Steamboat dan Ragut

3 Ogos 2008 at 2:15 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 18 Komen

Jumaat malam sabtu yang lalu, abang long saya yang cool itu bermurah hati mengajak kami sekeluarga melayan steamboat. Restoren yang menjadi sasaran kami adalah sebuah restoren baru kat bandar baru bangi ni. Kat restoren ni, kita boleh pilih nak makan kat dalam restoren atau kat luar. Sampai sahaja di depan restoren, belum pun sempat keluar dari kereta, kami dikejutkan dengan kejadian ragut yang berlaku betul-betul depan mata kami. Seorang pemuda bertopi keledar tiba-tiba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang melayan steamboat bersama teman lelakinya. Menurut keterangan beberapa orang saksi yang ada waktu kejadian, beg tangan tersebut diletakkan di bawah kakinya waktu itu. Kemudian, si peragut lari sementara kawannya dah menunggu dengan motosikal tak jauh dari restoren itu. Berlaku la sesi kejar mengejar antara teman lelaki wanita yang malang itu dan si peragut. Namun, peragut itu berjaya menghilangkan diri kerana telah memecut motosikalnya dengan begitu pantas sekali.

 

Kesimpulannya, semoga kawan-kawan berhati-hati semasa makan di restoren terutamanya jika kita memilih untuk makan di tempat yang terbuka dan pastikan beg tangan sentiasa dipegang erat.

 

Apapun , lepas kejadian itu, kami sekeluarga tetap kembali kepada matlamat asal untuk menikmati steamboat yang best itu..:)

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.