~ SERAM ~

12 Ogos 2008 at 2:13 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 20 Komen

 

Biasanya bila pulang ke kampung sendirian, saya jarang sampai ke rumah waktu malam. Ini kerana jalan masuk ke kampung saya agak sunyi bila malam dan tak banyak kenderaan yang keluar dan masuk waktu tu. Penduduk kampung saya perlu menempuh kawasan ladang kelapa sawit sejauh 11 km yang gelap gelita tanpa seketul lampu jalan pun. Ini ditambah dengan kabus yang akan menyelimuti keadaan sekeliling kerana ada air terjun di kawasan kampung saya. Bagi yang penakut macam saya ni, kalau sengsorang memandu memang menyeramkan.

 

Sabtu lepas, antara nak ngan tak nak, saya tiada pilihan, terpaksa juga saya balik ke kampung sendirian. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10.20 pm. Saya tak sangka urusan saya di JB haritu lambat plak settlenya. Maka, terpaksalah saya beranikan diri malam tu.

 

Masuk je simpang ke kampung saya dari jalan besar Kluang – Mersing, hanya kereta saya seketul je ada waktu tu. Debaran di dada jangan cakap la, dupdapdupdap……tak lama kemudian, saya sampai di kawasan gaung di kiri dan kanan jalan. Dari jauh, saya nampak lampu kereta dari arah bertentangan. Waktu tu memang lega rasanya, sekurang2 nya ada gak member kat jalan ni..pathetic je kan. Apabila kereta tu semakin hampir dengan saya, pandangan saya menjadi silau yang teramat sangat, sebabnya pemandu itu tidak menjatuhkan lampu besarnya bila bertembung. Rasa lega mula2 tadi bertukar menjadi geram pula.

 

Tapi, lepas je kereta tu melintasi saya, saya sangat terkejut kerana di hadapan saya ada satu objek yang sedang terkial2 cuba melintas jalan…dan saya memang tak sempat nak menekan brek, apatah lagi membelok ke kiri dan ke kanan. Belok ke kiri maksudnya saya masuk gaung pulak. Saya dengan kejamnya telah melanggar objek itu, saya dapat rasakan kekasaran tubuhnya bila tayar kereta saya melanggarnye. Saya tergamam sekejap. Apakah objek itu?

 

Rasa ingin tahu membuatkan saya berhenti sekejap. Saya menoleh ke belakang.. Kemudian teringat pula babak dalam cerita Kekasihku Seru. Bulu roma dah meremang. Tekak rasa kering. Pastu memang saya terus pecut balik ke rumah walaupun dalam hati tertanya-tanya apakah yang saya dah langgar tadi.

 

Sampai je rumah, mak saya dah setia menanti. Saya cuba se ‘cool’ yang mungkin supaya mak tak mengesyaki apa-apa. Saya rasa jiwa saya betul2 kacau waktu tu. Sampaikan saya terlupa yang saya minta mak saya buatkan jemput-jemput ikan bilis favourite saya malam tu. Saya rasa tak selera nak makan, lepas mandi saya terus tidur. Bila mak tanya, alasan saya, saya sangat penat.

 

Lepas je subuh keesokan harinya, saya bercadang nak tengok apakah objek yang telah saya langgar malam tu. Namun, yang memeranjatkan kedua-dua tayar hadapan kereta saya pancit. Lagilah kuat rasa ingin tahu saya waktu tu, mujur juga ada motor kat rumah saya. Bila sampai di tempat kejadian, saya mula mencari. Dan saya terjumpa seekor tenggiling yang agak besar terdampar di tepi jalan. Ohh..jadi tenggiling ni yang saya dah langgar malam tadi. Tak dapat la pula dipastikan sama ada ia masih hidup atau dah mati waktu tu. Maafkan saya wahai tenggiling..uhuuu..

 

Pasal kereta saya, kedua-dua tayar pancit kerana ada paku. Emmm..ntah kat mana pulak tayar saya tu tercucuk paku..dua-dua pulak tu. Mujur jugak jiran saya ada bengkel baiki kereta. Kalau tidak, jenuh jugak nak mencari bengkel yang bukak di hari ahad memandangkan saya perlu balik ke bangi hari tu.

 

Pengajaran untuk saya, pasni takkan balik kampung waktu malam kalau sengsorang biarpun terpaksa atau dipaksa.

 

 

20 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. seramnya…hehehe… dah ajal tenggiling dihujung tayar jue…

  2. Sure ke tenggiling?
    Mana la tau bende tu nenek lampir yg menyamor jd tenggiling ke.

    Haih~
    eh, sape budak pompuan muke pucat seblah ko tu?

  3. sian tenggiling tu…
    mesti kelaurga² tenggiling tu sedang
    berduka cita..atas kehilangan tersebut…

    heheehe…

  4. ye ke tenggiling?? anda pasti?? hehehe…

  5. kalau kedua-dua tayar bocor nak kene tengok jugak tu. dulu Q pernah terlanggar ular naik motor, dalam 30 minit macam tu dua-dua tayar meletup. hairan-hairan…

  6. woaahh,saya yg baca ni pn tumpang seram la. huhuhu. nasib baik tenggiling.. kalau benda lain? ehhe..😆

  7. haah tu.. betul ke tenggiling tu? dan tu apsal paku pulak yg bocorkan tayar keta tu.. macam tak kena je kan? hmmm.. apa ye benda tu…

  8. Fiza —> saya harap saya dimaafkan oleh tenggilig tu..uhuu

    Suparjo, buzzybug & ixora —> mintak2 tenggiling tu la, lagipun beberapa detik sblm pelanggaran,saya perasan gak objek tu besar, rendah dan merangkak di jalan. Masa tayar saya gilis badannya, rasa kasar cam langgar batu kerikil. Cuma pagi tu, dah tak teringat nak bawak kamera sebab jiwa kacau nak tahu apa ang dilanggar malam harinya.

  9. kantoi —> mungkin juga kan…tragisnya!!

    Q & t.a.t.a —> Q langgar ular, pastu tayar meletup? lagi seram tu..ehee:) Itulah, sebenarnya musykil nape dua2 tayar yang pancit, ada cerita kat jiran yang betulkan tayar pagi tu, tak tau la kalau dia nak sedapkan hati je, dia kata tercucuk paku. Actually, masa dia betulkan tu pun, tak la tengok, hantar je, dah ok amek.

    abes tu kene tengok ape Q?

  10. tengok ape lagi, tengok-tengok la kiri kanan. hahaha…

  11. kulit tenggiling keras dan kalu ada org lalu lalang dia matikan diri dia…. tapi kulit dia memang keras ..

  12. aku rasa bukan tenggiling ni..
    haha!! xpe la yang penting selamat.. isk2..

  13. cicak —> dia akan matikan diri?? emmm..ntah2..errr..taknak cakap la.

    mahsyar —> Alhamdulillah selamat, tapi 2 hari gak demam..demam terperanjat!!

  14. ~~ e julie..ahak menyeramkan citer kamu nie..eh after dis jgn drive sesorng lagik tau..aishhhh sgt bahaye okeh!! love u..ehek

  15. zenR —> drive sesorg??? sape la pulak nak temankan aku ni zen…xpe, pas ni tak balik kampung malam2 sengsorang lagi dah..tobat!!

    love u too my dear!!:)

  16. salam…
    haa… bawak laju ehh…. :p
    jangan sampai fobia balik malam lepas nih.

  17. salam ajis..

    emmm..a’ah..cam biasa la..130 semestinya..errr..takla..kan malam tu, kabus pun tebal.

    Kalau ajis ada, tak la fobia..eheee.. emmm tak lama lagi ajis nak kawen la😉

  18. tu lah lain kali jgn lupe baca doa naik kete kuda.

  19. emmm…aku bawak keta kancil..😉

  20. malang sekali nasib si tenggiling itu..
    tenggiling bertemu kancil.. patutnye sape yg tewas eh?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: