~ Kembali Di Sisimu ~

18 September 2008 at 12:03 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 19 Komen

 

Yaaayyy!! Akhirnya dapat kembali sepenuhnya di sisi blog ini. Macam mana Ramadhan kawan-kawan tahun ni?

 

Saya nak share apa yang berlaku kepada saya sepanjang Ramadhan ni:

 

Perkara yang TAK DAPAT BUAT.

 

1. Beli Baju Raya — Nampaknya tahun ni saya akan beraya dengan baju raya tahun lepas je la. Saya lebih suka tempah berbanding beli dah siap, tapi kerana kecuaian sendiri, tak sempat nak tempah, malah kainnya pun saya tak beli lagi. Lagipun, baju tahun lepas masih ok. Cuma, biasa la, bila hari raya, tetap ada feeling nak pakai baju baru. So, saya decide beli tudung lain untuk baju tahun lepas tu, so ada gak yang baru kan?. Biasanya satu tudung untuk banyak2 baju, ni satu baju ada banyak-banyak tudung pulak..uhh… 😛

 

2. Hantar Kad Raya — Ini adalah acara wajib buat saya setiap kali nak raya. Saya memang suka hantar kad raya ni. Tahun lepas adalah tahun paling banyak saya hantar kad raya. 50 kad semuanya. Dah la banyak, seminggu nak raya baru pos, naseb yang kat semenanjung sempat sampai sebelum raya. Bagi kawan-kawan yang kat Sabah ngan Sarawak masa tu, raya ke lima kot baru kad tu sampai..ahaaa.. 😀 so, masa tu berazam la saya nak hantar kad raya awal tahun ni, last2 langsung tak dapat nak hantar walau sekeping pun. Kita hanya mampu merancang kan?

 

3. Menerima Undangan Berbuka Puasa — Ada beberapa undangan untuk berbuka tak dapat saya penuhi tahun ni. Sangat terharu sebab kebanyakan yang ajak berbuka adalah kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa, ada yang dah 8 tahun tak jumpa. Mungkin keberkatan bulan ni agaknya, untuk merapatkan silaturahim. Apa pun terima kasih buat yang mengajak saya berbuka tu. Raya ni kita jumpa ye!! 🙂

 

Perkara yang DAPAT BUAT.

 

1. Bayar Zakat — Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya menunaikan ibadat ini sendiri. Sebelum ni, abang saya yang bayarkan untuk saya. Apapun lega rasanya dapat bayar awal-awal.

 

2. Bangun Sahur — Sejak merantau..chewahh..sejak duk hostel & kolej, jarang saya bangun sahur kecuali bila balik kampung je, mak memang tegas bab2 bangun sahur ni, lagipun mak masak sedap, jadi selera je nak makan di pagi2 hari. Tapi kali ni berjaya juga bangun sahur sehingga hari ini, walaupun sekadar 3 biji kurma dan susu Dutch Lady Low Fat sahaja..hehe  🙂

 

3. Buang yang keruh, ambil yang jernih — Alhamdulillah, inilah yang paling bermakna pada Ramadhan saya kali ni. Silaturahim yang terputus 3 tahun lepas kini kembali terjalin. Sesungguhnya berterus terang membantu menyelesaikan banyak perkara.

 

Note: Saya berhutang menjawab 2 tag sekarang ni..saya akan selesaikan tag-tag itu sebelum bercuti raya. Thanks to Najib ngan Kak Shila yang sudi menghadiahkan saya tag itu.. 😉

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.