update my blog
Comment by fiza— 21 Oktober 2008 #
hadiah utk diriku.. omputih kata pampering ourselves
saya akan bli ice-cream sundae McD coklat.
takpun pegi tgk wayang citer best2!
tak reti la nak masak. maklumla org laki hehe
Comment by myadlan— 21 Oktober 2008 #
kalau happy… aku menyanyi sepanjang hari.. hehehe
Adry @ http://www.adrysabry.com
Comment by Adry— 21 Oktober 2008 #
Bagus jgk bg hadiah kat diri sendiri. Tanda kita menghargai diri sendiri.
Comment by nick— 22 Oktober 2008 #
saya bagi diri saya baju yang best! lepas beli rasa seronok giler?…hahaha
Comment by lydiarayyan— 23 Oktober 2008 #
org bg hadiah kita amik je..jgn bnyak soal..;p
Comment by budak kampung— 24 Oktober 2008 #
Laskar tu apa dier yerrr?..
laksa tu gue taw arrr.. cedap dimakan dan dihirup…
Comment by cicak— 24 Oktober 2008 #
aslmkum….
hehe,saje nk nyebok. (awk yang tanye,tpaksala jawab. hehe..) saya jarang dapat hadiah. maybe sbb sy jarang memberi hadiah kot. tak biasa. hadiah pada diri sendiri? hmm..bole try lpsni. hehe…laskar tu askar kot. haha,ntahla….
Comment by drrazi— 24 Oktober 2008 #
hehe..memasak sy xpandai..
hadiah ape ek yang slalu sy bg kat diri sniri, g shopping kot..
Comment by callister— 25 Oktober 2008 #
huhu. best juga raikan diri sendiri dengan aiskrim nih 😀
Comment by alone— 26 Oktober 2008 #
lagu indon rupenye…kuwg lyn
Comment by ep_jb— 26 Oktober 2008 #