~ Virus SIBUK menyerang~

26 Oktober 2008 at 3:51 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 28 Komen

Saat saya menulis entri ni, hanya tinggal hanya 66 hari lagi untuk melengkapkan kitaran 2008. Owhh..cukupkah waktu untuk mencapai segala yang dirancang tahun ni? Soalan inilah yang asyik menghantui fikiran saya kebelakangan ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semua azam tahun ni sudah terlaksana?

Bulan ni juga menjadikan virus sibuk terus menerus menyerang diri saya:

  1. Terkurung di makmal sebagai seorang saintis selama 15 jam sehari selama seminggu.
  2. Terpaksa menghadap komputer 15 jam sehari selama seminggu namun tanpa talian internet dan sungguh membosankan, hanya untuk kerja-kerja menganalisis sahaja.
  3. Masa makan yang menjadi tidak menentu, makan hanya bila rasa sangat-sangat lapar sahaja.

Kesan-kesannya:

  1. Terpaksa menolak beberapa undangan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
  2. Tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan sekampung, Abdul Aziz. Buat Ajis, Selamat Pengantin Baru ya!!
  3. Tidak dapat hadir ke majlis pertunangan kawan sekampung juga. Buat Erwana dan Herman (jika kalian membaca blog ini)..Selamat Bertunang!!. Semoga majlis perkahwinan kalian nanti aku dapat hadir.
  4. Tidak dapat mengupdate blog, merayau-rayau dan meninggalkan contengan di blog kawan-kawan.
  5. Mungkinkah berat badan saya menurun lagi?

Note : Terima kasih buat kawan-kawan yang memberi komen di entri “Hadiah kecil yang besar maknanya”. Saya akan balas komen kawan-kawan tu nanti.

Note lagi : Buat kawan-kawan yang sudi singgah kat blog ni dan telah meninggalkan jejak, saya akan jejak balik blog istimewa kawan-kawan tu nanti.

Note lagi dan lagi : Dalam minggu ni, ramai sangat orang kat makmal menegur yang saya nampak semakin kurus. Sebenarnya saya tak la kisah sangat, tapi mungkin saya tidak patut abaikan masa makan saya lagi.

Note Istimewa : Buat kawan-kawan yang belajar, SEMOGA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN tak lama lagi. Saya pun pelajar juga, tapi saya tak perlu menghadiri peperiksaan 😀 Buat kawan-kawan yang bekerja juga, semoga sentiasa sukses dalam tugasan masing-masing ya, yang mana sebenarnya kalianlah yang lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan pelajar macam saya.  🙂

Hadiah kecil yang besar maknanya

18 Oktober 2008 at 11:25 am | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 25 Komen

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah
Tanpa lelah sampai engkau
Meraihnya

 

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

 Laskar Pelangi

 

 

Saya tujukan lagu di atas buat kawan-kawan yang sedang membaca blog ini. Kawan-kawan tahu lagu apa tu? Itu lagu terbaru Nidji bertajuk Laskar Pelangi. Best pulak bila saya mendengarnya.. 🙂 Sekadar selingan.

 

Selalunya, bila ada sesuatu kejayaan peribadi atau perkara yang menggembirakan, sudah tentu kita akan meraikan bersama keluarga, kekasih atau teman. Best je kan menerima hadiah dari orang lain? Tapi, pernah tak kawan-kawan beli atau buat sesuatu untuk meraikan kejayaan ataupun hari istimewa kawan-kawan sendiri?

 

Bagi saya yang jarang mendapat hadiah ni, ada beberapa cara saya menghadiahkan diri saya sendiri bila ada sesuatu kejayaan ataupun perkara-perkara yang mengembirakan. Hadiah tersebut hanyalah kecil sebenarnya, namun cukup bermakna buat saya.

 

Makan aiskrim – Saya sukakan aiskrim. Setiap kali ada sesuatu yang saya berjaya buat, saya akan belanja diri dengan aiskrim. Kalau kejayaan tu kecil, aiskrimnya murah2 je..tapi kalau ada sesuatu yang besar berjaya saya lakukan, saya akan beli aiskrim yang mahal sikit. Memang best makan aiskrim ni lagi-lagi aiskrim coklat..ehe.. 😀

 

Baca buku kat kedai buku – Ini sebenarnya hobi saya. Macam ada kepuasan luar biasa bila dapat lakukannya. Lagipun, ada sesetengah buku tu agak mahal untuk dibeli. Bukan kedekut, cuma masih tak berkemampuan. Jadi, kalau nak baca jugak, baca free kat kedai buku pun dah ok buat saya. Cumanya, kadang2 masa tu takde pulak. Sekarang ni, hobi ni saya jadikan hadiah untuk diri saya.

 

Memasak makanan ‘special’ untuk keluarga – Sebenarnya saya jarang memasak kerana saya masih bujang dan malas nak memasak. Tapi, kalau ada sesuatu yang betul-betul menggembirakan saya, saya akan memasak sesuatu yang ‘istimewa’ untuk keluarga. Sebenarnya, saya tak tahulah makanan tu istimewa atau tak, ok ke tak, sedap ke tak, kan saya jarang memasak…tapi itulah cara saya meraikan sesuatu yang menggembirakan hidup saya.

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa hadiah yang selalu kawan-kawan bagi kat diri sendiri? Sudikanlah kongsi dengan saya.

 

Note : Tak sabar nak memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga hujung minggu ni. Nampaknya kene la shopping barang keperluan dapur lepas ni..ehee.. 😉

  

 

~ Saya YAKIN bila…… ~

11 Oktober 2008 at 2:01 pm | Dikirim dalam Motivasi | 22 Komen

 

Dua hari lepas, saya dengar topik menarik kat Hot FM. Tajuknya ada kaitan dengan KEYAKINAN DIRI. Saya agak mungkin tajuknya ialah “Apakah yang membuatkan anda yakin dengan diri anda”. Ini berdasarkan perbincangan di antara DJ Aleeya dengan pemanggil-pemanggil yang berkongsi cerita masing-masing. Macam-macam yang dikongsikan oleh pemanggil-pemanggil tersebut. Ada yang lucu, menarik malah yang tak logik pun ada. Hakikatnya, itulah cara mereka tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai dan menyerlahkan lagi kehebatan diri masing-masing.

 

Bagi saya, ada tiga cara untuk membuatkan saya yakin apabila saya terlalu takut atau bimbang dalam melakukan sesuatu perkara.

 

Pakaian  — Pertama, saya akan memastikan penampilan diri dan cara saya berpakaian adalah PALING SELESA untuk diri saya. Apa jua warna tidak penting, asalkan tidak melampau, kemas dan saya mudah bergerak dengan pakaian tersebut. Dulu, masa kecil saya akan rasa malu bila berpakaian warna merah jambu kerana saya tidak sukakan warna tersebut. Entah kenapa, setiap kali raya, mesti ada je baju warna merah jambu mak saya buat atau beli untuk saya. Tapi, saya tak pernah mengadu pada mak sehinggalah saya berumur 17 tahun. Rupa-rupanya mak saya kata, saya akan nampak cantik bila berbaju merah jambu. Itu rupanya tanggapan mak saya. Sekarang, saya dah boleh terima baju berwarna merah jambu. Malah, apa-apa warna pun boleh. Asalkan saya selesa, pakaian tersebut akan membuatkan saya yakin dengan penampilan saya.

 

Peta Lipat-lipat — Saya cepat gelabah dan kalut jika terpaksa memandu ke tempat baru sendirian. Kesannya, sepanjang perjalanan saya akan tertekan dan secara tak langsung macam tak yakin boleh sampai ke tempat yang dituju. Walaupun ada signboard, kadang-kadang signboard tidak dapat membantu. Maka, jika saya terpaksa ke tempat baru sendirian, saya akan pastikan saya ada peta lipat-lipat terbaru yang boleh dirujuk. Ini untuk mengelakkan sesat dan menjimatkan masa perjalanan. Kalau yakin, baru la best perjalanan tu kan?

 

Coklat atau gula-gula — Perkara ketiga yang membantu untuk saya yakin bila membuat sesuatu ialah makan coklat atau kunyah gula-gula. Gula-gula tu kalau boleh yang rasa berangin macam HACKS atau Hudson. Walaupun rasa takut kadang-kadang sangat kuat, namun bila dapat makan coklat atau telan sebiji gula-gula, tekanan itu akan berkurang sedikit demi sedikit. 🙂

 

Kawan-kawan bagaimana? Apa kata kawan-kawan kongsikan dengan saya pula. Apakah perkara yang membuatkan kawan-kawan rasa yakin tatkala kawan-kawan rasa takut atau bimbang untuk melakukan sesuatu perkara? Sudikanlah meninggalkan komen di bawah ye!! 😉

 

Note: Ada sesiapa yang buat RUMAH TERBUKA HARI RAYA? Kalau ada, jemputla saya..eheee…bestnye kalau dapat makan free kan?? 😀

Hari Yang Baik Menanam Pokok?

7 Oktober 2008 at 10:14 pm | Dikirim dalam Santai | 21 Komen

 

Pernah tak kawan-kawan dengar, adanya sesetengah orang yang tanam pokok apapun pasti akan tumbuh? Ada juga sesetengah orang tu yang nak tanam pokok, tapi tak boleh nak tumbuh? Dulu, masa kecil, mak saya pun pernah cakap nak tanam pokok ni ikut orang juga. Jika orang tu bertangan panas, pokok yang ditanam susah nak tumbuh. Biasanya kalau orang tu bertangan sejuk, pasti subur pokok yang ditanam. Namun, sampai hari ini, saya tetap tak faham apa maksud tangan panas tu, dan apa pula maksud tangan sejuk tu.

 

Pernah juga suatu ketika dulu, makcik saya pernah berpesan pada saya. Kalau perempuan, tak elok menanam pokok sewaktu sedang dalam haid. Katanya pokok susah nak tumbuh, dan kalau tumbuh pun tak subur. Pesanan ni sampai sekarang saya ingat, dan memang saya amalkan, walaupun saya tak berapa jelas mengapa sebenarnya. Ada juga yang kata, nak tanam lada jangan ketika marah, nanti ladanya pedas sangat. Macam-macam je petua yang ada kan?

 

Saya memang suka menanam pokok. Mujur sehingga hari ni, pokok-pokok yang saya tanam menjadi. Mungkin juga saya ni bertangan sejuk kot..ehee… 😛 Sebenarnya, saya cuma tanam pokok-pokok hiasan je. Tapi, pagi tadi, saya mendapat satu lagi petua untuk menanam pokok ni. Petua ini datang dari seorang kaunselor lelaki di tempat saya. Rupanya dia mempunyai minat yang sama seperti saya.

 

Katanya, nak tanam pokok ni, ada 3 hari yang baik untuk menanam. Hari-hari tersebut ialah Isnin, Rabu dan satu hari lagi dia lupa pula hari apa. Saya pun mendesak la dia  supaya ingat satu hari lagi yang baik untuk menanam tu, namun dia cuma minta supaya saya cuba hayati dan fahami maksud ayat Surah al-(t)Tin. Terasa misteri la pulak kaunselor ni. Tapi, kerana terlalu bersemangat nak tahu, saya pun rujuk la Tafsir Al-Quran, namun saya masih tak dapat jawapannya. Ada kawan-kawan yang tahu pasal petua ni atau apa-apa petua lagi dalam menanam pokok ni? Kalau ada, saya amat berbesar hati jika kawan-kawan dapat kongsikan dengan saya.

 

Kesimpulannya, manusia itu begitu unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Sentiasalah bersyukur dengan setiap kelebihan yang ada walaupun ianya hanyalah kecil di mata orang lain.

 

Note: Kesimpulan tu macam takde kaitan dengan tajuk je kan..ehe 🙂

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.