~ Saya YAKIN bila…… ~

11 Oktober 2008 at 2:01 pm | Dikirim dalam Motivasi | 22 Komen

 

Dua hari lepas, saya dengar topik menarik kat Hot FM. Tajuknya ada kaitan dengan KEYAKINAN DIRI. Saya agak mungkin tajuknya ialah “Apakah yang membuatkan anda yakin dengan diri anda”. Ini berdasarkan perbincangan di antara DJ Aleeya dengan pemanggil-pemanggil yang berkongsi cerita masing-masing. Macam-macam yang dikongsikan oleh pemanggil-pemanggil tersebut. Ada yang lucu, menarik malah yang tak logik pun ada. Hakikatnya, itulah cara mereka tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai dan menyerlahkan lagi kehebatan diri masing-masing.

 

Bagi saya, ada tiga cara untuk membuatkan saya yakin apabila saya terlalu takut atau bimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

 

Pakaian  — Pertama, saya akan memastikan penampilan diri dan cara saya berpakaian adalah PALING SELESA untuk diri saya. Apa jua warna tidak penting, asalkan tidak melampau, kemas dan saya mudah bergerak dengan pakaian tersebut. Dulu, masa kecil saya akan rasa malu bila berpakaian warna merah jambu kerana saya tidak sukakan warna tersebut. Entah kenapa, setiap kali raya, mesti ada je baju warna merah jambu mak saya buat atau beli untuk saya. Tapi, saya tak pernah mengadu pada mak sehinggalah saya berumur 17 tahun. Rupa-rupanya mak saya kata, saya akan nampak cantik bila berbaju merah jambu. Itu rupanya tanggapan mak saya. Sekarang, saya dah boleh terima baju berwarna merah jambu. Malah, apa-apa warna pun boleh. Asalkan saya selesa, pakaian tersebut akan membuatkan saya yakin dengan penampilan saya.

 

Peta Lipat-lipat — Saya cepat gelabah dan kalut jika terpaksa memandu ke tempat baru sendirian. Kesannya, sepanjang perjalanan saya akan tertekan dan secara tak langsung macam tak yakin boleh sampai ke tempat yang dituju. Walaupun ada signboard, kadang-kadang signboard tidak dapat membantu. Maka, jika saya terpaksa ke tempat baru sendirian, saya akan pastikan saya ada peta lipat-lipat terbaru yang boleh dirujuk. Ini untuk mengelakkan sesat dan menjimatkan masa perjalanan. Kalau yakin, baru la best perjalanan tu kan?

 

Coklat atau gula-gula — Perkara ketiga yang membantu untuk saya yakin bila membuat sesuatu ialah makan coklat atau kunyah gula-gula. Gula-gula tu kalau boleh yang rasa berangin macam HACKS atau Hudson. Walaupun rasa takut kadang-kadang sangat kuat, namun bila dapat makan coklat atau telan sebiji gula-gula, tekanan itu akan berkurang sedikit demi sedikit. 🙂

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa kata kawan-kawan kongsikan dengan saya pula. Apakah perkara yang membuatkan kawan-kawan rasa yakin tatkala kawan-kawan rasa takut atau bimbang untuk melakukan sesuatu perkara? Sudikanlah meninggalkan komen di bawah ye!! 😉

 

Note: Ada sesiapa yang buat RUMAH TERBUKA HARI RAYA? Kalau ada, jemputla saya..eheee…bestnye kalau dapat makan free kan?? 😀

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.