~ SERAM ~

12 Ogos 2008 at 2:13 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 20 Komen

 

Biasanya bila pulang ke kampung sendirian, saya jarang sampai ke rumah waktu malam. Ini kerana jalan masuk ke kampung saya agak sunyi bila malam dan tak banyak kenderaan yang keluar dan masuk waktu tu. Penduduk kampung saya perlu menempuh kawasan ladang kelapa sawit sejauh 11 km yang gelap gelita tanpa seketul lampu jalan pun. Ini ditambah dengan kabus yang akan menyelimuti keadaan sekeliling kerana ada air terjun di kawasan kampung saya. Bagi yang penakut macam saya ni, kalau sengsorang memandu memang menyeramkan.

 

Sabtu lepas, antara nak ngan tak nak, saya tiada pilihan, terpaksa juga saya balik ke kampung sendirian. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10.20 pm. Saya tak sangka urusan saya di JB haritu lambat plak settlenya. Maka, terpaksalah saya beranikan diri malam tu.

 

Masuk je simpang ke kampung saya dari jalan besar Kluang – Mersing, hanya kereta saya seketul je ada waktu tu. Debaran di dada jangan cakap la, dupdapdupdap……tak lama kemudian, saya sampai di kawasan gaung di kiri dan kanan jalan. Dari jauh, saya nampak lampu kereta dari arah bertentangan. Waktu tu memang lega rasanya, sekurang2 nya ada gak member kat jalan ni..pathetic je kan. Apabila kereta tu semakin hampir dengan saya, pandangan saya menjadi silau yang teramat sangat, sebabnya pemandu itu tidak menjatuhkan lampu besarnya bila bertembung. Rasa lega mula2 tadi bertukar menjadi geram pula.

 

Tapi, lepas je kereta tu melintasi saya, saya sangat terkejut kerana di hadapan saya ada satu objek yang sedang terkial2 cuba melintas jalan…dan saya memang tak sempat nak menekan brek, apatah lagi membelok ke kiri dan ke kanan. Belok ke kiri maksudnya saya masuk gaung pulak. Saya dengan kejamnya telah melanggar objek itu, saya dapat rasakan kekasaran tubuhnya bila tayar kereta saya melanggarnye. Saya tergamam sekejap. Apakah objek itu?

 

Rasa ingin tahu membuatkan saya berhenti sekejap. Saya menoleh ke belakang.. Kemudian teringat pula babak dalam cerita Kekasihku Seru. Bulu roma dah meremang. Tekak rasa kering. Pastu memang saya terus pecut balik ke rumah walaupun dalam hati tertanya-tanya apakah yang saya dah langgar tadi.

 

Sampai je rumah, mak saya dah setia menanti. Saya cuba se ‘cool’ yang mungkin supaya mak tak mengesyaki apa-apa. Saya rasa jiwa saya betul2 kacau waktu tu. Sampaikan saya terlupa yang saya minta mak saya buatkan jemput-jemput ikan bilis favourite saya malam tu. Saya rasa tak selera nak makan, lepas mandi saya terus tidur. Bila mak tanya, alasan saya, saya sangat penat.

 

Lepas je subuh keesokan harinya, saya bercadang nak tengok apakah objek yang telah saya langgar malam tu. Namun, yang memeranjatkan kedua-dua tayar hadapan kereta saya pancit. Lagilah kuat rasa ingin tahu saya waktu tu, mujur juga ada motor kat rumah saya. Bila sampai di tempat kejadian, saya mula mencari. Dan saya terjumpa seekor tenggiling yang agak besar terdampar di tepi jalan. Ohh..jadi tenggiling ni yang saya dah langgar malam tadi. Tak dapat la pula dipastikan sama ada ia masih hidup atau dah mati waktu tu. Maafkan saya wahai tenggiling..uhuuu..

 

Pasal kereta saya, kedua-dua tayar pancit kerana ada paku. Emmm..ntah kat mana pulak tayar saya tu tercucuk paku..dua-dua pulak tu. Mujur jugak jiran saya ada bengkel baiki kereta. Kalau tidak, jenuh jugak nak mencari bengkel yang bukak di hari ahad memandangkan saya perlu balik ke bangi hari tu.

 

Pengajaran untuk saya, pasni takkan balik kampung waktu malam kalau sengsorang biarpun terpaksa atau dipaksa.

 

 

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.