Perlu Ke Menangis?

17 Ogos 2008 at 2:21 pm | Dikirim dalam Kesihatan | 11 Komen

 Menangis adalah sebahagian proses semulajadi yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. Ada orang menangis kerana sedih, ada yang menangis kerana terlalu gembira, ada juga yang menangis kerana marah, malah tak pelik juga yang menangis ketika mengupas bawang merah. Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia dapat memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

 

Jenis air mata

 

Air mata basal –> untuk melembapkan mata.

 

Air mata refleks –> dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk. 

 

Air mata emosi–> dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi.

 

Air mata mencegah pencemaran

 

Air mata berfungsi mencegah kemasukan pelbagai bakteria atau virus yang terkandung di dalam bendasing atau kotoran ke dalam mata. Setiap hari, kita terdedah dengan pencemaran seperti asap dan habuk di sekeliling kita. Tanpa air mata, segala kotoran tersebut akan masuk terus ke dalam mata dan boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Ini kerana air mata mengandungi enzim penting yang dikenali sebagai lisozim, iaitu bahan kimia yang berfungsi merencat pertumbuhan bakteria pada permukaan mata.

 

Air mata mempunyai kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Secara normal air mata akan membasuh kornea dan melindungi mata kita daripada rosak.

 

Menangis mengatasi stress

 

Kita biasa mendengar orang yang akan merasa tenang selepas menangis. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin yang tinggi yang terhasil ketika kita mengalami stress. Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

 

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

 

Kesimpulannya, jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

 

a good cry will help you feel better – Dr Kevin Keough

 

Rujukan:

http://www.ipislam.edu.my

http://www.helium.com/

http://kidshealth.org/

http://kajianmuslimah.wordpress.com/


 

 

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.