~ Saya YAKIN bila…… ~
11 Oktober 2008 at 2:01 pm | Dikirim dalam Motivasi | 22 Komen
Dua hari lepas, saya dengar topik menarik kat Hot FM. Tajuknya ada kaitan dengan KEYAKINAN DIRI. Saya agak mungkin tajuknya ialah “Apakah yang membuatkan anda yakin dengan diri anda”. Ini berdasarkan perbincangan di antara DJ Aleeya dengan pemanggil-pemanggil yang berkongsi cerita masing-masing. Macam-macam yang dikongsikan oleh pemanggil-pemanggil tersebut. Ada yang lucu, menarik malah yang tak logik pun ada. Hakikatnya, itulah cara mereka tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai dan menyerlahkan lagi kehebatan diri masing-masing.
Bagi saya, ada tiga cara untuk membuatkan saya yakin apabila saya terlalu takut atau bimbang dalam melakukan sesuatu perkara.
Pakaian — Pertama, saya akan memastikan penampilan diri dan cara saya berpakaian adalah PALING SELESA untuk diri saya. Apa jua warna tidak penting, asalkan tidak melampau, kemas dan saya mudah bergerak dengan pakaian tersebut. Dulu, masa kecil saya akan rasa malu bila berpakaian warna merah jambu kerana saya tidak sukakan warna tersebut. Entah kenapa, setiap kali raya, mesti ada je baju warna merah jambu mak saya buat atau beli untuk saya. Tapi, saya tak pernah mengadu pada mak sehinggalah saya berumur 17 tahun. Rupa-rupanya mak saya kata, saya akan nampak cantik bila berbaju merah jambu. Itu rupanya tanggapan mak saya. Sekarang, saya dah boleh terima baju berwarna merah jambu. Malah, apa-apa warna pun boleh. Asalkan saya selesa, pakaian tersebut akan membuatkan saya yakin dengan penampilan saya.
Peta Lipat-lipat — Saya cepat gelabah dan kalut jika terpaksa memandu ke tempat baru sendirian. Kesannya, sepanjang perjalanan saya akan tertekan dan secara tak langsung macam tak yakin boleh sampai ke tempat yang dituju. Walaupun ada signboard, kadang-kadang signboard tidak dapat membantu. Maka, jika saya terpaksa ke tempat baru sendirian, saya akan pastikan saya ada peta lipat-lipat terbaru yang boleh dirujuk. Ini untuk mengelakkan sesat dan menjimatkan masa perjalanan. Kalau yakin, baru la best perjalanan tu kan?
Coklat atau gula-gula — Perkara ketiga yang membantu untuk saya yakin bila membuat sesuatu ialah makan coklat atau kunyah gula-gula. Gula-gula tu kalau boleh yang rasa berangin macam HACKS atau Hudson. Walaupun rasa takut kadang-kadang sangat kuat, namun bila dapat makan coklat atau telan sebiji gula-gula, tekanan itu akan berkurang sedikit demi sedikit. 🙂
Kawan-kawan bagaimana? Apa kata kawan-kawan kongsikan dengan saya pula. Apakah perkara yang membuatkan kawan-kawan rasa yakin tatkala kawan-kawan rasa takut atau bimbang untuk melakukan sesuatu perkara? Sudikanlah meninggalkan komen di bawah ye!! 😉
Note: Ada sesiapa yang buat RUMAH TERBUKA HARI RAYA? Kalau ada, jemputla saya..eheee…bestnye kalau dapat makan free kan?? 😀
22 Komen »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Tinggalkan Jawapan kepada azlan shah Batal balasan
Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.
saye akan terase lebih yakin apabile sy dpt memegang barang n senyum…
contohnye, kalo buat presentation,sy suke pegang mic kuat2..tp sbnrnye sy takut mcm nak sorok bwh meja..hehe
Comment by cikf=)— 11 Oktober 2008 #
fiza lebih yakin klu memandu dengan ada ditemani seseorang, tp klu terpaksa… belasah aja… fiza jg akan lebih yakin klu deal dgn orang yang memberi senyuman dan tidak terlalu formal… hehehe…
Comment by fiza— 11 Oktober 2008 #
keyakinan diri ni penting dalam hidup. bagusla sebab ada elemen2 untuk bagi keyakinan.
saya ada keyakinan diri bila saya ada mood. haha 😛
Comment by alone— 11 Oktober 2008 #
alamak, mintak maaf banyak2 lambat baca entri ni. semalam internet down. kalo tak boleh ajak datang rumah arini (11hb). ada buat makan2 kat umah.. hee..
takpe kak, tahun depan kalo ada rezeki saya jemput eh 🙂
p/s: entri ni publish ari Sabtu kan? huu.. nak ajak mende kalo internet ok pn smlm. ehhe.
Comment by !x0r@— 12 Oktober 2008 #
same here.. kadang2 kena kunyah something nak calm down.. pelik kan? tapi tu la hakikatnya..
Comment by nono— 12 Oktober 2008 #
Salam ! Tok Tumpang lalu blog ni
Comment by Pak Karamu— 12 Oktober 2008 #
wah peta lipat lipat pong me ader.. ekeke
Comment by en_me— 12 Oktober 2008 #
peta atas bantal leh pakai x..???
out of topic–> celcom mmg jrg dispam pun..body treatment kat rumah?? rumah sape ek
http://belibuy.blogspot.com/2008/09/1-message-received.html?showComment=1223741700000
Comment by framestone— 12 Oktober 2008 #
– saya yakin bila saya tahu!
– saya yakin bila badan tidak berbau
– saya yakin bila pakaian saya sesuai mengikut keadaan
Comment by azlan shah— 12 Oktober 2008 #
Pakaian ~ penting utk sesetgh org. Tp aku pernah masuk meeting dan buat presentation depan boss2 pakai selipar jepun aje. Masa tu baru lepas semayang zohor dia terus panggil masuk. Diorg tak de ckp ape2 pun. Penampilan tu penting tp kalau kerje kita perfect org tak ckp ape pun.
Peta Lipat-lipat ~ biasa nye kalau nak tuju tpt2 baru ni suruh org yg tau jln lukis peta aje.
Coklat atau gula-gula ~ ade satu lagi bende yg lagi biasa org guna utk situasi2 cam ni nama dia rokok.
Dulu aku akan yakin nak buat sesuatu bila dah cukup preparation. Tp skang ni dah malas nak yakin2, sebat aje lah. Byk sgt situasi yg berada di luar kawalan kita. Nak tak nak buat aje lah.
Comment by ayul— 12 Oktober 2008 #
peta lipat2?? camna tu ek?
Comment by buzzybug— 12 Oktober 2008 #
aku lebih yakin kalau haruman yang aku pakai sangat mengujakan..
sbb tu tak kisah beli perfume mahal..
hehe..
jgn ikut…
sbb ini pelik…
Comment by menteil— 14 Oktober 2008 #
1. saya yakin bila saya bercakap sambil merenung mata orang
Comment by aeropama dot com— 14 Oktober 2008 #
~ saya akan yakin bila saya memakai heels. tetiba jer rasa cam diri ku tinggi. hehehe…
peta lipat2 tuh cemana? ~
Comment by ~ mizzamy ~— 14 Oktober 2008 #
saya yakin bila saya tahu apa yang saya buat itu betul.
kagum ada gak pompuan yg rajin baca peta. ada buku tajuknya ‘Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps: How We’re Different and What to Do About It’
Comment by myadlan— 14 Oktober 2008 #
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
Comment by en_me— 15 Oktober 2008 #
saya yakin bila saya kurang comot….
Comment by lydiarayyan— 15 Oktober 2008 #
saya lak lau nak ilangkan nervous minum air..
hehe..xpun makan cokelat..
kalau dalam Islam pun ada cara nak hilangkan nervous kan..
baca Surah AlamNashroh….
wallahu’alam
Comment by mahsyar90— 16 Oktober 2008 #
1. Rasa yakin bila tak bercermin mata. (rasa macam ada penghadang pulak bila nak bercakap dengan orang lain)
2. Rasa yakin bila dah gosok gigi, cuci muka, tone, dan moisterise sebelum masuk tidur. (kalau tak, mesti tak nyenyak tidur. Pernah terjaga pukul 4 pagi, buat semua benda nih pastuh, masuk tidur semula.)
3. Rasa yakin bila pakai baju yang membuatkan saya nampak lebih tinggi dan slim (hint: baju kurung)
Comment by xeea— 17 Oktober 2008 #
saya yakin bila bercakap di depan orang ramai sambil menggenggam sesuatu di tangan
Comment by Adry— 18 Oktober 2008 #
oooo…. bukan ke lagi susah nak tengok peta tu kalo tgh drive? suma jalan dia bagi… ehehe… saya ada gak peta tu, tapi digunakan bila nak pi meneroka jalan baru dengan berjalan kaki je. 🙂
Comment by buzzybug— 18 Oktober 2008 #
Cik BB:
Sebenarnya mula2 agak susah juga, dah la drive sendiri..pastu kene bukak peta pulak..tapi lelama dah ok..saya akan stop kat stesen minyak jap, bukak peta, smbg jalan..selamat!! 🙂
Comment by JuliaNa— 18 Oktober 2008 #