Ada apa dengan ‘ 7 Perkara’

14 Ogos 2008 at 12:40 pm | Dikirim dalam Tagged | 17 Komen

Hari ni, saya akan menunaikan kewajipan saya menjawab TAG yang telah dihadiahkan oleh Cik t.a.t.a yang chomel dan Cik Ixora si rama-rama.

 

  • Kecik ke? à Saya kecik orangnya, tinggi cuma 4 kaki 10 inci dengan berat badan bawah 38 kg (teori Cik Buzzybug kata saya ni terlebih beri kasih sayang kat orang..whatever la! ehe 🙂  ). Dengan kelebihan saya ini, bila saya mengaku umur saya 25 tahun, ramai gak yang tak percaya. Tapi, saya suka berterus terang tentang umur saya, ia membuatkan saya lebih berkeyakinan dan tanda bersyukur kerana saya dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. 
  • Peramah ke? à Dulu saya ni agak pendiam, tapi sejak menjebakkan diri dalam arena perniagaan..chewah!..saya kini agak peramah pula orangnya. Bukanlah maksud saya peramah tu banyak bercakap, tapi saya suka menjadi pemula perbualan dengan banyak bertanya. Saya suka sangat mendengar cerita lagi2 kalau orang yang cerita tu orang yang berumur dan banyak pengalaman pula. Sebab saya rasa macam dapat ilmu free je. Yang penting cerita tu berguna dan ada manfaatnya dan bukan mengumpat atau mengaibkan orang lain ye…:) 
  • Ulat ke? à Jika orang lain, masuk shopping complex untuk bershopping atau berdating, saya pulak suka bertapa kat kedai buku. Saya sangat sukakan kedai buku, tenang berada di dalamnya, damai dengan menghirup aroma buku di sekelilingnya…dan yang paling best sebenarnya membaca buku FREE di dalamnya..ahaa..kedai buku favourite saya ialah kedai buku MPH Midvalley dan juga MPH Alamanda, Putrajaya.  
  • Tak pernah tengok wayang à Sehingga hari ini, saya tak pernah sekali pun jejakkan kaki kat panggung wayang. Saya lebih suka beli CD atau tunggu je cerita tu masuk kat TV, takpun tengok free kat youtube. Nak kata saya tak suka wayang, tak jugak. Pernah sekali kawan saya nak belanja tengok wayang dan saya dah setuju. Tetiba, bila masa nak pergi je, ada hal lain yang lebih penting dan terpaksa dibatalkan. Mungkin saya dah ditakdirkan tak boleh  masuk wayang kot. 
  • Fobia dengan lipan à Saya sangat takutkan lipan. Kisahnya bermula sewaktu saya belajar di KUSTEM yang glamour ngan nama UMT sekarang. Waktu tu saya menyewa rumah di luar kolej. Rumah sewa saya adalah rumah kayu yang terletak berhampiran ngan pantai. Maklumlah, student yang jauh dari keluarga dan tak berduit pula, tak mampu nak beli katil atau tilam, tidur atas toto je (cuma takla sampai tahap letak no akaun dalam blog cam En Mahsyar ye 😆 ). Satu malam, saya digigit lipan bara yang besar berwarna merah di kepala sehingga saya pengsan. Malam tu saya dimasukkan ke hospital selama 2 hari. Sampai sekarang, memang saya takut bila nampak lipan. Mungkin lepas ni, saya fobia ngan tenggiling jugak..rujuk entri sebelum ni. 
  • Shopping? Oh NO! à Mesti tak caya kan? Tapi itulah saya. Shopping akan membuatkan saya pening kepala dan rasa nak muntah. Saya akan bosan dan mengantuk sangat bila bershopping. Tak kira la shopping betul ke, window shopping ke, shopping kat pasar malam ke, semuanya pun saya tak suka. Biasanya untuk diri sendiri, saya akan shopping bila terpaksa sebab dah tak ada barang yang saya perlu tu. So, buat kawan2 yang suka shopping, mengajak saya menemankan anda bukanlah idea yang bagus. Saya juga berharap suatu hari nanti, saya tak dapat mak mertua yang kaki shopping, kalau tak susahla saya nak ambil hatinya…ehee..boleh ke kalau gitu?  
  • Layak ke? à Saya mudah jatuh hati tersuka dengan lelaki yang agak  kurus, bercermin mata dan mudah berterus terang dalam setiap perkara…emmm…yang ni berangan je ye, layak ke saya? 😉 hakikatnya, saya cuma berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima saya seadanya, dan sudi membimbing serta menyayangi saya kerana ALLAH, itu je. Eh, kenapa terbagitau semua ni!!…ahaa..kerana saya masih single lagi orangnya ye…yeehaaa..:roll:

 

note : Buat masa ni, saya BELUM nak TAG sesape lagi, jangan marah ye..:)

 

 

 

 

 

 

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.