~ Ada Apa dengan Zaman Sekolah ~

24 September 2008 at 10:52 am | Dikirim dalam Tagged | 18 Komen

 

Yaayyy!!Akhirnya tiba ke tag terakhir untuk dijawab minggu ni. Kali ni nono telah bermurah hati menghadiahkan saya sebuah tag mengenai zaman sekolah dulu. Thanks nono🙂 .

 

Bad habits when you were in your school days.

 

1.  Dulu, kebanyakan kawan-kawan saya daftar sekolah agama ketika darjah 3 di sekolah kebangsaan. Saya pula daftar sekolah agama ketika darjah 2, means awal setahun. Memandangkan setiap peperiksaan saya lulus dengan cemerlang, saya dahpun darjah 5 sekolah agama ketika saya darjah 6 sekolah kebangsaan. Waktu tu cuma ada lima orang je yang sebaya saya. Yang lain2, adalah student form 3. Saya tak suka sangat dengan seorang ustaz ni. Dia mengajar Munakahat dan Al-Quran. Saya cop dia ustaz gatal, sebab saya benci sangat bila waktu dia ajar Munakahat. Tak tahu la sama ada saya yang tak matang nak belajar subjek tu, atau cara dia yang buat saya tak selesa. Dalam seminggu, tiga kali dia akan mengajar. Kerana tak sukakan dia, saya akan ponteng setiap kali ada subjek dia. Lagipun, kat umah takde siapa yang tahu saya ponteng. Periksa pulak saya tak risau, asal hafal je isi kandungan Kitab Mutaal’Badrin tu, bolehlah score. Buktinya, memang pun, exam setengah dan akhir tahun, kami berlima tetap top 5 dalam kelas. Masa dulu, memang cikgu suka buat soalan,jawapannya ada dalam kitab pun. Nasib baik kan? Eheee..😀

 

2.  Waktu di hostel, saya ada tabiat suka basuh baju malam2 lepas waktu tutup lampu. Maklumlah, habis prep malam, budak berebut2 nak basuh baju, awal pagi pun camtu. Saya ni jenis yang lambat sikit bila membasuh, jadi saya perlukan space saya sendiri supaya aktiviti membasuh lebih menyeronokkan..ahaks😀 . Ada sekali masa form 3, saya dah set jam nak bangun jam 1 pagi nak basuh baju. Tengah-tengah syok membasuh, saya dengar pintu bilik warden dibuka, dan bunyi selipar basah menuju ke arah saya. Bila dah panik, saya terus tutup lampu, menyorok kat balik pintu. Yang peliknya, bunyi selipar basah tu dah dekat, tapinya warden tak muncul2 juga. Sebab dah musykil sangat, saya pun keluar. Rupa-rupanya takde sape2 pun. Apalagi, saya terus pecut masuk dorm. Malam tu memang takleh tidur sebab saya diganggu bunyi selipar basah. Memang serik la.

 

3.  Masa form 5, saya sangat stress sebab dah dekat nak trial SPM. Suatu hari, saya ajak kawan saya lari dari prep malam balik hostel. Memang cuak habis masa tu, jarang langgar peraturan katakan. Sebelum sampai hostel, sempat pulak kiteorang singgah surau nak solat isyak dulu. Tengah gelak2 sebab berjaya lari, tiba2 muncul warden lelaki yang merangkap cikgu BI saya kat surau tu. Alamak..kantoi la pulak!! Semasa di soal siasat, dia mengeluarkan satu gajet seolah2 merekodkan sesuatu dalam gajet tu. Rasa menyesal sangat, dah la 1st time buat salah, terus kantoi. Esoknya, asyik saya je kene soal dalam kelas BI nya. Tapi, rupa2nya gajet tu hanyalah sebuah kalkulator saintifik dan takde tindakan pun yang kiteorang kene…emmm..takut punya pasal, kalkulator pun saya dah tak kenal.

 

3 of your favorite subjects. Why?

 

1.  Biology  — Memang sukakan subjek ni tanpa sebab.

 

2.  BM Tingakatan 5 — Saya sukakan cikgunya. Namanya Cikgu Alim. Salah satu sebab utama saya sukakannya sebab wajahnya mirip wajah arwah bapak saya. Rasa sejuk je bila tengok muka cikgu ni. Dia juga suka main teka-teki dalam kelas, memang best la. Lagi satu dia orang jawa…ahaa..(pilih bulu la plak!!)

 

3.  Sejarah — Sebenarnya, dari form 1 sampai form 4, saya sangat benci subjek ni. Selalu je dapat markah rendah bila exam. Bila form 5, saya diajar oleh seorang guru yang sangat berdedikasi. Cikgu Saleh namanya. Macam-macam dia buat supaya student dapat score sejarah. Salah satunya, nota ringkas yang dibukukan, sangat membantu nota tu, syukur juga saya dapat 2A masa SPM for Sejarah.

 

3 subjects that you dislike? Why?

 

1.  Fizik — Saya memang bengap subjek ni. Susah betul saya nak faham. Saya gagal nak aplikasikan teori dengan soalan. Kalau ada soalan yang pernah saya jumpa, saya tahulah nak jawab. Masa SPM, saya nangis lepas jawab paper ni. Kesannya, saya dapat 4B je dalam Fizik.

 

2.  Add Math — Sama dengan fizik, sangat bengap subjek ni. Cikgu yang ajar pun,kadang-kadang macam syok sendiri. Saya tahu dia genius, tapi saya lembap, tu yang susah saya nak faham. Bila buat latihan, kalau takleh jawab, saya cepat fedup. Yang ni pun dapat 4B dalam SPM.

 

3.  Geografi Tingkatan 3 — Dulu cikgu yang mengajar subjek ni, suka bawak peta dalam kelas. Masuk kelas, bentang peta. Kalau hari tu kene belajar pasal taburan bijih timah, dia akan suruh semua pelajar diri, pastu tandakan kat peta mana ada bijih timah. Biasanya saya adalah antara orang2 terakhir yang dapat duduk. Sebab saya sangat malas nak membaca sebelum kelas. Tapi, tak sangka dapat A jugak masa PMR. Mungkin berkat sebab selalu kene berdiri sepanjang kelas geografi kot..ahaa.

 

About Me

 

1.  Dengan perempuan, saya seorang yang neutral, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tak memilih bila berkawan. Namun, saya ada ‘clique’ sendiri.

 

2.  Saya tak berkawan sangat dengan lelaki kecuali yang sekelas. Itupun cuma dengan yang duduk depan/ belakang/tepi meja saya dalam kelas. Jadi, ramai studet lelaki memang tak kenal saya. Pendek kata, saya memang tak glamour orangnya.

 

3.  Kaunselor cinta untuk kawan-kawan saya — Dulu, bila kawan-kawan saya ada masalah dengan boyfriend diaorang, atau ada skandal dalam hubungan diaorang, mereka suka mengadu pada saya. Portnye tepi tangga, waktunya selepas tutup lampu. Kadang-kadang tu sambil makan maggie. Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tolong menyelesaikan masalah mereka, tapi saya cuma meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan perasaan mereka. Manalah saya tahu pasal cinta, berkawan dengan lelaki pun tak.

 

4.  Tak aktif dalam ko-kurikulum — Saya memang tak layak nak masuk apa2 pertandingan mawakili sekolah dulu. Pernah sekali, saya pergi audition untuk pemilihan penari zapin sekolah. Masa hari pemilihan, saya tersingkir. Alasan cikgu tu, ketinggian saya tak sesuai untuk bergandingan dengan penari lelaki. Elehhh cikgu tu, kalau dia cakap saya tak pandai menari, saya terima. Dia kata saya pendek, memang saya terasa. Masa kecik dulukan, bila dah besar ni, saya faham kenapa penari perlu mempunyai ketinggian yang sepadan.

 

5.  Jaguh lumba lari jarak jauh untuk rumah sukan — Untuk rumah sukan saya, saya adalah salah seorang pelari harapan untuk acara jarak jauh. Merentas desa, 400 m dan 1000 m (errr.. yang ni saya tak ingat pulak berapa m sebenarnya). Sebenarnya jarang dapat pingat emas, biasanya pingat gangsa je. Tapi, sekadar jaguh kampung je la. Nak wakil sekolah..takde harapannnye!!

 

I used to love..

 

1.  Meletak gambar artis bollywood kat meja — Dulu memang zaman artis Bollywood digilai ramai termasuk la saya. Untuk menunjukkan betapa saya meminati mereka, saya letakkan poster besar Shah Rukh Khan dan Sonali Bendre atas meja saya dalam kelas. Cikgu tak pernah marah pun..eheee…😛

 

2.  Bermain Rounders — Dulu waktu riadah, saya dan kawan-kawan saya akan bermain permainan ini setiap petang. Memang best!! Inilah yang buat saya rindukan zaman sekolah!!

 

3.  Menu Lunch Hari Jumaat — Setiap hari Jumaat, saya sanggup lari2 lepas kelas untuk mengelakkan beratur panjang kat dewan makan. Waktu tu saya risau sangat kalau2 lauk akan habis. Menu yang best itu ialah, udang masak sambal, ikan goreng dan masak lemak kobis je.😛

 

I couldn’t live without..

 

My clique…Siti Nurul Ain Md Jamil, Syazwani Sharip, Norhidayah Yahya dan Siti Norkhadijah Addis. Kiteorang ada nama sendiri..Geng M**A.

 

Who did you call before you sleep at night?

 

Tak ada, saya cuma tahu guna handphone pada usia saya 20 tahun.

 

Note : Tahniah, jika anda berjaya membaca entri ini sampai sini, saya rasa entri ini sangat panjang. Maaf la, saya rasa excited bila menjawab tag ini.

 

Note lagi : Sekali lagi saya takkan tag sesiapa.

 

Note lagi dan lagi : Saya telah mencipta sebuah tag. Jadi selepas raya, saya akan tag beberapa kawan saya yang sudi mengunjungi blog saya ini. Tunggu ye!!😉

 

 

 

18 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. ~ dak sekolah agama ker? bestkan kenangan kat hostel. macam2 kisah jer… ~

  2. Mizzamy:

    Tak la amy..kat johor kami wajib g sekolah agama. Kalau sekolah kebangsaan pagi, petang g sekolah agama. Begitulah sebaliknya.

  3. 1. Dengan perempuan, saya seorang yang neutral, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tak memilih bila berkawan. Namun, saya ada ‘clique’ sendiri.
    ~ Kawan tu kawan jugak tp kalau mengumpat mmg tak leh handle kan kak cik. Tak kira lah kawan ke ape ke.

    2. Saya tak berkawan sangat dengan lelaki kecuali yang sekelas.
    ~ Jual mahal gile. Sape nak beli.

    4. Tak aktif dalam ko-kurikulum
    ~ Tak payah lah buang masa. Skang ni baru aku tau sia2 aje ko-kurikulum kat sek tu. Tak bawak ke mana pun.

    5. Jaguh lumba lari jarak jauh untuk rumah sukan
    ~ 400 km ngan 1000km, kapal terbang pun semput kak cik oi…. Aku rasa dlm 6 km aje rentas desa tu

    I couldn’t live without..
    ~ Apasal aku tgk ko sorg aje yg ganjil.

  4. Ayul:

    alamak salah taip la..400 m dan 1000 m..akan dibetulkan segera.

  5. 1. awak percaya tak yang bunyi selipar basah kecepek kecepek itu hantu selipar?

    2. rs kelakar bila bc awak kantoi bila first time langgar peraturan. nmpk gy awk bkn seorg yg dilahrkan utk langgar peraturan.

    3. awak tidak bergaul sgt dgn lelaki masa belajar ye? sy juga sam. sebabnya sy tak suka berkawan dgn lawan jantina yg sama tempat dan bidang dgn saya. tiada kreativiti & pengembangan ilmu di situ…

  6. waa… awak mesti pandai gila time sekolah kan (and sekarang jugak kan???) caya la😉

    jap jap pasal letak gambar bollywood tu pun saya buat gak. muahahahaha… letak atas meja! tapi saya minat kajol je.. sampai sekarang saya minat dia!!! tapi tak la sampai letak gambar dia sana sini macam dulu2…😛😛😛

  7. To Ayul :

    1. yela..mengumpat la paling best!!ishh..ishhh..bulan pose ni.
    2. haruslah begitu..errr..tapi aku kan baik ngan ko dulu..😛
    4. emm…yelah, dulukan semua aktif ko-ko..tapi aku memang pasif kan?
    5. dah…aku dah betulkan!

  8. To ayul :

    Aku ganjil pada mata ko sebab:

    1. Dalam lima orang tu, aku sorang je bukan Majlis Hal Ehwal Pelajar @ MAHER @ Pengawas.
    2. Aku sorang je bukan dalam kelas elit kan?

  9. To syam :

    1. ye, saya percaya…itulah yang kawan2 saya katakan pada saya..uhuu..seram.
    2. ye, betul la tu, saya ni skema..jarang langgar peraturan. Kira budak baik la… ahaks..😛
    3. emmm…ntahla..saya rasa saya pemalu kot masa tu.

  10. To nono :

    1. Saya dikekelilingi budak2 pandai masa sekolah. Sangat stress!!Saya biasa2 je, sekarang pun. Alhamdulillah, semuanya hanya pinjamanNYA.

    2. hahhaa..saya dah tak minat bollywood dah!!!yelah..zaman sekarang bukan trendnya begitu lagikan?🙂

  11. Alahai Julie..mengimbau kisah lama ye? Hihihi..ada juga ye nama geng M**A kita tu? sedih pulak bila teringat zaman sekolah dulu..tak sangka dh dekat 8 thn tinggalkan skolah tu.. apa-apa pun, kita tetap geng kan cik julie?

    Nak selitkan ucapan selamat hari raya untuk julie sekeluarga ye. Makan ketupat lemang tu jangan lupa kami di perantauan ni ye? Sayang cik Juliana!😉

    ~ Puan Dy & Mr AhFa

    Sid..memang dah lama sangat rupanya kita tinggalkan sekolah kan. Julie akan ingat Sid yang jauh di perantau tu..kat sana ada ketupat tak?

  12. I used to love..menu lunch hari Rabu. Julie ingat lg x? Kalo x silap ada ayam yg sedap tu..x ingat apa menunya. Tp menu dinner hari Rabu mmg horror la, lauk X (paru dan sayur bening)..hehehhe..masihkah kau ingat wahai Julie? =D

    waaaa..lauk pepparu tu!! Ingat sid!! Julie dah la tak makan bende alah tu..asal dapat je mesti bagi kat orang..dah la sayur plain je kan..memang horror la!!

  13. ehehhe… senyum2 fiza baca entry jue… erm…part artis bollywood tu… suka jgk dulu… sebab dulu cite best2.. la ni tahla jarang follow dh… minat aishwarya rai, pretty zinta ngan karisma kapoor… hehehe… gitu lak!

    yela kan..dulu citer bollywood best2!!..sekarang cam dah mengarut dan melalut..malas dah nak layan..Layan Kekasihku Seru lagi best!!🙂

  14. argh…saye pun kene tag ni. taktau nak buat. huhuu…

    ehee..akak dah baca pun jawapan tag kamu tu..🙂

  15. setiap org ada banyak kenangan waktu sekolah kan? Samalah dengan akak juga…

    Erm…akak pun suka biology tanpa sebab..he he

    best kan biology kak!!🙂

  16. kite dulu pon genius muta’al badrin. org sume baru darjah 1, kite dah darjah 2. hehehe

    kite benci lauk paru ngan sayur taugeh. tak ingat plak menu hari ape. sanggup kebulor ngan belanja kat kantin sbb tak lalu nak makan lauk pelik nih. huu

    btw, mintak izin link ke blog nih. =)

    1. Kebetulan dulu memang jawapan periksa ada dalam kitab kan!!
    2. Betul la afziha..tak suka jugak menu tu!! Nape masuk senarai menu harian..menyedihkan la!!😦
    3. Thanks singgah kat blog ni, link kamu juga akan di add!!🙂

  17. Merentas desa, 400 m dan 1000 m (errr.. yang ni saya tak ingat pulak berapa m sebenarnya)
    ~Lemah gile sekolah rentas desa 400m ngan 1000m aje. Nampak sgt ko skang ni dah tak pakai math dlm keje2 ko kan. Aku ulang balik lah. Rendas desa sek kita 6km = 6000m = 600000mm.

    Ps: Takkan lah bdk sek kita rentas desa 400m sejam pun tak sampai2. Aku rasa kalau merangkak 400m pun tak sampai sejam.

    Nampaknya aku telah salah menyampaikan maklumat ye🙂

    1. Merentas Desa tu adalah acara berlari-lari anak sambil menikmati pemandangan indah di sekitar Bandar Penawar.

    2. 400m dan 1000m (yang aku tak ingat nilai sebenarnya) adalah acara berlari-lari anak di sekeliling padang sekolah sambil mengusha orang.

    3. Actually, aku tak pernah tahu merentas desa dulu rupanya 6km..jauh jugak tu kan..patutlah!!Baguslah ko bagitau aku ni..🙂

  18. uih. teringat plak masa zaman sekola dulu. basuh baju ramai2 secara berjemaah. memang best. sekali kene kaco hantu plak malam tu. seram tol!

    emmm..awak lagi best!! basuh baju berjemaah!! dan dikacau hantu juga!! saya sorang je masa tu..ye..begitu menyeramkan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: