~ Seribu Impian ~

23 September 2008 at 9:12 am | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

 

 

“…Seribu Impian pernah pun kita bina,

Demi masa depan…”

 

Masih ingat dengan lagu nyanyian Casey tu? Dulu masa zaman-zaman sekolah, lagu ni memang popular kan? Malah ramai juga antara kita yang menjadikan lagu ni sebagai lagu semangat dan lagu tema. Hari ini, saya yakin ramai di antara kawan-kawan saya yang sedang membaca ini telah pun berjaya mencapai impian masing-masing. Kalau belum pun, mesti sipi-sipi lagi nak mencapainya kan? Tahniah buat kawan-kawan!! Yang belum dan sipi-sipi lagi macam saya ni, jom kita kerja keras untuk mencapai apa jua yang kita impikan. Bak kata si Aleeya dalam Siri Impian tu.. “Apapun halangan kawan-kawan, Just Go For It, OK!!”. 😉

 

Setuju tak kalau saya kata, sebenarnya sepanjang hidup kita ni, tetap ada sahaja impian atau cita-cita yang kita nak capai. Tanpanya, mesti tak best kan hidup kita. Contohnya, kalau dulu masa sekolah, kita nak masuk universiti. Pastu dah berjaya masuk, kita mesti ada cita-cita nak tamatkan pengajian dengan cemerlang supaya senang dapat kerja suatu hari nanti. Bila dah ada kerja, kita akan fikir nak berumah tangga pula, dan macam-macam lagi la. Makanya, setiap awal tahun kita tentu akan menetapkan azam yang perlu dicapai kan? Jadi, bagaimana dengan cita-cita, azam dan matlamat kawan-kawan tahun ni? Dah tercapai?.

 

Sebenarnya, saya telah diberi hadiah oleh Najib dari blog Perfectexcel untuk menjawab satu soalan tag yang berbunyi :

 

Adakah semua cita-cita dalam tahun ini tercapai?

Apakah perancangan Julai sehingga akhir tahun ini?

 

Sejujurnya, soalan ini tidaklah susah untuk saya menjawabnya memandangkan ada beberapa matlamat besar dan kecil telah saya tetapkan untuk tahun ini. Cumanya, kebanyakan matlamat tersebut adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan. Namun, saya akan kongsikan la juga beberapa yang tak terlalu peribadi tu ye. 🙂

 

Cita-cita/azam/matlamat tahun ini:

 

1. Saya ada tiga matlamat besar tahun ni, satu daripadanya telah gagal dengan teruknya pada bulan lepas. Sangat menyedihkan. Memang bukan untuk saya. Saya redha. 😥 Dua lagi sedang dalam perjalanan.

 

2. Membaca bahan ilmiah/bukan fiksyen seminggu sebuah buku – Saya memang minat membaca. Namun, sebelum ni, saya lebih banyak membaca novel atau majalah berbanding bahan ilmiah/bukan fiksyen. Jadi tahun ini, saya tetapkan matlamat, seminggu saya perlu wajibkan diri saya menghabiskan satu bahan bacaan berbentuk ilmiah ini. Alhamdulillah, saya berjaya lakukan, malah kadang-kadang bila terlalu seronok membaca tu, seminggu pun boleh habis beberapa buah buku sekaligus.

 

3. Bersenam seminggu sekali – Selepas habis sekolah menengah, saya adalah orang yang paling malas bersenam. Kali terakhir saya bersenam adalah pada tahun kedua saya di KUSTEM, itupun sebab saya terlibat dengan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Pastu, masuk tahun ketiga dan sehingga tahun lepas, sangat-sangat la jarang saya bersenam. Tahun ni saya wajibkan diri saya, seminggu sekali saya perlu berjoging, Mujur juga ada taman rekreasi berhampiran dengan rumah. So, bersemangat jugak nak berjoging. Kadang-kadang saya pergi bersama anak-anak saudara sekali, lagilah seronok.

 

4. Balik kampung sebulan sekali – Sebelum tahun ni, saya cuma balik kampung bila ada urusan atau dah rindu sangat dengan mak. Tapi tahun ni, saya wajibkan diri saya, sebulan sekali mesti balik lawat mak kat kampung. Saya rasa, masa bujang nilah kita boleh habiskan banyak masa bersama mak. Saya pun tak tahu akan bertemu jodoh dengan oang mana, jauh ke dekat, dan akan duduk di mana selepas tu. Manalah tahu, dah kahwin nanti, ntah-ntah cuma dapat balik kampung bila raya je?. Jadi, masa nilah saya perlu gunakan sebaik mungkin untuk bersama mak tercinta.

 

5. Menabung sehari RM1 – Kalau dulu, saya cuma menabung duit syiling tapi tahun ni saya amalkan menabung sehari RM1. Moga-moga yang sikit ni, lama-lama boleh la jadi bukit suatu hari nanti hendaknya.

 

Perancangan Julai sehingga akhir tahun.

 

Perancangan utama saya, habiskan beberapa lagi kajian makmal yang masih tak dapat diselesaikan dan siapkan analisis data dalam penulisan tesis saya..itu sahaja matlamat yang patut diutamakan sekarang!!

 

Note : Saya tak bercadang nak hadiahkan tag ni kepada sesiapa, tetapi jika ada yang nak buat dan kongsikan bersama, amat dialu-alukan. 🙂

 

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.