Mendoakan Orang Lain

15 Ogos 2008 at 10:45 pm | Dikirim dalam Motivasi | 11 Komen

 

 

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa?  Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?

 

Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.

 

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

 

Buat kawan-kawan semua, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

 

Salam ceria dan kasih sayang🙂

11 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. doa? solat lima waktu lima kali, tak masuk lagi doa makan, doa nak belajar, doa nak tido, fuh takabburnya aku. hehehe

  2. yep. kne bykkan doa..
    doa itu senjata orang mukmin
    doa juga kne disertai dengan usaha dan tawakal!

  3. saya belajar, org yg tak mahu berdoa slps sembahyang adalah org yang takbur dgn tuhannya…

  4. Aduh. Bende2 cam ni tak leh nak comment lebih2 ni. Kene panah petir karang aku.

    Doa tu doa jugak tp kalau tak paham ape yg didoakan tak guna jugak.

    Soalan. Sape yg paham maksud doa iftitah? Angkat tangan.

  5. ya ya doa memang penting .. senjata mukmin… sebaiknya faham apa yang didoakan sebab kata Allah dalam Quran, “ud’uni astajiblakum” Dan berdoalah, akanKU (Allah) perkenankan…

    Sama-samala kita ambil iktibar…

  6. sama mcm Q… hehhe…

  7. xrugi jika kita bykkan berdoa..ory yg xnak berdoa tu adalah org yg sombong dan bongkak..

  8. Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita berdoa dalam bahasa melayu, kerana kita lebih faham apa yang kita inginkan.

  9. saya banyak kali berdoa, tapi dalam hati je. kalau solat saya berdoa masa sujud akhir, lebih afdal dan lebih dekat denganNya. saya jarang doa dengan mengangkat tangan macam yg selalu org buat. err tak pe kan?

  10. Dlm hati ke, ckp kuat2 ke, tadah tgn ke, dalam sujud ke, bahasa melayu ke, bahasa arab ke,lepas semayang ke, dlm kereta ke, takde seorg pun manusia yg boleh katakan yg doa camtu tak akan diterima Allah.

    Aku yakin yg kita masing2 ade cara kita yg tersendiri utk mintak dgn Allah. Pd pendapat aku yg penting kita iklas berdoa,paham ape yg kita mintak dan jgn sesekali marah kalau doa kita tak dimakbulkan.

    Aku pernah terbaca kat mana aku tak ingat. Dia ckp Allah akan jawab setiap permintaan dengan 3 cara.
    1)Ya~ maka makbul lah permintaan.
    2)Nanti~ Permintaan akan terkabul tp bukan skang
    3)Tidak~ Dan Allah akan menggantikan nye dgn sesuatu yg lebih baik

  11. Yuppp..sangat setuju dengan ayul ,macam mana pun caranya kita berdoa, yang penting tahu dan faham apa yang di doakan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: