Kuasa Di Sebalik Sujud

19 Ogos 2008 at 5:53 pm | Dikirim dalam Kesihatan | 13 Komen

Tahukah kita terdapat pelbagai rahsia yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan? Dari segi psikologinya, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan ALLAH sekali gus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Antara hikmah sujud dari segi perubatan dan kesihatan:

  • Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  • Mengurangkan ketegangan pada paru-paru dan melegakan sistem pernafasan.
  • Melegakan sakit hernia (angin pasang) dan apendiks.
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Perbuatan hendak sujud dan bangun darinya akan merangsang pergerakan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan peredaran darah yang baik.
  • Mengurangkan kegemukan.

Hikmah sujud kepada wanita:

  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Gerakan otot ketika sujud menjadikan buah dada wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin serta memudahkan organ peranakan kembali ke tempat asalnya.

Melalui pembacaan saya ini juga, terdapat satu lagi kelebihan daripada sujud yang agak memusykilkan saya, iaitu sujud boleh memberi dorongan supaya mudah tidur. Yang biasa di dengar, sujud akan menyegarkan otak kerana waktu tu darah banyak yang mengalir ke otak. Jadi, jika kawan-kawan ada komen atau pandangan tentang ini, kongsilah bersama ye.🙂

 

 Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah doa dalam sujud – Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

 

Cadangan bahan bacaan berkaitan:

  • Buku Kuasa Di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi’i terbitan Al-Hidayah Publication.

13 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. thanks for the info…😉
    yang saya tahu, sujud elok utk peredaran darah camtu laa… ke saya salah. hehe…
    solat sebagai salah satu senaman…🙂

    sama-sama🙂
    yang saya tahu pun begitu, solat adalah senaman yan TERBAIK!!

  2. terimakasih diatas maklumat itu.. keep it up

    sama-sama en me, mana yang elok sama-samalah kita kongsikan🙂

  3. Salam,Juliana…

    My first time here i guess…Nice blog🙂

    Tak sangka kan begitu besar manfaat di sebalik sujud yang kita lakukan saban hari..Bukan je dapat pahala berlipat ganda,malah ia baik untuk kesihatan…

    Thanks for the info!

    Salam kak shila!!🙂

    Thanks,saya masih baru dalam dunia blogging ni kak.

    yupp..saya pun baru tahu betapa besarnya manfaat daripada sujud ni.

    Sama-sama kak, sekadar satu perkongsian🙂

  4. terima kasih kak.
    berguna sangat utk ‘orang kita yang mudah lupa’.

    sama-sama Q, ye betul tu..sama-samalah kita ingat-mengingati🙂

  5. aku pernah baca artikel berkaitan tentang sujud dan solat ni…memang banyak faedahnya no doub’t about that…

    Teringat plak dulu time sekolah buat program qiyamullail… tengah sujud tu member kat sebelah ble tertidur teruss… kita dah dua salam dia tak bangun bangun lagi… hahaha

    hai adry,

    mesti lucu je kan masa tu, mesti awak dan yang lain2 pun tak kusyuk asyik memikirkan kenapa kawan awak tu tak bangun2 kan..:D

  6. wow. sgt berguna

    maka mari la kita bykkan ibadah

    leh sujud banyak2!

    InsyaALLAH🙂

  7. xdapat disangkal/dinafikan lagi, sujud memang memiliki hikmah tersendiri.

    info yang berguna dan bermanfaat. terima kasih.

    marilah kita bersama2 menjadi orang yang beriman.
    😉

    Yup..saya pun baru tahu je ni.

    sama-sama alone, semoga ada manfaatnya bersama🙂

  8. ramai yang tahu hal ini, tapi ramai tak yang praktik kan?

    yang tu saya tak tahu la plak cik t.a.t.a., sekadar untuk mengingatkan saya yang selalu lalai ni, dan untuk berkongsi dengan sahabat2 yang saya sayangi di sini🙂

  9. Entri berunsur tazkirah belakangan ni.

    Bgos!

    Assalamualaikum ustazah🙂

    Waalaikumusalam, saya bukan ustazah la suparjo😉

    Untuk peringatan kepada saya sebenarnya ni.

  10. Berkenaan ngan sujud ni suka saya ingat kan. Kalau sembahyang waktu berjemaah jgn lah sujud akhir tu lama2 sgt.
    Yg jd imam tu jgn sujud lama2 sbb tak semua makmum suka sujud lama2. kalau org tua kadang tak thn sujud lama2 dan mungkin juga ade yg nak cepat sbb ade urusan lain. Ade pendapat yg menyatakan kalau imam tu tak disukai makmun boleh batal jemaah tu.
    Yg jd makmum pulak jgn lah sujud lama2 sampai imam dah baca doa tak abis lagi sujud dia. Tak sah jemaah tu kawan.
    Pastu skang ni ramai yg pertikaikan yg doa masa sujud lagi afdal. Tu yg sampai tak cukup masa nak doakan sume org tu.

    Terima kasih ayul sudi berkongsi info tu.

    Doa masa sujud terakhir memang elok, tapi kalau nak lama2 mungkin waktu kita sembahyang sendiri.

  11. Owh,patutla saya tak gemok2.. hee..

    Kelakar plak bc komen enche Adry tu. teringat masa saya qiamullail kt sek dulu2.. paling tak tahan masa solat sunat tasbih(tetiba saya lupa plak nama solat tersebut.adeh~) ngantuk gile time tu.. pastu kene tasbih bnyk kali.. bila da ngntuk, da tak ingat sebut berapa kali da. haha..

  12. Ixora —> yupp..awak sujud terlalu lama tu..:)

    Betul tu ixora, dulu ada gak pengalaman cam tu, memang kelakar la bila teringat😀

  13. saya pernah mengalami sakit kapala, waktu tu pas isya’. saya telah tidur dalam keadaan sujud. alhamdulillah, saya mudah tidur dan terjaga pada tengah malam dalam keadaan segar dan dpt berjaga sampai subuh. try it!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: