~ Kembali Di Sisimu ~

18 September 2008 at 12:03 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 19 Komen

 

Yaaayyy!! Akhirnya dapat kembali sepenuhnya di sisi blog ini. Macam mana Ramadhan kawan-kawan tahun ni?

 

Saya nak share apa yang berlaku kepada saya sepanjang Ramadhan ni:

 

Perkara yang TAK DAPAT BUAT.

 

1. Beli Baju Raya — Nampaknya tahun ni saya akan beraya dengan baju raya tahun lepas je la. Saya lebih suka tempah berbanding beli dah siap, tapi kerana kecuaian sendiri, tak sempat nak tempah, malah kainnya pun saya tak beli lagi. Lagipun, baju tahun lepas masih ok. Cuma, biasa la, bila hari raya, tetap ada feeling nak pakai baju baru. So, saya decide beli tudung lain untuk baju tahun lepas tu, so ada gak yang baru kan?. Biasanya satu tudung untuk banyak2 baju, ni satu baju ada banyak-banyak tudung pulak..uhh…😛

 

2. Hantar Kad Raya — Ini adalah acara wajib buat saya setiap kali nak raya. Saya memang suka hantar kad raya ni. Tahun lepas adalah tahun paling banyak saya hantar kad raya. 50 kad semuanya. Dah la banyak, seminggu nak raya baru pos, naseb yang kat semenanjung sempat sampai sebelum raya. Bagi kawan-kawan yang kat Sabah ngan Sarawak masa tu, raya ke lima kot baru kad tu sampai..ahaaa..😀 so, masa tu berazam la saya nak hantar kad raya awal tahun ni, last2 langsung tak dapat nak hantar walau sekeping pun. Kita hanya mampu merancang kan?

 

3. Menerima Undangan Berbuka Puasa — Ada beberapa undangan untuk berbuka tak dapat saya penuhi tahun ni. Sangat terharu sebab kebanyakan yang ajak berbuka adalah kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa, ada yang dah 8 tahun tak jumpa. Mungkin keberkatan bulan ni agaknya, untuk merapatkan silaturahim. Apa pun terima kasih buat yang mengajak saya berbuka tu. Raya ni kita jumpa ye!!🙂

 

Perkara yang DAPAT BUAT.

 

1. Bayar Zakat — Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya menunaikan ibadat ini sendiri. Sebelum ni, abang saya yang bayarkan untuk saya. Apapun lega rasanya dapat bayar awal-awal.

 

2. Bangun Sahur — Sejak merantau..chewahh..sejak duk hostel & kolej, jarang saya bangun sahur kecuali bila balik kampung je, mak memang tegas bab2 bangun sahur ni, lagipun mak masak sedap, jadi selera je nak makan di pagi2 hari. Tapi kali ni berjaya juga bangun sahur sehingga hari ini, walaupun sekadar 3 biji kurma dan susu Dutch Lady Low Fat sahaja..hehe  🙂

 

3. Buang yang keruh, ambil yang jernih — Alhamdulillah, inilah yang paling bermakna pada Ramadhan saya kali ni. Silaturahim yang terputus 3 tahun lepas kini kembali terjalin. Sesungguhnya berterus terang membantu menyelesaikan banyak perkara.

 

Note: Saya berhutang menjawab 2 tag sekarang ni..saya akan selesaikan tag-tag itu sebelum bercuti raya. Thanks to Najib ngan Kak Shila yang sudi menghadiahkan saya tag itu..😉

 

 

19 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. bestnyerrr dapat sahur dgn emak kat kampong .. kannns

  2. saya plak sejak dah keja ni, rajin gile bangun sahur…🙂

    kesiannya x dapat baju raya… saya ada dua baju raya… hahaha…

  3. en_me ~~~ yup..sahur ngan mak memang best!!kali ni tak dapat lagi nak sahur ngan mak.

    buzzybug ~~~ baguslah..bila sahur tu rasa lengkap ibadah puasa kita kan.

    waa…sedekahkanlah satu kat saya!😥

  4. so lepas ni xupdate blog lg la ye…

  5. chot ~~~ xla…pasni nak rajin2 update blog..ehee..🙂

  6. “3 biji kurma dan susu Dutch Lady Low Fat” je?
    wah ni memang betul-betul …. ni.
    hahaha…

    betul2 apa Q?…ehe🙂

  7. Juliana, beli je baju kurung.. At least satu.. Saya rasa pun baju-baju saya tak siap lagi. Tapi nak feel raya lebih sikit punya pasal my mum dah beli sepasang baju kurung for me.

    LOL… Actually baju tak main peranan sangat sebenarnya.. Jangan la ikut my recommendation.. Hehehe. Baju pa-pa pun, raya tetap boleh disambut kan?😀😀

    Haii nono, thanks singgah!!🙂

    Actually, bukan taknak beli yang dah siap, cuma susah nak cari yang betul2 ngam ngan saya..sebab saya rendah..mostly baju dah siap mesti labuh..tu yang leceh nak edit2 baju tu pulak..uhuu..

  8. Uiks… kirim la kad raya lagi… tak kisah la kalau lambat atau apa… kalau decide nak kirim hantar kat kiter ek… hahahhaa…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    emmm…tak kot adry..kalau sempat saya hantar e-kad je ye? boleh?

  9. Alahai…sama laa kita…x ada baju raya…dah laa gaji 2 bulan dah x masuk2!😦 Sedih!

    ehhh..kenapa gaji tak masuk!!2 bulan pulak tu..saya tumpang sedih jugak ni..

  10. Baju raya..sudah
    Kad Raya..sudah
    Buka posa..sudah
    Bayar zakat..beres
    bangun sahur …sudah

    bihtu duit raya ?…. camner ?..
    ndak duit raya leh ?.. ndak beli mercun katak yg pom-pom tuu leh…

    nak duit raya ke??saya masih di tahap penerima duit raya lagi, so saya tak layak bagi duit raya..ahaaa…😀

  11. Waa…jauh merantau..kat mana tu..

    Selamat berposa dan selamat hari raya..

    Tak nak duit raya..
    tak nak kuih raya..
    tak nak baju raya…

    sya nak mercun katak je…pom..pom..!!bleh.?

    nape nak mercun katak? nak main ngan cicak erk?emm..saya tak izinkan.

  12. perkara tak dapat buat yg pertama tu serupa. yg kedua tu.. saya dah beli kad, dah tulis tapi blom pos. haha. cmna tu?

    oh,dah bayar zakat eh? saya mungkin tahun depan kot.. setakat ni abang saya yg bayarkan. hehe

    laaa ixora, pos la kad tu, pos kat saya ye..ehee..padahal dah terima e-card sblm ni🙂

  13. 1. Beli Baju Raya ~ aku rasa aku dah 5 tahun takde baju raya.

    2. Hantar Kad Raya ~ aku punye tak de ke? tak penah dpt pun dr ko.

    3. Menerima Undangan Berbuka Puasa ~ Tiap2 hari aku diundang berbuka kat opis. Bos tak kasi balik.

  14. Ayul:

    1. ye ke bob? nape tak beli? ingatkan dengan aku je ko kedekut, ngan diri sendiri pun kedekut ke?

    2. Ko tak pernah bagi kat aku pon?

    3. Yang tu aku kesian, kejam la bos ko, dah la selalu balik lewat.

  15. waaahhhh… mana kamu pergi selama ini?
    kesiannya xdpt beli baju raya. tapi jgn membazir sgt. sleka2 la almari baju kamu tu. mana tahu ada baju raya tahun lepas yg tak pernah di pakai…

    eheee..so far semua baju dah pakai..tapi semuanya masih ok…emmm..memang cadang tak beli baju la tahun ni..🙂

  16. 1. Bukan kedekut tapi tak nak membazir. Sbb baju raya 5 tahun lepas tu baru 10 kali aje aku pakai. Setahun 2 kali raya.

    2. Aku tunggu ko bagi baru aku balas.

    3. Tu lah pasal. Tp kita tengah belajar dr dia, so kene lah menunjukkan semangat nak belajar tu.

  17. Ayul :

    1. emmm..ni mesti baju melayu kan..pakai masa sembahyang raya puasa ngan raya haji je..🙂

    2. elehhh..aku dah tahu tu mesti jawapan ko, yelah..kalau sempat aku poskan tahun ni..takpe kan lambat sket?

  18. wah. banyak skali sampai 50 keping kad raya. bagus2..

    ada keberkatan dalam sahur tu. semoga dpt teruskan la utk 10 malam terakhir. bangun awal sket, bleh qiamulail skali!🙂

  19. mydlan :

    ehee..itulah..tak best betul tahun ni tak sempat nak hantar kad raya kat mereka lagi😦
    InsyaALLAH..memang nak cuba teruskan ni..😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: