~ aku merinduimu ~

25 Ogos 2008 at 2:10 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 17 Komen

‘perjalananku merentasi hujan lebat..sekarang musim hujan kan..’

 

Salam kawan-kawan, semoga hari ini sentiasa membawa keceriaan dan kebahagian buat anda. 🙂

 

Sekadar entri pendek:-

 

  • Saya mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN KE-51 MALAYSIA dengan temanya pada tahun ini PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

 

  • Saya juga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429H. Jika ada salah dan silap saya, mohon dimaafkan. Semoga Ramadhan akan membawa keberkatan kepada anda semua. emm..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI juga (mungkin tak dapat nak ucapkannya nanti) 🙂

 

  • Teristimewa buat yang sudi menjawab game dalam entri ~ surprise!!~ di bawah,  HADIAH MISTERI akan dipos kepada anda, namun HARAP MAAF mungkin agak terlewat sedikit ketibaannya nye nanti.8)

 

  • Saya akan bercuti daripada mengupdate dan melawat blog kawan-kawan. Emm..sudah tentu saya akan MERINDUI kawan-kawan semua. Owh ye, saya telah DIPAKSA RELA BERJUANG 😦 untuk beberapa minggu dan mungkin juga beberapa bulan, jadi, doakan kejayaan dan keselamatan saya ye, Thanks..apapun semoga ikatan ukhuwah yang telah terjalin antara kita berkekalan hendaknya, InsyaALLAH. 

 

  • Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali, kenang daku dalam doa kalian..ahaa (yang ni agak poyo je bunyinye). :mrgreen:

 

Ok, salam ceria dan kasih sayang selalu 😉

~ Surprise!! ~

20 Ogos 2008 at 11:03 pm | Dikirim dalam Santai | 17 Komen

Salam kawan-kawan,

Hari ini saya ada satu permainan untuk kawan-kawan. Saya dapat permainan ni daripada blog sahabat saya Najib & Ain. Permainan ini menguji kemahiran berfikir anda dan bagaimana membuat keputusan.

 

 

Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba atau sudah lupa tentangnya, cubalah!

 

(Saya link kan ke blog Najib & Ain kerana saya tak dapat memasukkan file excel ke dalam wordpress ini, siapa tahu bagaimana caranya, sudilah beri tunjuk ajar ye.. 😉 )

 
Untuk pengetahuan semua, saya ada HADIAH MISTERI kepada 3 orang yang terawal menjawab permainan ini. Syarat-syaratnya: 

 

  1. Apabila anda sudah berjaya menjawab permainan ini, sila beri komen di ruangan komen yang menyatakan anda telah berjaya.
  2. Kemudian, segera emailkan pada saya setiap langkah yang anda gunakan untuk menyelesaikan permainan ini. Tujuannya, saya akan menguji langkah tersebut untuk membuktikan yang anda benar-benar berjaya membuatnya. Ini email saya julianakarso@gmail.com
  3. 3 komen dan email yang terawal saya akan pilih untuk memenangi HADIAH MISTERI daripada saya. Ini juga sebagai tanda terima kasih saya kepada kawan-kawan yang sudi melawat blog saya ini dan sentiasa memberi komen-komen untuk manfaat bersama. Saya sayangkan anda semua. 🙂
  4. Tiada tarikh tutup untuk permainan ini, siapa cepat dia dapat!

Ok, cepat-cepat la jawab permainan ini ye, Selamat memerah otak!;)

 

 

Kuasa Di Sebalik Sujud

19 Ogos 2008 at 5:53 pm | Dikirim dalam Kesihatan | 13 Komen

Tahukah kita terdapat pelbagai rahsia yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan? Dari segi psikologinya, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan ALLAH sekali gus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Antara hikmah sujud dari segi perubatan dan kesihatan:

  • Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  • Mengurangkan ketegangan pada paru-paru dan melegakan sistem pernafasan.
  • Melegakan sakit hernia (angin pasang) dan apendiks.
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Perbuatan hendak sujud dan bangun darinya akan merangsang pergerakan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan peredaran darah yang baik.
  • Mengurangkan kegemukan.

Hikmah sujud kepada wanita:

  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Gerakan otot ketika sujud menjadikan buah dada wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin serta memudahkan organ peranakan kembali ke tempat asalnya.

Melalui pembacaan saya ini juga, terdapat satu lagi kelebihan daripada sujud yang agak memusykilkan saya, iaitu sujud boleh memberi dorongan supaya mudah tidur. Yang biasa di dengar, sujud akan menyegarkan otak kerana waktu tu darah banyak yang mengalir ke otak. Jadi, jika kawan-kawan ada komen atau pandangan tentang ini, kongsilah bersama ye. 🙂

 

 Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah doa dalam sujud – Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

 

Cadangan bahan bacaan berkaitan:

  • Buku Kuasa Di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi’i terbitan Al-Hidayah Publication.

Perlu Ke Menangis?

17 Ogos 2008 at 2:21 pm | Dikirim dalam Kesihatan | 11 Komen

 Menangis adalah sebahagian proses semulajadi yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. Ada orang menangis kerana sedih, ada yang menangis kerana terlalu gembira, ada juga yang menangis kerana marah, malah tak pelik juga yang menangis ketika mengupas bawang merah. Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia dapat memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

 

Jenis air mata

 

Air mata basal –> untuk melembapkan mata.

 

Air mata refleks –> dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk. 

 

Air mata emosi–> dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi.

 

Air mata mencegah pencemaran

 

Air mata berfungsi mencegah kemasukan pelbagai bakteria atau virus yang terkandung di dalam bendasing atau kotoran ke dalam mata. Setiap hari, kita terdedah dengan pencemaran seperti asap dan habuk di sekeliling kita. Tanpa air mata, segala kotoran tersebut akan masuk terus ke dalam mata dan boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Ini kerana air mata mengandungi enzim penting yang dikenali sebagai lisozim, iaitu bahan kimia yang berfungsi merencat pertumbuhan bakteria pada permukaan mata.

 

Air mata mempunyai kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Secara normal air mata akan membasuh kornea dan melindungi mata kita daripada rosak.

 

Menangis mengatasi stress

 

Kita biasa mendengar orang yang akan merasa tenang selepas menangis. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin yang tinggi yang terhasil ketika kita mengalami stress. Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

 

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

 

Kesimpulannya, jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

 

a good cry will help you feel better – Dr Kevin Keough

 

Rujukan:

http://www.ipislam.edu.my

http://www.helium.com/

http://kidshealth.org/

http://kajianmuslimah.wordpress.com/


 

 

Mendoakan Orang Lain

15 Ogos 2008 at 10:45 pm | Dikirim dalam Motivasi | 11 Komen

 

 

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa?  Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?

 

Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.

 

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

 

Buat kawan-kawan semua, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

 

Salam ceria dan kasih sayang 🙂

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.