Perlu Ke Menangis?

17 Ogos 2008 at 2:21 pm | Dikirim dalam Kesihatan | 11 Komen

 Menangis adalah sebahagian proses semulajadi yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. Ada orang menangis kerana sedih, ada yang menangis kerana terlalu gembira, ada juga yang menangis kerana marah, malah tak pelik juga yang menangis ketika mengupas bawang merah. Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia dapat memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

 

Jenis air mata

 

Air mata basal –> untuk melembapkan mata.

 

Air mata refleks –> dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk. 

 

Air mata emosi–> dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi.

 

Air mata mencegah pencemaran

 

Air mata berfungsi mencegah kemasukan pelbagai bakteria atau virus yang terkandung di dalam bendasing atau kotoran ke dalam mata. Setiap hari, kita terdedah dengan pencemaran seperti asap dan habuk di sekeliling kita. Tanpa air mata, segala kotoran tersebut akan masuk terus ke dalam mata dan boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Ini kerana air mata mengandungi enzim penting yang dikenali sebagai lisozim, iaitu bahan kimia yang berfungsi merencat pertumbuhan bakteria pada permukaan mata.

 

Air mata mempunyai kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Secara normal air mata akan membasuh kornea dan melindungi mata kita daripada rosak.

 

Menangis mengatasi stress

 

Kita biasa mendengar orang yang akan merasa tenang selepas menangis. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin yang tinggi yang terhasil ketika kita mengalami stress. Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

 

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

 

Kesimpulannya, jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

 

a good cry will help you feel better – Dr Kevin Keough

 

Rujukan:

http://www.ipislam.edu.my

http://www.helium.com/

http://kidshealth.org/

http://kajianmuslimah.wordpress.com/


 

 

11 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. suka menangis sorang2, bukan apa, klu menangis depan org mesti emo lagi lebih… menangis dapat melepaskan perasaan sedih dan sebagainya… mudah menangis sebenarnya fiza ni sebenarnya… tp tgk situasi la… huhuhuh… thanks again for da link dh bley full download lagu tu.. siap download lagu lain jgk.🙂

    you are most welcome cik fiza😉..waaa..banyak la pasni koleksi lagu cik fiza ye.

  2. huhu… tak sangka banyak juga gunanya nangis ni ek… subhanallah… hebatnya ciptaan Allah…

    Ye, hebatnye ciptaan ALLAH, namun masih banyak yang kurang kita ketahui🙂

  3. ”Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.”

    walawehhh!!! bahayo nih…ish..ish..ish..ish..

    memang bahaya cicak, saya sendiri pernah berhadapan dengan saudara saya yang mengalami keadaan ini.

  4. “Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan”

    Korang (kaum2 ibu) nak tau satu rahsia tak. Sebeno nye lelaki pun byk gak nangis. Tp biasa lah mana leh nangis depan pompuan, mesti control macho beb. Kalau setakat tgk citer korea nangis tu dah biasa dah. (Mampus aku jap lagi kene pukul ni)

    Yelah, seharusnya janganlah lelaki nangis di hadapan perempuan, tapi betul ke ko nangis tengok citer korea ni..ahaahaaaa..sungguh ku tak sangka..:D

  5. menangis potong bawang ape maksudnyer?

    Itu air mata refleks, lapisan kulit pada bawang ada bahan yang boleh merangsang mata kita mengeluarkan air mata. Boleh jadi juga ko sedih kene memasak selalu, jadi ko menangis ketika potong bawang tu..ehe..😉

  6. pasal aku rajin memasak..so aku selalu kena part ‘Air mata refleks’ tu…huhu

    en chot rajin memasak ye..bagusnye!!..🙂

  7. suma jenis menangis tu saya buat.
    menangis marah, sedih, potong bawang, sakit pun nangis.

    ratu air mata gak ek saya ini… hahaha…

    Yayyy to Bulan Air Mata Sedunia~

    x kisah laa nak nangis ke apa ke… jangan nangis dan sedih selalu sangat dah laaa…🙂

    kalau nangis terlalu banyak sangat nanti, akan rasa sakit kat kepala dan mata pun akan bengkak.

  8. saya rasa saya kategori air mata reflex..

    setiap kali menguap je mesti keluar airmata

    ke ada kategori lain?

    gud posting. thanx for sharing!

    Betul la tu air mata refleks. Huraiannya saya citer kat bawah.

    Yupp, welcome, sharing is caring & caring is loving..🙂

  9. bagusnya entry kali ni memang berkesinambungan dengan “Bulan Air Mata Sedunia”. chayok kak Juliana.

    ”Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.”

    sebab tulah puratanya lelaki mati cepat sebab makan dalam.

    : saya pulak air mata ape? selalu mengantuk dalam kuliah. setiap kali menguap air mata keluar. hahaha.

    Itulah Q, akak baca blog, ramai betul yang kesedihan bulan ni, timbul idea nak buat entri ni.

    Kalau menguap, keluar air mata tu, namanya air mata refleks.
    Bila menguap, ada beberapa otot pada muka yang bergerak. Salah satu otot tu ialah otot di sekitar mata. Gerakan ini akan menyebabkan tekanan pada kelenjar air mata dan merangsang pengeluaran air mata.

  10. ada laki yang menganggap menangis itu sebagai satu kelemahan?sebenarnye xla..bagi aku menangis itu tanda hati kita masih lagi lembut dan suci gitu..waah..mungkin lelaki tak suka menzahirkan emosi mereka dek kerana ego aatau kerana sikap gentelmen mereka..hehe..jangan cakap orang laki yang nagis itu lemah ye..saidina abu bakar yang gagah perkasa tu pun menangis walaupun baru dengar ayat quran je..😀

    setuju dengan pandangan mahsyar, so far kalau tengok lelaki nangis tak la terus judge dia tu lemah, tengok pula situasi apa yang dialaminya.

  11. Menangis muncul dari iba diri,
    kasihan pada diri sendiri, dan itu akan membuat kita tambah lemah,
    hanya bisa meratapi nasib tanpa berbuat apa-apa.

    Coba lihat segalanya tanpa menilai, karena semua terjadi secara wajar, otak kita lah yang membuat itu menyedihkan atau menyenangkan, jadi janganlah kita dipermainkan pikiran kita sendiri.

    http://fusion-kandagalante.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: