~ Ada Apa dengan Zaman Sekolah ~

24 September 2008 at 10:52 am | Dikirim dalam Tagged | 18 Komen

 

Yaayyy!!Akhirnya tiba ke tag terakhir untuk dijawab minggu ni. Kali ni nono telah bermurah hati menghadiahkan saya sebuah tag mengenai zaman sekolah dulu. Thanks nono 🙂 .

 

Bad habits when you were in your school days.

 

1.  Dulu, kebanyakan kawan-kawan saya daftar sekolah agama ketika darjah 3 di sekolah kebangsaan. Saya pula daftar sekolah agama ketika darjah 2, means awal setahun. Memandangkan setiap peperiksaan saya lulus dengan cemerlang, saya dahpun darjah 5 sekolah agama ketika saya darjah 6 sekolah kebangsaan. Waktu tu cuma ada lima orang je yang sebaya saya. Yang lain2, adalah student form 3. Saya tak suka sangat dengan seorang ustaz ni. Dia mengajar Munakahat dan Al-Quran. Saya cop dia ustaz gatal, sebab saya benci sangat bila waktu dia ajar Munakahat. Tak tahu la sama ada saya yang tak matang nak belajar subjek tu, atau cara dia yang buat saya tak selesa. Dalam seminggu, tiga kali dia akan mengajar. Kerana tak sukakan dia, saya akan ponteng setiap kali ada subjek dia. Lagipun, kat umah takde siapa yang tahu saya ponteng. Periksa pulak saya tak risau, asal hafal je isi kandungan Kitab Mutaal’Badrin tu, bolehlah score. Buktinya, memang pun, exam setengah dan akhir tahun, kami berlima tetap top 5 dalam kelas. Masa dulu, memang cikgu suka buat soalan,jawapannya ada dalam kitab pun. Nasib baik kan? Eheee.. 😀

 

2.  Waktu di hostel, saya ada tabiat suka basuh baju malam2 lepas waktu tutup lampu. Maklumlah, habis prep malam, budak berebut2 nak basuh baju, awal pagi pun camtu. Saya ni jenis yang lambat sikit bila membasuh, jadi saya perlukan space saya sendiri supaya aktiviti membasuh lebih menyeronokkan..ahaks 😀 . Ada sekali masa form 3, saya dah set jam nak bangun jam 1 pagi nak basuh baju. Tengah-tengah syok membasuh, saya dengar pintu bilik warden dibuka, dan bunyi selipar basah menuju ke arah saya. Bila dah panik, saya terus tutup lampu, menyorok kat balik pintu. Yang peliknya, bunyi selipar basah tu dah dekat, tapinya warden tak muncul2 juga. Sebab dah musykil sangat, saya pun keluar. Rupa-rupanya takde sape2 pun. Apalagi, saya terus pecut masuk dorm. Malam tu memang takleh tidur sebab saya diganggu bunyi selipar basah. Memang serik la.

 

3.  Masa form 5, saya sangat stress sebab dah dekat nak trial SPM. Suatu hari, saya ajak kawan saya lari dari prep malam balik hostel. Memang cuak habis masa tu, jarang langgar peraturan katakan. Sebelum sampai hostel, sempat pulak kiteorang singgah surau nak solat isyak dulu. Tengah gelak2 sebab berjaya lari, tiba2 muncul warden lelaki yang merangkap cikgu BI saya kat surau tu. Alamak..kantoi la pulak!! Semasa di soal siasat, dia mengeluarkan satu gajet seolah2 merekodkan sesuatu dalam gajet tu. Rasa menyesal sangat, dah la 1st time buat salah, terus kantoi. Esoknya, asyik saya je kene soal dalam kelas BI nya. Tapi, rupa2nya gajet tu hanyalah sebuah kalkulator saintifik dan takde tindakan pun yang kiteorang kene…emmm..takut punya pasal, kalkulator pun saya dah tak kenal.

 

3 of your favorite subjects. Why?

 

1.  Biology  — Memang sukakan subjek ni tanpa sebab.

 

2.  BM Tingakatan 5 — Saya sukakan cikgunya. Namanya Cikgu Alim. Salah satu sebab utama saya sukakannya sebab wajahnya mirip wajah arwah bapak saya. Rasa sejuk je bila tengok muka cikgu ni. Dia juga suka main teka-teki dalam kelas, memang best la. Lagi satu dia orang jawa…ahaa..(pilih bulu la plak!!)

 

3.  Sejarah — Sebenarnya, dari form 1 sampai form 4, saya sangat benci subjek ni. Selalu je dapat markah rendah bila exam. Bila form 5, saya diajar oleh seorang guru yang sangat berdedikasi. Cikgu Saleh namanya. Macam-macam dia buat supaya student dapat score sejarah. Salah satunya, nota ringkas yang dibukukan, sangat membantu nota tu, syukur juga saya dapat 2A masa SPM for Sejarah.

 

3 subjects that you dislike? Why?

 

1.  Fizik — Saya memang bengap subjek ni. Susah betul saya nak faham. Saya gagal nak aplikasikan teori dengan soalan. Kalau ada soalan yang pernah saya jumpa, saya tahulah nak jawab. Masa SPM, saya nangis lepas jawab paper ni. Kesannya, saya dapat 4B je dalam Fizik.

 

2.  Add Math — Sama dengan fizik, sangat bengap subjek ni. Cikgu yang ajar pun,kadang-kadang macam syok sendiri. Saya tahu dia genius, tapi saya lembap, tu yang susah saya nak faham. Bila buat latihan, kalau takleh jawab, saya cepat fedup. Yang ni pun dapat 4B dalam SPM.

 

3.  Geografi Tingkatan 3 — Dulu cikgu yang mengajar subjek ni, suka bawak peta dalam kelas. Masuk kelas, bentang peta. Kalau hari tu kene belajar pasal taburan bijih timah, dia akan suruh semua pelajar diri, pastu tandakan kat peta mana ada bijih timah. Biasanya saya adalah antara orang2 terakhir yang dapat duduk. Sebab saya sangat malas nak membaca sebelum kelas. Tapi, tak sangka dapat A jugak masa PMR. Mungkin berkat sebab selalu kene berdiri sepanjang kelas geografi kot..ahaa.

 

About Me

 

1.  Dengan perempuan, saya seorang yang neutral, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya tak memilih bila berkawan. Namun, saya ada ‘clique’ sendiri.

 

2.  Saya tak berkawan sangat dengan lelaki kecuali yang sekelas. Itupun cuma dengan yang duduk depan/ belakang/tepi meja saya dalam kelas. Jadi, ramai studet lelaki memang tak kenal saya. Pendek kata, saya memang tak glamour orangnya.

 

3.  Kaunselor cinta untuk kawan-kawan saya — Dulu, bila kawan-kawan saya ada masalah dengan boyfriend diaorang, atau ada skandal dalam hubungan diaorang, mereka suka mengadu pada saya. Portnye tepi tangga, waktunya selepas tutup lampu. Kadang-kadang tu sambil makan maggie. Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tolong menyelesaikan masalah mereka, tapi saya cuma meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan perasaan mereka. Manalah saya tahu pasal cinta, berkawan dengan lelaki pun tak.

 

4.  Tak aktif dalam ko-kurikulum — Saya memang tak layak nak masuk apa2 pertandingan mawakili sekolah dulu. Pernah sekali, saya pergi audition untuk pemilihan penari zapin sekolah. Masa hari pemilihan, saya tersingkir. Alasan cikgu tu, ketinggian saya tak sesuai untuk bergandingan dengan penari lelaki. Elehhh cikgu tu, kalau dia cakap saya tak pandai menari, saya terima. Dia kata saya pendek, memang saya terasa. Masa kecik dulukan, bila dah besar ni, saya faham kenapa penari perlu mempunyai ketinggian yang sepadan.

 

5.  Jaguh lumba lari jarak jauh untuk rumah sukan — Untuk rumah sukan saya, saya adalah salah seorang pelari harapan untuk acara jarak jauh. Merentas desa, 400 m dan 1000 m (errr.. yang ni saya tak ingat pulak berapa m sebenarnya). Sebenarnya jarang dapat pingat emas, biasanya pingat gangsa je. Tapi, sekadar jaguh kampung je la. Nak wakil sekolah..takde harapannnye!!

 

I used to love..

 

1.  Meletak gambar artis bollywood kat meja — Dulu memang zaman artis Bollywood digilai ramai termasuk la saya. Untuk menunjukkan betapa saya meminati mereka, saya letakkan poster besar Shah Rukh Khan dan Sonali Bendre atas meja saya dalam kelas. Cikgu tak pernah marah pun..eheee… 😛

 

2.  Bermain Rounders — Dulu waktu riadah, saya dan kawan-kawan saya akan bermain permainan ini setiap petang. Memang best!! Inilah yang buat saya rindukan zaman sekolah!!

 

3.  Menu Lunch Hari Jumaat — Setiap hari Jumaat, saya sanggup lari2 lepas kelas untuk mengelakkan beratur panjang kat dewan makan. Waktu tu saya risau sangat kalau2 lauk akan habis. Menu yang best itu ialah, udang masak sambal, ikan goreng dan masak lemak kobis je. 😛

 

I couldn’t live without..

 

My clique…Siti Nurul Ain Md Jamil, Syazwani Sharip, Norhidayah Yahya dan Siti Norkhadijah Addis. Kiteorang ada nama sendiri..Geng M**A.

 

Who did you call before you sleep at night?

 

Tak ada, saya cuma tahu guna handphone pada usia saya 20 tahun.

 

Note : Tahniah, jika anda berjaya membaca entri ini sampai sini, saya rasa entri ini sangat panjang. Maaf la, saya rasa excited bila menjawab tag ini.

 

Note lagi : Sekali lagi saya takkan tag sesiapa.

 

Note lagi dan lagi : Saya telah mencipta sebuah tag. Jadi selepas raya, saya akan tag beberapa kawan saya yang sudi mengunjungi blog saya ini. Tunggu ye!! 😉

 

 

 

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.