~ antara ayam percik, kuih tako dan martabak ~

21 September 2008 at 10:07 pm | Dikirim dalam Motivasi, ~ S.A.Y.A ~ | 19 Komen

 

Petang tadi saya ke bazar Ramadhan berhampiran rumah abang saya. Sebenarnya, saya dah berjanji dengan anak saudara saya yang berumur 5 tahun tu. Jika dia berjaya puasa penuh sepanjang minggu ni, saya akan belikan apa sahaja yang dia nak makan. Maklumlah, budak-budak baru nak belajar puasa. Kenelah sokong 100% kan.

 

Hari ni dia minta saya belanjanya ayam percik. Emm…boleh tahan juga selera anak saudara saya ni, saya ingatkan dia nak minta McD atau KFC tadi. Maka, seawal jam 5 petang lagi saya dah keluar, mengelakkan kesesakan dan yang penting adalah peluang untuk saya menghayati suasana bazar Ramadhan tersebut.

 

Satu tabiat saya bila ke tempat begini ialah lebih suka melihat orang yang menjual berbanding apa yang di jual. Jika penjual mesra dan tersenyum, saya akan singgah untuk lihat apa yang di jual. Lagi satu, kalau gerai tu menjadi tumpuan orang ramai, saya pun sibuk2 meramaikan suasana juga. Mesti apa yang dijual tu menarik, kalau tak, takkan ramai orang yang datang, sampai sanggup beratur lagi tu..termasuklah saya sekali ni…ehe..😛

 

Sedang saya berjalan-jalan sambil melihat telatah penjual, saya terperasan seorang kawan saya juga turut menjual di bazar tersebut. Sebenarnya, dia adalah seorang kakak yang sama2 terlibat dengan saya dalam perniagaan MLM. Jadi, saya pun singgah untuk menegur dia. Dia menjual kuih popia dan juga kuih tako. Sebenarnya, saya tak la rapat sangat dengan dia, cuma kenal gitu2 je. Nak berborak panjang pun, dia sibuk melayan pelanggan, jadi saya pun bercadang membeli popianya sahaja. Tapi bila saya nak bayar, dia tak mahu terima pula, malah dia bagi lagi 6 ketul kuih tako kat saya. Sambil tu sempat berpesan yang kuih takonya tu popular, itu yang dia suruh saya cuba.

 

Kemudiannya, saya terus berjalan-jalan lagi, dan sekali lagi saya terjumpa sepasang suami isteri yang amat saya kenali sedang menjual martabak. Sebenarnya, pada hari biasa, pasangan tersebut menjual pisang goreng. Pisang goreng mereka memang istimewa dan lain dari yang lain. Bila waktu petang, saya kerap singgah di gerainya, boleh dikatakan pelanggan tetap la. Niat asal untuk menegur mereka sahaja, tak bercadang nak beli martabak tersebut memandangkan dah ada ayam percik, popia dan kuih tako. Tapi tak sangka, walaupun sibuk melayan pelanggan yang tak putus-putus tiba, sempat pulak si isteri menghulur 2 keping martabak kepada saya. Sekali lagi ianya percuma.🙂

 

Saya dah cuba kuih tako kakak tu. Memang sedap, abang saya pun sampai minta saya belikan lagi esok. Martabak tu pun boleh tahan dan banyak dagingnya. Terfikir pula saya, kenapalah baru sekarang saya tahu yang mereka tu berniaga di bazar Ramadhan tersebut..hehe..😉

 

Kesimpulannya:

 

  1. Saya amat kagum dengan mereka. Mereka adalah peniaga yang bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi turut mengambil berat kualiti dan kepuasan pengguna. Mungkin rezeki saya dapat percuma kerana kebetulannya saya mengenali mereka. Namun, saya dapati jualan mereka agak laris walaupun kakak tu sekadar menjual 2 jenis kuih, manakala pasangan suami isteri tu menjual martabak sahaja.
  2. Sebenarnya, saya agak malu menerima pemberian mereka. Maklumlah, peniaga macam mereka sudah tentu menunggu saat-saat Ramadhan ni untuk memperoleh keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Tapi, kalau mereka dah beria-ia nak bagi, saya pun tak sanggup nak menolaknya. Mana sangka, niat nak beli ayam percik sahaja, tapi dapat popia, kuih tako dan martabak sekali…dengan percuma pula tu. Bak kata pujangga, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu?
  3. Rajin-rajinlah menegur jika terserempak dengan orang yang kita kenali. Mungkin ada rezeki tersirat yang ALLAH nak beri pada kita melalui mereka. Siapa tahu kan?.🙂

19 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. betol2 jangan berat nak tegur orang.. mana tau diorang “god-sent” ke.🙂🙂

    ehe..yup..betul tu nono..manalah tahu kan🙂

  2. wah.. seronok skali dapat makanan2 free.

    em agak terkilan la kenapa la murtabak kat Penang ni tak macam dkat KL. tak puas rasanye nak makan..

    nanti da balik KL, first thing mmg nk bli murtabak la utk berbuka.. hehe

    ye..memang seronok adlan..rerajin la tegur orang pasni..ehee..😉

    bila nak balik KL nye tu, kesian kat awak yang kempunan makan martabak KL ni.

  3. betui tu jue…bila peniaga nya ramah dan baik ati… kita mesti akan beli kt ctu… klu menyombong jer, mmg tak jadi nk beli… huhuh… sedapnya martabak… kt kg fiza ada satu tmpt abang selalu beli martabak kt dia…urm…sedap…🙂

    tu la fiza kan..bila senyum, rasa ringan je kita nak menjenguk kan..tapi martabak memang best..lagi2 martabak daging.🙂

  4. ayam percik!!
    peberet ku di bulan puasa..

    betul la tu..
    kalau servis ok, pelanggan pon suke n nak datang lagi..

    ehee…saya tak makan banyak tadi ayam perciknya..banyak sangat juadah atas meja tadi🙂

    yupp..itu asas untuk menjadi seorang peniaga..customer service kene la tiptop kan!!

  5. cam ni kena tegur orang slalu ni.. hahahaha

    best best

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ye adry..tegur2 la selalu..kalau nampak saya kat mana2 pun, boleh je tegur saya ni..ahhaaa..😛

  6. ~ ayam percik? sedapnya… teringin nak makan ayam percik yg my mum buat. ~

    waaaa…mak awak pandai wat ayam percik ye???bestnye..🙂

  7. owh! syukur. nampaknya budaya memberi & bertukar2 juadah masih lagi ada di kalangan orang melayu. indahnya…

    Alhamdulillah, budaya ni masih diamalkan di kampung saya. Setiap kali Ramadhan dan hari raya, mesti akan tukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Cumanya, kat bandar ni, baru tahun ni saya rasa amalan ni masih ada. Tapi dalam kes di atas, saya hanya menerima je, tak memberi pun..ehee..🙂

  8. Tabiat anda membeli sama dengan saya. Saya lebih suka melihat penjualnya. Mesra atau tidak. Dan hangin jika penjual sangat poyo.

    Sebenarnya orang Melayu paling untung jika jual makanan. Semua bangsa beli. Tapi tak mahu ambik kesempatan itu. Jual ala kadar, produk tak berkualiti, servis hancur.

    kita kena banyak belajar dengan bangsa lain terutama bangsa Cina yang berjaya dalam arena perniagaan

    Setuju dengan awak.
    Sebenarnya hari ni pun dah ramai orang melayu yang berjaya dalam arena perniagaan. Apapun, terpulang pada niat kita untuk menjadi peniaga yang bagaimana.

  9. ayam percik ngan murtabak! bestnya!!

    yeee..memang sangat best!!!😀

  10. teringat dulu mase kami sekeluarga berniaga air di bazar ramadan. semangat kejiranan gerai memang kuat. manetaknye kalau waktu berbuka memang tak perlu beli makanan sebab setiap peniaga di situ akan buat sistem barter. seronok.

    ye ke Q, bagusnye!!!kalau camtu, nak makan apa je pun boleh kan? Tahun ni keluarga Q berniaga lagi?

  11. murah rezekinya.. bertuah betul. saya tak pulak kenal mana-mana peniaga kat bazar ramadhan tu. huu..

    Alhamdulillah ixora, saya pun kebetulan je tu.

  12. saya jarang pi pasar ramadhan… sama gak… tgk penjual. kalo mesra, saya beli. kalo nak tak nak layan. saya pun malas nak beli.

    cik buzzybug rajin memasak ye?

  13. dh lama tak mkn ayam percik, hehehe…

    beli la kat bazar ramadhan..tengah sale ni..nak dekat raya..🙂

  14. betul 2,saya kagum dgn mereka yg tidk sekadar menjual kerana keuntungan..
    kalo yg menjual tp lebih pentingkan keuntungan, dah pulak 2, makanan 2 xsedap..
    rajin je mulut sy nak mengata,xke dpt dosa kat situ..

    tulah callister..mesti aman dan damai kalau tiada peniaga yang suka mengambil kesempatan kan?

  15. beri satu dapat sepuluh !
    atau
    5% must be reserved for give-back
    agar murah rezeki

    actually formula untuk siapa ni?..ehee..tak faham pulak saya di sini..🙂

  16. Kuih tako tu apa…? Ihik… (malu2)

    kuih tako tu, kuih yang warna putih dan bawahnya kaler hijau, diletak dalam daun berbentuk segiempat, kadang2 ada orang panggil kuih puteri beradu kot..🙂

  17. sekarang sudah ada kedai runcit sendiri, maka kiranya tak dapatlah lagi berniaga diluar.

    owhhh…ada kedai runcit dah!!! Perniagaan semakin maju nampaknya!!🙂

  18. JuliaNa :
    tak selalu masak pun… balik keja lambat x sempat nak pi pasar ramadhan… huhu…

    alalaaa…pengorbanan di bulan Ramadhan tu!!

  19. betul. aku pun selalu dapat kuih free dulu. diorang memang jenis tak lokek bab2 gini..

    ternyata awak memang murah rezeki orangnya!!🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: