Hadiah kecil yang besar maknanya

18 Oktober 2008 at 11:25 am | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah
Tanpa lelah sampai engkau
Meraihnya

 

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

 Laskar Pelangi

 

 

Saya tujukan lagu di atas buat kawan-kawan yang sedang membaca blog ini. Kawan-kawan tahu lagu apa tu? Itu lagu terbaru Nidji bertajuk Laskar Pelangi. Best pulak bila saya mendengarnya..🙂 Sekadar selingan.

 

Selalunya, bila ada sesuatu kejayaan peribadi atau perkara yang menggembirakan, sudah tentu kita akan meraikan bersama keluarga, kekasih atau teman. Best je kan menerima hadiah dari orang lain? Tapi, pernah tak kawan-kawan beli atau buat sesuatu untuk meraikan kejayaan ataupun hari istimewa kawan-kawan sendiri?

 

Bagi saya yang jarang mendapat hadiah ni, ada beberapa cara saya menghadiahkan diri saya sendiri bila ada sesuatu kejayaan ataupun perkara-perkara yang mengembirakan. Hadiah tersebut hanyalah kecil sebenarnya, namun cukup bermakna buat saya.

 

Makan aiskrim – Saya sukakan aiskrim. Setiap kali ada sesuatu yang saya berjaya buat, saya akan belanja diri dengan aiskrim. Kalau kejayaan tu kecil, aiskrimnya murah2 je..tapi kalau ada sesuatu yang besar berjaya saya lakukan, saya akan beli aiskrim yang mahal sikit. Memang best makan aiskrim ni lagi-lagi aiskrim coklat..ehe..😀

 

Baca buku kat kedai buku – Ini sebenarnya hobi saya. Macam ada kepuasan luar biasa bila dapat lakukannya. Lagipun, ada sesetengah buku tu agak mahal untuk dibeli. Bukan kedekut, cuma masih tak berkemampuan. Jadi, kalau nak baca jugak, baca free kat kedai buku pun dah ok buat saya. Cumanya, kadang2 masa tu takde pulak. Sekarang ni, hobi ni saya jadikan hadiah untuk diri saya.

 

Memasak makanan ‘special’ untuk keluarga – Sebenarnya saya jarang memasak kerana saya masih bujang dan malas nak memasak. Tapi, kalau ada sesuatu yang betul-betul menggembirakan saya, saya akan memasak sesuatu yang ‘istimewa’ untuk keluarga. Sebenarnya, saya tak tahulah makanan tu istimewa atau tak, ok ke tak, sedap ke tak, kan saya jarang memasak…tapi itulah cara saya meraikan sesuatu yang menggembirakan hidup saya.

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa hadiah yang selalu kawan-kawan bagi kat diri sendiri? Sudikanlah kongsi dengan saya.

 

Note : Tak sabar nak memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga hujung minggu ni. Nampaknya kene la shopping barang keperluan dapur lepas ni..ehee..😉

  

 

25 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. hoho..kalo aku, aku pun tak taw adiah apa aku bagi tuk diri sendiri. kengkadang tue, apa yang menarik minat, aku sebat jerk..😀

  2. Hai aman…

    asalkan bende tu leh buat kita happy, ok je la kan..🙂

  3. saya pun jarang dapat hadiah. hehehe…
    tapi, selalunya, bila benda2 happy jadi utk diri sendiri, saya hadiahkan diri saya… hmmm… baju2… hahaha… and makan yang best2 dengan banyaknya.😉

    To buzzybug:
    Bestnye..rupa cantik..perut pun kenyang kan!!🙂

  4. Q pulak akan beli makanan yang best2 untuk diri sendiri kalau dapat capai sesuatu.

    To Q:
    oooo..samalah cam Cik BB ni..🙂

  5. hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku biloer aku dapat bagi hadiah tiap kali raye kat mak aku….. he he he

    To Pendekar:
    wahhhh…awak pulak hadiahkan mak sebagai hadiah untuk diri sendiri….memang sangat bermakna hadiah awak tu🙂

  6. out of topic

    mmg sangat menyilukan pun…tp tahan je la nk wat cammne kan..dah kite yg xjage gigi tue leklok

    To framestone:
    uhuuu…betul tu.

  7. akak tak perasan ker kedai buku tampal tewww – ‘no free reading’.. ekeke

    To en_me:
    perasan..tapi diaorang yang tak perasan saya yang tengah terselit kat rak buku ni..😛

  8. waahh…tahniah..wpun sy xtau ape kejayaan tsebut..
    mm sblm bjaya,mesti penat sbb kite dh bekerje keras utk itu..
    maka saya akan berehat ckup2…hahaha

    To CikF=):

    yupp..betul jugak tu..memang sangat penat pun, tapi bila dah berjaya tu..puas sangat hati. Saya ni bila kata berehat cukup2..saya msti terbayang tidur je..ehe..

    Nwey, Thanks cikf=).

  9. aku lagi suka membaca buku di bilik sendiri sebelum tidur..
    lebih nikmat.. hehe

    To menteil:

    Betul juga tu..lagi feeling kan..sorang2 dalam bilik tanpa gangguan..🙂

  10. saya akan beli makanan yg dah lama tak makan..hmm dah lama la tak makan kerang bakar…yumm

    To azlan:
    kerang bakar memang best…lagi2 saya ni yang memang peminat seafood..belanja la saya sekali..ehekkk..😛

  11. em, kalau happy..tak taulah nak buat ape. Tulis blog kot.hehhehe

    To diarisenja:
    emm..kalau tak happy..awak tak tulis blog ke???

  12. Saya pun jarang dapat hadiah.. sebab tu bila sekali saya dapat, saya akan kenang sampai bila-bila. Bagi saya, kecik atau besar (murah @ mahal) hadiah tersebut, saya takkan pertikaikan. Yang penting, orang masih sudi beri saya hadiah🙂

    To Ixora:
    Betul tu Ixora…sangat setuju dengan kata2 awak tu..saya juga rasa happy sangat kalau dapat hadiah..tak kesah la apa pun hadiahnya!!🙂

  13. ehm, kalau saya..bwak adik jalan2 dan belikan apa yang die inginkan. tp berdasarkan kemampuan. hehe..

    To mesejabdul:
    wow!!baiknye awak ye..bertuah adik awak ada abang seperti awak…yang penting menggembirakan orang yang tersayang juga akan menggembirakan kita kan..🙂

  14. mimpi tu memang berguna gak.. tapi jangan tertido udah..😛

    makan ice-cream.. comel la awak😛

    To nono:
    ihihii….ice-cream memang jajan yang best selain coklat..😛

  15. already update my blog

    To fiza:
    Ok dear..noted!!

  16. hadiah utk diriku.. omputih kata pampering ourselves

    saya akan bli ice-cream sundae McD coklat.
    takpun pegi tgk wayang citer best2!
    tak reti la nak masak. maklumla org laki hehe

    To myadlan:
    1. saya pun suka ice-cream McD..tapi saya paling suka Mcflurry Oreo..wajib beli kalau g McD tu..ehe..😀
    2. saya jarang tengok wayang…tapi suka download je citer pastu tengok kat umah..ehe..nak beli cd kedekut..🙂
    3. ohohh..kalau tak reti masak leh la tolong mak, kakak ngan adik masak..kan best tu..mesti diaorang happy..🙂

  17. kalau happy… aku menyanyi sepanjang hari.. hehehe

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    To adry:
    lalalalala…nyanyi pun best kan..tapi saya suka nyanyi sorang2 dalam keta masa drive…lain waktu, malu pulak kalau ada yang dengar..suara tak sedap..ehe..🙂

  18. Bagus jgk bg hadiah kat diri sendiri. Tanda kita menghargai diri sendiri.

    To nick:
    yupp…betul tu nick🙂

  19. saya bagi diri saya baju yang best! lepas beli rasa seronok giler?…hahaha

    To lydiarayyan:
    wow!! bestnye!! mesti banyak koleksi baju ko kan lyd!!🙂

  20. org bg hadiah kita amik je..jgn bnyak soal..;p

    To budak kampung:
    ok..baik!!..ehee..😀

  21. Laskar tu apa dier yerrr?..
    laksa tu gue taw arrr.. cedap dimakan dan dihirup…

    To cicak:
    haiii cicak..lama tak datang sini ye..ehee.. actually saya pun tak tahu laskar tu apa maknanya..yang saya tahu..lagu tu best!!🙂

    laksa memang sedap…tapi saya yakin laskar tu bukan makanan la kot!!

  22. aslmkum….
    hehe,saje nk nyebok. (awk yang tanye,tpaksala jawab. hehe..) saya jarang dapat hadiah. maybe sbb sy jarang memberi hadiah kot. tak biasa. hadiah pada diri sendiri? hmm..bole try lpsni. hehe…laskar tu askar kot. haha,ntahla….

    To drrazi:
    Waalaikumusalam,
    Terima kasih kerana menjawab..ehe..lepas ni cuba la ye…ye ke laskar tu askar??saya pun tak tahu la pulaknye…🙂

  23. hehe..memasak sy xpandai..

    hadiah ape ek yang slalu sy bg kat diri sniri, g shopping kot..

    To callister:
    saya pun tak pandai gak..belasah je..asal ada rupa makanan, ok la tu..ehee..so far family tak la komen sgt..ok la tu..shopping pun terapi jugak tu..🙂

  24. huhu. best juga raikan diri sendiri dengan aiskrim nih😀

    To alone:
    memang best alone..cubalah pasni ye!!🙂

  25. lagu indon rupenye…kuwg lyn

    To ep_jb:
    yup..lagu indon adanya..silalah layan kali ini.. ehe..🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: