~ Ceritera Raya ~

26 September 2008 at 9:07 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 21 Komen

“…Ikhlaskan hati mohon kemaafan

Leburlah dosa di tapak tangan

Lupakan segala silap dan salah…”

 

Detik-detik raya dah semakin hampir. Lagu-lagu raya pun semakin kerap berkumandang di mana-mana sahaja. Bagi saya, lagu raya yang ‘evergreen’ semuanya best. Tapi kat atas tu adalah petikan lagu raya moden nyanyian Raihan, Ajai, Rem dan Nowseeheart. Sebenarnya, saya suka part kat atas tu..rasa syahdu je. Ok, sekadar selingan.

 

Biasanya apa rutin kawan-kawan pada Hari Raya Pertama? Adakah sama atau berbeza-beza setiap tahun? Bagi keluarga saya, setiap tahun, aktivitinya tak banyak berbeza. Saya nak kongsikan apa yang berlaku setiap Hari Raya Pertama di rumah saya.

 

Takbir di Malam Raya — Di felda, kami dikumpulkan ikut blok-blok. Setiap blok ada lebih kurang 20 buah keluarga dan setiap aktiviti yang dijalankan bergantung pada blok masing-masing. Bagi blok saya, laungan Takbir Raya yang melibatkan kaum lelaki akan dijalankan dari rumah ke rumah pada malam raya. Acara ini tidak akan mengambil masa yang lama dan lazimnya tuan rumah hanya akan menyediakan air untuk minuman sahaja.

 

Bertukar Juadah — Awal pagi, acara bertukar-tukar juadah sesama jiran sudah menjadi kewajipan. Waktu ni memang best sebab dapat merasa semua masakan daripada jiran-jiran. Waktu ni juga, akan menyaksikan betapa banyaknya makanan yang terhidang di atas meja. Namun ketupat bersama rendang, kuah lodeh dan sambal kacang masakan mak jugak tetap menjadi pilihan utama..🙂

 

Menziarahi Pusara Arwah Bapak — Selepas Solat Sunat Hari Raya, kami sekeluarga akan menziarahi pusara arwah bapak saya. Sehingga tahun ini, sudah 20 tahun kami berhari raya tanpa kehadiran bapak.

 

Marhaban — Satu lagi aktiviti wajib untuk kaum lelaki di blok saya ialah Marhaban dari rumah ke rumah. Berbeza dengan takbir, aktiviti ini agak panjang masanya. Biasanya bermula dalam jam 10.30 pagi dan berakhir kira-kira hampir waktu Asar. Selain Marhaban, mereka juga akan diberi jamuan ringan oleh tuan rumah. Bayangkanlah sebanyak 20 rumah akan disinggah dan setiap rumah menyediakan jamuan. Memang penuh perut nak makan semuanya.

 

Kalau nak tahu, amat jarang tuan rumah menghidangkan ketupat untuk Marhaban walaupun itulah juadah utama di Hari Raya. Lazimnya, ada yang buat mee hoon, laksa, roti jala, tak kurang juga ada yang hidangkan sate. Bagi kanak-kanak, mengikut rombongan Marhaban ini adalah satu kelebihan. Selepas sahaja selesai Marhaban di setiap rumah, pasti ada duit raya yang menanti mereka.

 

Namun, saya rasa keuntungan kaum lelaki yang ada aktiviti Marhaban ini, selain silaturahim sentiasa terjalin, mereka dah tak perlu lagi datang beraya ke setiap rumah, kerana mereka dah jumpa semasa Marhaban. Kaum wanita blok saya ada juga aktiviti Marhaban, tapi biasanya diadakan seminggu selepas raya, jadi saya memang jarang dapat ikut sekali.

 

Melawat Nenek Sebelah Mak — Selepas selesai Marhaban, kami sekeluarga akan melawat mbah (nenek) sebelah mak di Muar. Kami jarang tidur di rumah mbah, memandangkan abang atau kakak tak akan lama di kampung kerana perlu juga beraya ke rumah mertua masing-masing. Jadi, Hari Raya Pertama merupakan hari yang padat buat kami sekeluarga…eheee..😀

 

Saya mengambil kesempatan ini:

 

1. Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya buat kawan-kawan yang sudi mengunjungi dan memberi komen di blog saya yang tak seberapa ni. Buat yang nak balik kampung, selamat balik kampung. Semoga berbahagia di hari raya nanti ya!!

 

2. Saya memohon maaf seandainya ada tulisan di blog ini dan komen yang pernah saya berikan telah mengguris hati sesiapa. Saya harap tiada yang disimpan di dalam hati.

 

3. Saya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat Syam dari blog aeropama. Semoga kebahagiaan, kejayaan dan kesihatan sentiasa mengiringi hidup awak ye!! Semoga juga hadiah idaman tu dapat awak miliki..ehe..🙂 Owh ye, saya sempat menjenguk blognya tadi, ada pertandingan di situ, silalah lawati blognya ye.

 

Note : Saya akan pulang ke kampung pagi esok (Sabtu). Saya akan memandu sendirian kerana ramai kawan-kawan sekampung sudah pun pulang terlebih awal. Jadi, siapa yang nak tumpang, amat dialu-alukan😛 . Ada ke? Kalau ada, silalah angkat tangan..😀

 

Note lagi : Tahun ini, tiada siapa yang akan pasang pelita di halaman rumah. Biasanya, adik saya yang kembar tu sangat rajin menghias halaman dengan lampu pelita, tapi tahun ni, mereka berdua dah keje kat KL. Mereka hanya akan sampai rumah pada malam raya nanti. Mesti tak berapa best kerana rumah akan gelap tanpa pelita.

 

Note lagi dan lagi : Tahun ni buat pertama kalinya, abang dan kakak saya akan ada serentak pada Hari Raya Pertama. Sejak mereka berkahwin, mereka bergilir-gilir pulang ke kampung. Sebelum ni, setiap raya pertama, jarang kami dapat berkumpul sekeluarga sekaligus. Tapi tahun ni pasti akan lebih meriah!!. Yaaahoooo!!! Yeeehaaa!!😀

 

 

 

 

 

 

21 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. salam lebaran buat jue n family🙂

    ada kad raya utk blogger kt blog…maaf salah silap… thanks be my fren

    1. Salam Lebaran juga untuk fiza🙂

    2. Maaf salah silap.

    3. you too..thanks ya!!🙂

  2. Maian redah jer umah orang nih … kalau memandu tu jangan terlelap pulak. Pasang lagu raya dengar kat SInar FM ler …. tapi kalau nangis kang batal pos plak hahhaha …

    AK

    Salam Azhan..takpe rumah ni menerima tetamu tanpa was-was..🙂

    1. InsyaALLAH..lepas subuh je terus tolak, maka masih fresh lagi tu.
    2. Saya peminat Hot FM..ehee..🙂
    3. Kalau ada lagu sedih, saya tukar channel.. ahaks..😀

  3. selamat hari raya..

    erm…
    dari kecik aku takde atok ngan nenek..
    sedih lorh…

    selamat hari raya menteil!!🙂

    saya pun sama, nenek ngan atok yang sebenar saya tak pernah jumpa pun..nenek (mbah) yang saya cakap kat atas tu adalah nenek tiri saya.

  4. Salam syawal dari Mohd Hafifi…Mohd Hafifi mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan samada secara langsung atau tidak langsung..🙂

    Salam syawal hafifi!!

    Saya pun begitu juga🙂

  5. owh! hari raya di kampung awak penuh dgn tradisi. pasti hebat suasananya

    ps: suasana raya saya sekarang) tidak semeriah dulu. mungkin kerana meningkat dewasa & bersendirian. jadi hari raya berlalu begitu saja tanpa sebarang makna

    pss: terima kasih atas ucapan hari lahir itu & terima kasih kerana promote pertandingan saya.

    psss: berhati-hati memandu. jangan hilangkan keceriaan hari raya keluarga awak dgn berita tidak baik tentang awak…

    yeee..tradisi tu berjaya dikekalkan sampai sekarang.

    ps: Alhamdulillah..bagi saya, walaupun keseronokan tu tak seperti kecil2 dulu..berkumpul bersama keluarga, beraya bersama-sama kawan dan bertemu sanak saudara tetap memeriahkan sambutan raya tersebut. Adakah bila berdua itu akan lebih baik buat awak?? ehe..😉

    pss: Sama-sama..🙂

    psss : InsyaALLAH..saya ingat pesanan awak tu, thanks.

  6. walaupun kita tak kenal. tapi kita tetap nak ucap selamat hari raya kat dia..

    Ok..saya ucapkan selamat hari raya jugak!!
    thanks sudi singgah blog ni🙂

  7. hey juliana…
    selamat hari raya aidilfitri buat juliana..🙂

    tau tak kita suka suasana malam hari raya. saya suka dgr takbir raya! bestkan if raya di kampung..🙂

    haiii nono!!
    Selamat hari raya!!
    betul tu nono..memang indah beraya di kampung!!🙂

  8. Ju,
    Selamat Hari Raya.

    Selamat Hari Raya Suparjo!!

  9. Happy eid ul fitr, Juliana!😀
    Have a safe journey…

    u too..thanks Hani!🙂

  10. salam..
    best kan suasana beraya di kampung macam tu..
    hm.. da abes da zaman tu.. rindu plak..

    kalau rindu, jomla beraya di kampung saya..ehee..🙂

  11. selamat ari raya!

    selamat hari raya mahsyar!!

  12. salam aidilfitri, kak.
    jemput datang rumah raya ke-4 nanti, yer
    ada ‘makan besar’ =)

    Selamat hari raya dan selamat pengantin baru ziha..maaf la akak tak dapat datang..raya ke-4 ada famili program!! Semoga semuanya berjalan lancar ye!!🙂

  13. bestnya! wah, raya kali ni mesti lagi meriah ya..😛

    selamat hari raya aidilfitri..

    Selamat Hari Raya alone..yuppp..memang meriah kali ni!!🙂

  14. Salam Raya… Maaf zahir dan batin

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    Selamat Hari Raya Adry!!

  15. hello…1st time dgr org cerita pasal raya:0 selamat hari raya nway

    hello..selamat hari raya juga untuk kamu!!🙂

  16. selamat hari raya dear sis..

    selamat hari raya kak!!🙂

  17. wooww!! ada lagi tukar2 juadah ye? marhaban pun ada lagi? bagusnya…

    JuliaNa balas:

    Itulah, saya memang bersyukur tempat saya masih amalkan semua ni !!🙂

  18. Salam
    Tumpang lalu kat blog ni

    JuliaNa balas:

    salam..boleh..lalu je..🙂

  19. rindunya…masa budak2 dulu selalu ikut gi marhaban, memang best!

    JuliaNa balas:

    Best kan marhaban ni..yang lelaki lagi best dapat join, perempuan cam saya busy hidangkan juadah je..teringin nak join marhaban perempuan kat tempat saya, tapi selalu tak berkesemapatan.

  20. dh alme x pegi marhaban…dulu mase kt tempat lame mase kecik2 slalu pegi…dpt mkn free…huk3

    JuliaNa balas:

    Marhaban dapat makan free kan??? Tapi jangan di lupa hikmah disebaliknya🙂

  21. askum
    hai…nak cari duit lebih dgn modal rm5


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: