Steamboat dan Ragut

3 Ogos 2008 at 2:15 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 18 Komen

Jumaat malam sabtu yang lalu, abang long saya yang cool itu bermurah hati mengajak kami sekeluarga melayan steamboat. Restoren yang menjadi sasaran kami adalah sebuah restoren baru kat bandar baru bangi ni. Kat restoren ni, kita boleh pilih nak makan kat dalam restoren atau kat luar. Sampai sahaja di depan restoren, belum pun sempat keluar dari kereta, kami dikejutkan dengan kejadian ragut yang berlaku betul-betul depan mata kami. Seorang pemuda bertopi keledar tiba-tiba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang melayan steamboat bersama teman lelakinya. Menurut keterangan beberapa orang saksi yang ada waktu kejadian, beg tangan tersebut diletakkan di bawah kakinya waktu itu. Kemudian, si peragut lari sementara kawannya dah menunggu dengan motosikal tak jauh dari restoren itu. Berlaku la sesi kejar mengejar antara teman lelaki wanita yang malang itu dan si peragut. Namun, peragut itu berjaya menghilangkan diri kerana telah memecut motosikalnya dengan begitu pantas sekali.

 

Kesimpulannya, semoga kawan-kawan berhati-hati semasa makan di restoren terutamanya jika kita memilih untuk makan di tempat yang terbuka dan pastikan beg tangan sentiasa dipegang erat.

 

Apapun , lepas kejadian itu, kami sekeluarga tetap kembali kepada matlamat asal untuk menikmati steamboat yang best itu..:)

18 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. aduhai.. kesiannya..

    itula.. jenayah dah macam perkara biasa sekarang..

    kejam.. kejam..

    semoga peragut tu sedar atau ‘disedarkan’
    😦

  2. pernah gak tgk kejadian ragut camtu..kesian kat akak yang kena ragut, dia dah la atas motor..si peragut tu pulak pergi henjut rantai yang di pakai akak tu..nasib baik akak tu tak jatuh..tp xsempat kejar pasal dia bawak motor laju sangat..kite jln kaki je..

  3. sedihnye. tapi ape nak buat, steambot perlu diteruskan. hahaha….

  4. yeah…btul tu..kene hati2 walau di mana pun..
    xpun kene minum red bull macam dlm iklan tv tu..hehe

  5. apa nama restoran steamboat yang kat bangi tu? i was in bangi last weekend… hehe…

  6. owh saya hampir kena ragut, dan saya tau akan ke seriau an nya.

  7. Alone —> kadang2 bila dah terdesak orang sanggup buat apa saja kan, pernah sekali ada nmpk orang kene tangkap kat shopping complex sbb cuba nak mencuri susu bayi, sanggup pulak dia bagi anaknya makanan haram.

    Mohd Hafifi —> nak buat macam mana kan, lain la awak pelari pecut..ehee

    Q —> betul tu Q…naseb steamboat tu best!!:)

    cikf=)—> ahaaaa…kalau la boleh jadi cam perempuan dalam iklan tu..apapun, kite kene selalu berhati2 kan..:)

    buzzybug —> alamak, tak ingat la plak nama kedainye, kat sekyen 9.

    t.a.t.a —> ye ke cik tata..ntah macam mana la agaknya kalau saya kat tempat cik tata..jaga diri baik2 cik tata.

  8. Ragut?
    Steamboat?

    Ahhhh, layan cHreT lg best.

    ha ha.

  9. wah,letak bawah kaki pn dia berani ragut lg? mmg kurang asam punya peragut ni. saya pn mcm seriau nk letak henbeg time g mkn kt kedai mkn. selalu tu letak kat atas riba je.

  10. cet!tarak guna itu peragut..
    bikin susah manusia je..

  11. saya punya client lagi haru. iphone di telinga pun boleh diragut… mmg respek dgn kekeringan hati si peragut

  12. dalam beg letak bomb…grenade ke..agak2 kena ragut letupkan! kabooom!!!!

  13. kena hati-hati…

  14. erm.. nway, brhati2 jg.. n then, thanx 4 cmment kt blog sy… uhuks3..

  15. jgn la bawak hand beg…
    ikut la mcm lelaki…bawak duit je.
    semua nya dlm poket..heheheh..

  16. suparjo —> chret tu ape? masih lagi musykil.

    ixora —> tu la, peluk kuat2 handbag pasni.

    masyar —> ..lebih baik susah, daripada menyusahkan kan..

    syam —> emm…emm…kroniknye..camtu pun ada ye?

    lyd —> habis kalau meletup kat tangan sendiri, camne?

    fieza —> yupp..itulah peringatan yang selalu kita abaikan.

    SHEIKH —> you are most welcome..:)

    kantoi —> perempuan memang suka bawak handbag.

  17. Bagus btul lah sume org yg ade masa tu. Sume tolong tgk aje. Pastu buat tak tau. Dalam hati masing2 mesti berkata “nasib baik bukan aku”.

  18. Wonderful, what a blog it is! This weblog gives valuable
    information to us, keep it up.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: