Ada apa dengan ‘ 7 Perkara’

14 Ogos 2008 at 12:40 pm | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

Hari ni, saya akan menunaikan kewajipan saya menjawab TAG yang telah dihadiahkan oleh Cik t.a.t.a yang chomel dan Cik Ixora si rama-rama.

 

  • Kecik ke? à Saya kecik orangnya, tinggi cuma 4 kaki 10 inci dengan berat badan bawah 38 kg (teori Cik Buzzybug kata saya ni terlebih beri kasih sayang kat orang..whatever la! ehe🙂  ). Dengan kelebihan saya ini, bila saya mengaku umur saya 25 tahun, ramai gak yang tak percaya. Tapi, saya suka berterus terang tentang umur saya, ia membuatkan saya lebih berkeyakinan dan tanda bersyukur kerana saya dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. 
  • Peramah ke? à Dulu saya ni agak pendiam, tapi sejak menjebakkan diri dalam arena perniagaan..chewah!..saya kini agak peramah pula orangnya. Bukanlah maksud saya peramah tu banyak bercakap, tapi saya suka menjadi pemula perbualan dengan banyak bertanya. Saya suka sangat mendengar cerita lagi2 kalau orang yang cerita tu orang yang berumur dan banyak pengalaman pula. Sebab saya rasa macam dapat ilmu free je. Yang penting cerita tu berguna dan ada manfaatnya dan bukan mengumpat atau mengaibkan orang lain ye…:) 
  • Ulat ke? à Jika orang lain, masuk shopping complex untuk bershopping atau berdating, saya pulak suka bertapa kat kedai buku. Saya sangat sukakan kedai buku, tenang berada di dalamnya, damai dengan menghirup aroma buku di sekelilingnya…dan yang paling best sebenarnya membaca buku FREE di dalamnya..ahaa..kedai buku favourite saya ialah kedai buku MPH Midvalley dan juga MPH Alamanda, Putrajaya.  
  • Tak pernah tengok wayang à Sehingga hari ini, saya tak pernah sekali pun jejakkan kaki kat panggung wayang. Saya lebih suka beli CD atau tunggu je cerita tu masuk kat TV, takpun tengok free kat youtube. Nak kata saya tak suka wayang, tak jugak. Pernah sekali kawan saya nak belanja tengok wayang dan saya dah setuju. Tetiba, bila masa nak pergi je, ada hal lain yang lebih penting dan terpaksa dibatalkan. Mungkin saya dah ditakdirkan tak boleh  masuk wayang kot. 
  • Fobia dengan lipan à Saya sangat takutkan lipan. Kisahnya bermula sewaktu saya belajar di KUSTEM yang glamour ngan nama UMT sekarang. Waktu tu saya menyewa rumah di luar kolej. Rumah sewa saya adalah rumah kayu yang terletak berhampiran ngan pantai. Maklumlah, student yang jauh dari keluarga dan tak berduit pula, tak mampu nak beli katil atau tilam, tidur atas toto je (cuma takla sampai tahap letak no akaun dalam blog cam En Mahsyar ye 😆 ). Satu malam, saya digigit lipan bara yang besar berwarna merah di kepala sehingga saya pengsan. Malam tu saya dimasukkan ke hospital selama 2 hari. Sampai sekarang, memang saya takut bila nampak lipan. Mungkin lepas ni, saya fobia ngan tenggiling jugak..rujuk entri sebelum ni. 
  • Shopping? Oh NO! à Mesti tak caya kan? Tapi itulah saya. Shopping akan membuatkan saya pening kepala dan rasa nak muntah. Saya akan bosan dan mengantuk sangat bila bershopping. Tak kira la shopping betul ke, window shopping ke, shopping kat pasar malam ke, semuanya pun saya tak suka. Biasanya untuk diri sendiri, saya akan shopping bila terpaksa sebab dah tak ada barang yang saya perlu tu. So, buat kawan2 yang suka shopping, mengajak saya menemankan anda bukanlah idea yang bagus. Saya juga berharap suatu hari nanti, saya tak dapat mak mertua yang kaki shopping, kalau tak susahla saya nak ambil hatinya…ehee..boleh ke kalau gitu?  
  • Layak ke? à Saya mudah jatuh hati tersuka dengan lelaki yang agak  kurus, bercermin mata dan mudah berterus terang dalam setiap perkara…emmm…yang ni berangan je ye, layak ke saya?😉 hakikatnya, saya cuma berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima saya seadanya, dan sudi membimbing serta menyayangi saya kerana ALLAH, itu je. Eh, kenapa terbagitau semua ni!!…ahaa..kerana saya masih single lagi orangnya ye…yeehaaa..:roll:

 

note : Buat masa ni, saya BELUM nak TAG sesape lagi, jangan marah ye..:)

 

 

 

 

 

 

 

 

17 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. hahahhaa… teori saya applicable utk saya je kot.😛

    oh my~ kedai buku memang best. dan suma kedai2 lain pun best sebab saya suka shopping. haha.

    giler lah… awak x suka shopping ye… untung husband awak nanti. hahaha…

  2. Terima kasih daun keladi sbb sudi jawab tag ni. Erm,kena gigit lipan kat kepala? aduh,tak boleh nak bayangkan.. saya kalau nampak lipan kat dlm rumah pn dah kecoh.. apatah lg kalau kena gigit. huii,mintak simpang!

    Ni first time dengar ada orang tak suka shopping. hehe. Bertuah sungguh la.. duit pn tak abis,kan?🙂

    Part yg last tu, no comment la. Tapi saya rasa layak je kot kita nak suka kat sesiapa pn. Semua org ada impian masing2. Btw, I’m single too!😉

  3. saye suke shopping..hahaha..
    tp sy x suke window shopping..hehe

  4. ~~ ye julie…sy masih ingt lagik ketika kamu digigit lipan itu..aishhh…..

  5. setiap insan ada keistimewaan tersendiri.

    sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita ada kerana sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dari-Nya.

    p/s : kene gigit lipan pun ada hikmahnya juga.

    have a nice day!😉

  6. bukan kecik, cuma kurang tinggi. hahaha

  7. buzzybug —> emm..untung ke? Sebenarnya teori tu cam terkene kat saya jugak, sebab tu highlight kat entry ni..uhaaaa..😥

    ixora —> duit tak habis?? ehe..tak jugak, skrg saya banyak kene travel, duit banyak habis kat minyak ngan tol..nasib jugak tak suka shopping, kalau tak setiap tempat saya pegi, mesti kene shopping kan?? tak ke haru tu??

    yuppp…tapi impian kene realistik la kan..ehee..yeehaaa..kite berada di kelab yang sama..😀

  8. cikf=) —> window shopping lagi penat daripada shopping..pusing2 tapi tak dapat barang..ushhhh

    zenR —> yela zen..kalau nampak lipan sekarang, terasa lagi sakitnya kat kepala ni…ahaa:)

    alone —> InsyaALLAH, kita kene jugak berdampingan dengan orang yang lebih susah daripada kita, kat situ baru kita tahu betapa bersyukurnya hidup kita yang jauh lebih baik daripada mereka.

    Hikmah digigit lipan??? emm..mngkin baru saya tahu masa tu ramai jugak yang sayangkan saya, masa kat hospital semua kawan satu kos datang melawat, dah tu bawak mcm2 macamlah saya kene duk setahun kat wad..padahal, takde pape sgt pun..ehe🙂

    Q —> alerrrrrr…..kurang tinggi panjang sangat perkataan tu dik..gune je yang lebih ringkas iaitu ‘cute’..ahaa😀

  9. erm… bila baca terasa mcm erm… part yg keciknya awak tu… besarnya saya. huhuhuh… nak lagu tu bley “suara kekasaih” yang terbaru cm kt youtube tu… mp3 pon xpe, mel kt awatif5053@gmail.com

  10. tpkan…kalau nk adiahkan cd pon ape salahnya…hehehe

  11. Kecik ke?
    ~mmg pun. Tu yg aku pelik cammana ko bwk kete tu.

    Peramah ke?
    ~Ye lah tu.

    Ulat ke?
    ~baca tp tak bayo tu bukan nye sama cam mencuri ke?

    Tak pernah tengok wayang
    ~kedekut betul pakwe ko dulu tu.

    Fobia dengan lipan
    ~biasa lah tu. Tak pe bunuh lipan tu sunat.

    Shopping? Oh NO!
    ~sama lah kite.

    Layak ke?
    ~ape salah nye. But try to not sound so desperate.

  12. fiza —> InsyaALLAH, saya akan emailkan.

    ayul —> yeahh!!!akhirnya insan yang ku nanti2 untuk memberi komen dah muncul!! welcome ayul!!aku tau kau lah insan paling telus dan jujur dalam memberi komen..pasni jangan lupa terus memberi komen ye..aku hargainya!!:)

    sound so desperate ke? well2, takla sampai camtu sekali, don worry ya..🙂 cuma tak salah rasanya kalau kita perincikan apa yang kita inginkan dalam hidup kan?? Kita yang tentukan masa depan kita, kita yang perlu berusaha..dicampur doa dan dan serahkan pada ALLAH untuk izinkan atau tidak.

    Apapun yang berlaku lepas ni, tak siapa yang tahukan?

    Nwey, thanks ingatkan aku..🙂

  13. saye 4 kaki 11 inci😀

    JuliaNa —> laa..lebih kurang la tinggi kite..:)

  14. amboi2.. terlalu berterus terang juga kamu di sini..

    utk pengetahuan kamu..
    sy kurus, pakai cermin mata dan berterus terang juga..
    hehe

    tapi syg sy xavailable pula..
    pasti ada calon yg sesuai utk kamu di luar sana..

  15. to myadlan:

    yupp!! saya memang berterus terang orangnya🙂, tak suka simpan2 dalam hati, nanti jadi darah dan daging, merana diri..ehee

    ewww..jangan la salah faham, saya takkan mengexploitasi blog saya ni sebagai platform untuk mencari jodoh pula ye..😀

    kurus dan bercermin mata tu, sekadar angan2 saje, bukannya priority pun..tapi saya cuma kesal dengan sesetengah orang yang terlalu sukar nak berterus-terang dan kesannya menyusahkan orang lain.

    Apapun, thanks…yupp..dunia masih terlalu luas untk diteroka..🙂

  16. keciknya awak, saiz mcm adik saya yang umur 20 tahun tu…=)

    tak suka shopping? saya mmg tak suka sgt shopping secara betul…eh apekah.??maksudnya jejalan masuk kuar kedai tu, mmg letih, mengantuk dan penat…

    tapi saya sgt suka shopping online..wuwuwu..

  17. zahidah —> shopping online?? walaupun tak suka shopping, saya pulak prefer jumpa orang betul..tapi, camne kalau beli kain untuk baju thru online? takleh nak rasa2 kainnye lembut ke kasar?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: