Mendoakan Orang Lain

15 Ogos 2008 at 10:45 pm | Dikirim dalam Motivasi | 11 Komen

 

 

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa?  Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?

 

Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.

 

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

 

Buat kawan-kawan semua, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

 

Salam ceria dan kasih sayang 🙂

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.