~ Saya YAKIN bila…… ~

11 Oktober 2008 at 2:01 pm | Dikirim dalam Motivasi | 22 Komen

 

Dua hari lepas, saya dengar topik menarik kat Hot FM. Tajuknya ada kaitan dengan KEYAKINAN DIRI. Saya agak mungkin tajuknya ialah “Apakah yang membuatkan anda yakin dengan diri anda”. Ini berdasarkan perbincangan di antara DJ Aleeya dengan pemanggil-pemanggil yang berkongsi cerita masing-masing. Macam-macam yang dikongsikan oleh pemanggil-pemanggil tersebut. Ada yang lucu, menarik malah yang tak logik pun ada. Hakikatnya, itulah cara mereka tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai dan menyerlahkan lagi kehebatan diri masing-masing.

 

Bagi saya, ada tiga cara untuk membuatkan saya yakin apabila saya terlalu takut atau bimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

 

Pakaian  — Pertama, saya akan memastikan penampilan diri dan cara saya berpakaian adalah PALING SELESA untuk diri saya. Apa jua warna tidak penting, asalkan tidak melampau, kemas dan saya mudah bergerak dengan pakaian tersebut. Dulu, masa kecil saya akan rasa malu bila berpakaian warna merah jambu kerana saya tidak sukakan warna tersebut. Entah kenapa, setiap kali raya, mesti ada je baju warna merah jambu mak saya buat atau beli untuk saya. Tapi, saya tak pernah mengadu pada mak sehinggalah saya berumur 17 tahun. Rupa-rupanya mak saya kata, saya akan nampak cantik bila berbaju merah jambu. Itu rupanya tanggapan mak saya. Sekarang, saya dah boleh terima baju berwarna merah jambu. Malah, apa-apa warna pun boleh. Asalkan saya selesa, pakaian tersebut akan membuatkan saya yakin dengan penampilan saya.

 

Peta Lipat-lipat — Saya cepat gelabah dan kalut jika terpaksa memandu ke tempat baru sendirian. Kesannya, sepanjang perjalanan saya akan tertekan dan secara tak langsung macam tak yakin boleh sampai ke tempat yang dituju. Walaupun ada signboard, kadang-kadang signboard tidak dapat membantu. Maka, jika saya terpaksa ke tempat baru sendirian, saya akan pastikan saya ada peta lipat-lipat terbaru yang boleh dirujuk. Ini untuk mengelakkan sesat dan menjimatkan masa perjalanan. Kalau yakin, baru la best perjalanan tu kan?

 

Coklat atau gula-gula — Perkara ketiga yang membantu untuk saya yakin bila membuat sesuatu ialah makan coklat atau kunyah gula-gula. Gula-gula tu kalau boleh yang rasa berangin macam HACKS atau Hudson. Walaupun rasa takut kadang-kadang sangat kuat, namun bila dapat makan coklat atau telan sebiji gula-gula, tekanan itu akan berkurang sedikit demi sedikit.🙂

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa kata kawan-kawan kongsikan dengan saya pula. Apakah perkara yang membuatkan kawan-kawan rasa yakin tatkala kawan-kawan rasa takut atau bimbang untuk melakukan sesuatu perkara? Sudikanlah meninggalkan komen di bawah ye!!😉

 

Note: Ada sesiapa yang buat RUMAH TERBUKA HARI RAYA? Kalau ada, jemputla saya..eheee…bestnye kalau dapat makan free kan??😀

22 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. saye akan terase lebih yakin apabile sy dpt memegang barang n senyum…

    contohnye, kalo buat presentation,sy suke pegang mic kuat2..tp sbnrnye sy takut mcm nak sorok bwh meja..hehe

    JuliaNa balas:
    Selalu juga seram sejuk kalau kene presentation pegang mic, pasni nak cuba pegang kuat2 macam cikf la..🙂

  2. fiza lebih yakin klu memandu dengan ada ditemani seseorang, tp klu terpaksa… belasah aja… fiza jg akan lebih yakin klu deal dgn orang yang memberi senyuman dan tidak terlalu formal… hehehe…

    JuliaNa balas:
    Betul kata fiza tu, kalau ada orang teman,sesat pun takpe kan..ehee..😀

  3. keyakinan diri ni penting dalam hidup. bagusla sebab ada elemen2 untuk bagi keyakinan.

    saya ada keyakinan diri bila saya ada mood. haha😛

    JuliaNa balas:

    Mood pun memang penting kan, kalau bad mood nak buat ape pun susah kan?

  4. alamak, mintak maaf banyak2 lambat baca entri ni. semalam internet down. kalo tak boleh ajak datang rumah arini (11hb). ada buat makan2 kat umah.. hee..

    takpe kak, tahun depan kalo ada rezeki saya jemput eh🙂

    p/s: entri ni publish ari Sabtu kan? huu.. nak ajak mende kalo internet ok pn smlm. ehhe.

    JuliaNa balas:

    xpe je ixora, lain kali kalau ada jangan lupa jemput..eheee…

  5. same here.. kadang2 kena kunyah something nak calm down.. pelik kan? tapi tu la hakikatnya..

    JuliaNa balas:
    pelik tapi benar kan nono?

  6. Salam ! Tok Tumpang lalu blog ni

    JuliaNa balas:
    Salam Tok, lalu je, saya tak kenekan tol pun..ehe..😀

  7. wah peta lipat lipat pong me ader.. ekeke

    JuliaNa balas:
    Best kan peta lipat-lipat tu en_me?

  8. peta atas bantal leh pakai x..???

    out of topic–> celcom mmg jrg dispam pun..body treatment kat rumah?? rumah sape ek

    http://belibuy.blogspot.com/2008/09/1-message-received.html?showComment=1223741700000

    JuliaNa balas:

    Kalau peta tu membentuk sebuah kerajaan atau negeri, sudah tentu boleh..😛

    Bukan rumah pelanggan ke?

  9. – saya yakin bila saya tahu!
    – saya yakin bila badan tidak berbau
    – saya yakin bila pakaian saya sesuai mengikut keadaan

    JuliaNa balas:

    yuppp..setuju ngan en azlan!!🙂

  10. Pakaian ~ penting utk sesetgh org. Tp aku pernah masuk meeting dan buat presentation depan boss2 pakai selipar jepun aje. Masa tu baru lepas semayang zohor dia terus panggil masuk. Diorg tak de ckp ape2 pun. Penampilan tu penting tp kalau kerje kita perfect org tak ckp ape pun.

    Peta Lipat-lipat ~ biasa nye kalau nak tuju tpt2 baru ni suruh org yg tau jln lukis peta aje.

    Coklat atau gula-gula ~ ade satu lagi bende yg lagi biasa org guna utk situasi2 cam ni nama dia rokok.

    Dulu aku akan yakin nak buat sesuatu bila dah cukup preparation. Tp skang ni dah malas nak yakin2, sebat aje lah. Byk sgt situasi yg berada di luar kawalan kita. Nak tak nak buat aje lah.

    JuliaNa balas:

    Pakaian ~ presentation ngan selipar jepun je??kalau aku sure kelam kabut je sepanjang presentation tu.

    peta lipat-lipat ~ tanya jugak, tapi tak semua orang tahu semua tempat kan?

    rokok ~ uhuuu…merbahaya namun bagi sesetengah orang begitu berguna, ye tak en ayul?

    Memang banyak bende takleh nak kawal….at least kalau dapat kawal mana2 yang boleh..senang la sikit kan?

  11. peta lipat2?? camna tu ek?

    JuliaNa balas:
    Cik BB, peta lipat-lipat tu peta yang besar dilipat-lipat menjadi kecil je saiznya. Biasanya banyak dijual di stesen minyak dan juga kedai buku.

  12. aku lebih yakin kalau haruman yang aku pakai sangat mengujakan..
    sbb tu tak kisah beli perfume mahal..
    hehe..

    jgn ikut…
    sbb ini pelik…

    JuliaNa balas:
    owhhh…memang pelik..pernah ke orang sekeliling komen akan haruman kamu yang mengujakan itu?

  13. 1. saya yakin bila saya bercakap sambil merenung mata orang

    JuliaNa balas:
    Yang ni saya suka, nampak jujur dan berterus terang bila bercakap dan merenung mata kan?

  14. ~ saya akan yakin bila saya memakai heels. tetiba jer rasa cam diri ku tinggi. hehehe…

    peta lipat2 tuh cemana? ~

    JuliaNa balas:

    saya pun macam amy, bila pakai heels, rasa best!! Tapi saya tak suka kalau heels tu menghasilkan bunyi yang kuat bila berjalan..menarik perhatian orang je..ahaaa..😛

    peta lipat2 saya dah jawab kat atas.

  15. saya yakin bila saya tahu apa yang saya buat itu betul.

    kagum ada gak pompuan yg rajin baca peta. ada buku tajuknya ‘Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps: How We’re Different and What to Do About It’

    JuliaNa balas:

    Hakikatnya, kehidupan ini macam percubaan, kadang2 apa yang disangka betul tu tak betul untuk kita rupanya. Kalau kita tahu ia memang betul, senang kan adlan..yakin je kita nak harungi.

    Bila terpaksa, yang tak boleh pun jadi boleh kan?..woww..saya nak cari la buku tu..🙂

  16. en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k

    JuliaNa balas:
    en_me nak ke mana ni?

  17. saya yakin bila saya kurang comot….

    JuliaNa balas:

    eheee… apa maksud ko comot ni??😀

  18. saya lak lau nak ilangkan nervous minum air..
    hehe..xpun makan cokelat..
    kalau dalam Islam pun ada cara nak hilangkan nervous kan..
    baca Surah AlamNashroh….
    wallahu’alam

    JuliaNa balas:
    Terima kasih mahsyar kongsi pasal surah AlamNashroh tu.🙂

  19. 1. Rasa yakin bila tak bercermin mata. (rasa macam ada penghadang pulak bila nak bercakap dengan orang lain)

    2. Rasa yakin bila dah gosok gigi, cuci muka, tone, dan moisterise sebelum masuk tidur. (kalau tak, mesti tak nyenyak tidur. Pernah terjaga pukul 4 pagi, buat semua benda nih pastuh, masuk tidur semula.)

    3. Rasa yakin bila pakai baju yang membuatkan saya nampak lebih tinggi dan slim (hint: baju kurung)

    JuliaNa balas:
    1. So far, akak masih selesa bercermin mata, tapi memang ada niat nak pakai contact lense..ntah bila.

    2. kelakarnya awak ni, sanggup pulak bangun kul 4 pagi untuk buat bende2 tu.😀

    3. Akak pun rasa yakin kalau berbaju kurung, bukan saja yakin..rasa selamat juga.

  20. saya yakin bila bercakap di depan orang ramai sambil menggenggam sesuatu di tangan

    JuliaNa balas:
    yup..saya biasa tengok orang genggam barang kalau nak buat presentation. Adry pun begitu ye?

  21. oooo…. bukan ke lagi susah nak tengok peta tu kalo tgh drive? suma jalan dia bagi… ehehe… saya ada gak peta tu, tapi digunakan bila nak pi meneroka jalan baru dengan berjalan kaki je.🙂

  22. Cik BB:

    Sebenarnya mula2 agak susah juga, dah la drive sendiri..pastu kene bukak peta pulak..tapi lelama dah ok..saya akan stop kat stesen minyak jap, bukak peta, smbg jalan..selamat!!🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: