Ada apa dengan ‘ 7 Perkara’

14 Ogos 2008 at 12:40 pm | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

Hari ni, saya akan menunaikan kewajipan saya menjawab TAG yang telah dihadiahkan oleh Cik t.a.t.a yang chomel dan Cik Ixora si rama-rama.

 

  • Kecik ke? à Saya kecik orangnya, tinggi cuma 4 kaki 10 inci dengan berat badan bawah 38 kg (teori Cik Buzzybug kata saya ni terlebih beri kasih sayang kat orang..whatever la! ehe 🙂  ). Dengan kelebihan saya ini, bila saya mengaku umur saya 25 tahun, ramai gak yang tak percaya. Tapi, saya suka berterus terang tentang umur saya, ia membuatkan saya lebih berkeyakinan dan tanda bersyukur kerana saya dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. 
  • Peramah ke? à Dulu saya ni agak pendiam, tapi sejak menjebakkan diri dalam arena perniagaan..chewah!..saya kini agak peramah pula orangnya. Bukanlah maksud saya peramah tu banyak bercakap, tapi saya suka menjadi pemula perbualan dengan banyak bertanya. Saya suka sangat mendengar cerita lagi2 kalau orang yang cerita tu orang yang berumur dan banyak pengalaman pula. Sebab saya rasa macam dapat ilmu free je. Yang penting cerita tu berguna dan ada manfaatnya dan bukan mengumpat atau mengaibkan orang lain ye…:) 
  • Ulat ke? à Jika orang lain, masuk shopping complex untuk bershopping atau berdating, saya pulak suka bertapa kat kedai buku. Saya sangat sukakan kedai buku, tenang berada di dalamnya, damai dengan menghirup aroma buku di sekelilingnya…dan yang paling best sebenarnya membaca buku FREE di dalamnya..ahaa..kedai buku favourite saya ialah kedai buku MPH Midvalley dan juga MPH Alamanda, Putrajaya.  
  • Tak pernah tengok wayang à Sehingga hari ini, saya tak pernah sekali pun jejakkan kaki kat panggung wayang. Saya lebih suka beli CD atau tunggu je cerita tu masuk kat TV, takpun tengok free kat youtube. Nak kata saya tak suka wayang, tak jugak. Pernah sekali kawan saya nak belanja tengok wayang dan saya dah setuju. Tetiba, bila masa nak pergi je, ada hal lain yang lebih penting dan terpaksa dibatalkan. Mungkin saya dah ditakdirkan tak boleh  masuk wayang kot. 
  • Fobia dengan lipan à Saya sangat takutkan lipan. Kisahnya bermula sewaktu saya belajar di KUSTEM yang glamour ngan nama UMT sekarang. Waktu tu saya menyewa rumah di luar kolej. Rumah sewa saya adalah rumah kayu yang terletak berhampiran ngan pantai. Maklumlah, student yang jauh dari keluarga dan tak berduit pula, tak mampu nak beli katil atau tilam, tidur atas toto je (cuma takla sampai tahap letak no akaun dalam blog cam En Mahsyar ye 😆 ). Satu malam, saya digigit lipan bara yang besar berwarna merah di kepala sehingga saya pengsan. Malam tu saya dimasukkan ke hospital selama 2 hari. Sampai sekarang, memang saya takut bila nampak lipan. Mungkin lepas ni, saya fobia ngan tenggiling jugak..rujuk entri sebelum ni. 
  • Shopping? Oh NO! à Mesti tak caya kan? Tapi itulah saya. Shopping akan membuatkan saya pening kepala dan rasa nak muntah. Saya akan bosan dan mengantuk sangat bila bershopping. Tak kira la shopping betul ke, window shopping ke, shopping kat pasar malam ke, semuanya pun saya tak suka. Biasanya untuk diri sendiri, saya akan shopping bila terpaksa sebab dah tak ada barang yang saya perlu tu. So, buat kawan2 yang suka shopping, mengajak saya menemankan anda bukanlah idea yang bagus. Saya juga berharap suatu hari nanti, saya tak dapat mak mertua yang kaki shopping, kalau tak susahla saya nak ambil hatinya…ehee..boleh ke kalau gitu?  
  • Layak ke? à Saya mudah jatuh hati tersuka dengan lelaki yang agak  kurus, bercermin mata dan mudah berterus terang dalam setiap perkara…emmm…yang ni berangan je ye, layak ke saya? 😉 hakikatnya, saya cuma berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima saya seadanya, dan sudi membimbing serta menyayangi saya kerana ALLAH, itu je. Eh, kenapa terbagitau semua ni!!…ahaa..kerana saya masih single lagi orangnya ye…yeehaaa..:roll:

 

note : Buat masa ni, saya BELUM nak TAG sesape lagi, jangan marah ye..:)

 

 

 

 

 

 

 

 

~ SERAM ~

12 Ogos 2008 at 2:13 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 20 Komen

 

Biasanya bila pulang ke kampung sendirian, saya jarang sampai ke rumah waktu malam. Ini kerana jalan masuk ke kampung saya agak sunyi bila malam dan tak banyak kenderaan yang keluar dan masuk waktu tu. Penduduk kampung saya perlu menempuh kawasan ladang kelapa sawit sejauh 11 km yang gelap gelita tanpa seketul lampu jalan pun. Ini ditambah dengan kabus yang akan menyelimuti keadaan sekeliling kerana ada air terjun di kawasan kampung saya. Bagi yang penakut macam saya ni, kalau sengsorang memandu memang menyeramkan.

 

Sabtu lepas, antara nak ngan tak nak, saya tiada pilihan, terpaksa juga saya balik ke kampung sendirian. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10.20 pm. Saya tak sangka urusan saya di JB haritu lambat plak settlenya. Maka, terpaksalah saya beranikan diri malam tu.

 

Masuk je simpang ke kampung saya dari jalan besar Kluang – Mersing, hanya kereta saya seketul je ada waktu tu. Debaran di dada jangan cakap la, dupdapdupdap……tak lama kemudian, saya sampai di kawasan gaung di kiri dan kanan jalan. Dari jauh, saya nampak lampu kereta dari arah bertentangan. Waktu tu memang lega rasanya, sekurang2 nya ada gak member kat jalan ni..pathetic je kan. Apabila kereta tu semakin hampir dengan saya, pandangan saya menjadi silau yang teramat sangat, sebabnya pemandu itu tidak menjatuhkan lampu besarnya bila bertembung. Rasa lega mula2 tadi bertukar menjadi geram pula.

 

Tapi, lepas je kereta tu melintasi saya, saya sangat terkejut kerana di hadapan saya ada satu objek yang sedang terkial2 cuba melintas jalan…dan saya memang tak sempat nak menekan brek, apatah lagi membelok ke kiri dan ke kanan. Belok ke kiri maksudnya saya masuk gaung pulak. Saya dengan kejamnya telah melanggar objek itu, saya dapat rasakan kekasaran tubuhnya bila tayar kereta saya melanggarnye. Saya tergamam sekejap. Apakah objek itu?

 

Rasa ingin tahu membuatkan saya berhenti sekejap. Saya menoleh ke belakang.. Kemudian teringat pula babak dalam cerita Kekasihku Seru. Bulu roma dah meremang. Tekak rasa kering. Pastu memang saya terus pecut balik ke rumah walaupun dalam hati tertanya-tanya apakah yang saya dah langgar tadi.

 

Sampai je rumah, mak saya dah setia menanti. Saya cuba se ‘cool’ yang mungkin supaya mak tak mengesyaki apa-apa. Saya rasa jiwa saya betul2 kacau waktu tu. Sampaikan saya terlupa yang saya minta mak saya buatkan jemput-jemput ikan bilis favourite saya malam tu. Saya rasa tak selera nak makan, lepas mandi saya terus tidur. Bila mak tanya, alasan saya, saya sangat penat.

 

Lepas je subuh keesokan harinya, saya bercadang nak tengok apakah objek yang telah saya langgar malam tu. Namun, yang memeranjatkan kedua-dua tayar hadapan kereta saya pancit. Lagilah kuat rasa ingin tahu saya waktu tu, mujur juga ada motor kat rumah saya. Bila sampai di tempat kejadian, saya mula mencari. Dan saya terjumpa seekor tenggiling yang agak besar terdampar di tepi jalan. Ohh..jadi tenggiling ni yang saya dah langgar malam tadi. Tak dapat la pula dipastikan sama ada ia masih hidup atau dah mati waktu tu. Maafkan saya wahai tenggiling..uhuuu..

 

Pasal kereta saya, kedua-dua tayar pancit kerana ada paku. Emmm..ntah kat mana pulak tayar saya tu tercucuk paku..dua-dua pulak tu. Mujur jugak jiran saya ada bengkel baiki kereta. Kalau tidak, jenuh jugak nak mencari bengkel yang bukak di hari ahad memandangkan saya perlu balik ke bangi hari tu.

 

Pengajaran untuk saya, pasni takkan balik kampung waktu malam kalau sengsorang biarpun terpaksa atau dipaksa.

 

 

Steamboat dan Ragut

3 Ogos 2008 at 2:15 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 18 Komen

Jumaat malam sabtu yang lalu, abang long saya yang cool itu bermurah hati mengajak kami sekeluarga melayan steamboat. Restoren yang menjadi sasaran kami adalah sebuah restoren baru kat bandar baru bangi ni. Kat restoren ni, kita boleh pilih nak makan kat dalam restoren atau kat luar. Sampai sahaja di depan restoren, belum pun sempat keluar dari kereta, kami dikejutkan dengan kejadian ragut yang berlaku betul-betul depan mata kami. Seorang pemuda bertopi keledar tiba-tiba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang melayan steamboat bersama teman lelakinya. Menurut keterangan beberapa orang saksi yang ada waktu kejadian, beg tangan tersebut diletakkan di bawah kakinya waktu itu. Kemudian, si peragut lari sementara kawannya dah menunggu dengan motosikal tak jauh dari restoren itu. Berlaku la sesi kejar mengejar antara teman lelaki wanita yang malang itu dan si peragut. Namun, peragut itu berjaya menghilangkan diri kerana telah memecut motosikalnya dengan begitu pantas sekali.

 

Kesimpulannya, semoga kawan-kawan berhati-hati semasa makan di restoren terutamanya jika kita memilih untuk makan di tempat yang terbuka dan pastikan beg tangan sentiasa dipegang erat.

 

Apapun , lepas kejadian itu, kami sekeluarga tetap kembali kepada matlamat asal untuk menikmati steamboat yang best itu..:)

~ alahai ~

1 Ogos 2008 at 12:12 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 10 Komen

Petang tadi pegi butik tolong hantarkan baju kakak saya yang vogue itu..tak pernah jumpa tukang jahit ni..kedainya besar tapi dia takde pekerja lain..bila datang tunduk je si tukang jahit ni, cakap sepatah jawabnya sepatah..curious pun jugak..ada gak peniaga yang tak mesra..saya yang ala2 peramah ni cuba bertanya itu dan ini..akhirnya bukak mulut jugak dia..rupanya dia dah banyak kali kene pukau..ada sekali sepasang suami isteri datang butiknya..si isteri sibuk bertanya itu dan ini..melalaikan si tukang jahit..si suami pula sibuk mencuri itu dan ini..bila si tukang jahit sedar..duit, handphonenya sudah hilang…kesian si tukang jahit..patutlah tak tengok wajah saya yang cute ini langsung bila saya datang..alahai

 

1 Ogos 2008, jam 12.02 am..mata mengantuk menganalisis data-data yang melambak ..serabut..pening nak translit perkataan saintifik english ke bahasa melayu pun tak reti..cuba melayan friendster menghilangkan boring di jiwa..merayap2 melawat page2 kengkawan…tetiba sakit hati!!! Tengok ramai kawan yang sambung study dah grad..ummmm…tension sebab saya tak habis lagi!!waaaa…jeles yang amat…bila aku nak abis ni!!!nwey sape2 yang konvo bulan ni, TAHNIAH!!Bestnye korang!!….alahai lagi..

 

1/8/2008, sedih..saya sedih…sedih sebab terpaksa lupakan satu azam yang saya buat pada 8/1/2008..saya tak nak menunggu lagi..penat!tapi kenapa tak sampai hati nak lupakan ni…jiwa meronta!argghhhh!!!tapi ini perjanjian saya sendiri…1/8/2008 takde progress lupakan aje..makanya saya kene lupakan..kene..wajib!!..alahai lagi dan lagi..

 

Selamat datang wahai OGOS!

 

« Laman Sebelumnya

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.