Jemputan kahwin dan kedurianan

29 Julai 2008 at 1:59 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 10 Komen

Kebelakangan ni, ramai betul kawan-kawan sebaya yang dah mula mendirikan rumah tangga. Sabtu lepas, giliran kawan sekampung saya, si Hazami dengan Farah. Mulanya, saya dan rakan-rakan sekampung yang lain dah plan nak berkumpul sambil meriuhkan suasana majlis perkahwinan tersebut. Tapi, last2 minute, ramai yang tak dapat hadir pada sabtu tu termasuk saya sendiri. So, untuk tidak mengecewakan si pengantin baru, kiteorang beramai2 datang pada esoknya. Waktu sampai tu,  Hazami si pengantin baru tengah sibuk membasuh periuk..ahaa..:D

 

 

 

this friendship is wonderful!!

 

Kebetulan, sekarang ni musim durian di kampung. Rumah saya cuma  ada dua batang pokok durian je, tapi buahnya memang banyak. Memandangkan adik-beradik yang lain semua kat KL ni dan diaorang tak berkesempatan nak balik, so terpaksalah saya mengangkut semua durian kat kampung tu ke KL dengan kancil saya yang cute itu. Mak pulak memang tak makan durian sangat. Perjalanan dari Kluang ke Bangi mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. So, terpaksalah menahan bau durian sepanjang perjalanan tu. Mujur jugak member mengesyorkan menepek roti kosong kat durian tu untuk mengurangkan baunya. Sebelum ni guna serai ngan daun pandan, memang tak berkesan. Nampaknya formula member saya tu berkesan jugak.

 

Kawan- kawan camne? Ada ke formula untuk mengurangkan bau durian dalam kereta? Kongsilah dengan saya..:)

 

 

 

 

10 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. kete fiza pon berbau durian…retu ada client tumpang bwk buah durian yg byk dr penang ke kl…adehh… xtau nk buat apa dh… nk buat cmana kan…blk kg nk cari solusi utk hilangkan bau itu…fening kalau bau hari2

  2. owh…sy jeles je ngan kengkawan sy yg dh kahwen dlu..hahaha

  3. kurusnye tina ek..

  4. hahahahha
    apa kata kau bawak 3 bijik je ke kl…balut ngan suratkhabar bebanyak, pastu sembut ngan minyak wangi clinique happy…

    Durian yang lain-lain ko makan siap-siap kat kampung.

    Bernas tak…hahahahha

  5. salam……
    nak doyan..2 biji bleh..!!

  6. fiza –> senasib la kita..

    cikf=) –> akan tiba masanya untuk kita pula yang kahwin..uhuu

    ieja –> yuppp..tina nmpk kurus sekarang..tina = doktor yang cun dan kelakar..ahaaa.:)

    Bayan —> masalahnya mak suruh bawak durian tu untuk abg, akak dan adik2 kat sini..uhuu

    kantoi –> salam, nak ke? boleh2, masih banyak lagi ni, haritu ada la dalam 30 biji bawak dari kampung tu..ehe..:D

  7. nak hilang kan bau? cuba letak bongkah arang.

  8. Wo! Mcm rugi je pki roti.
    Kan lg best klu roti tu dimakan berjemaah.

    Mau tau rahsia kurangkan bau durian?

    cHreT la secara jemaah, nescaya bau durian akan hilang.

  9. Jap, apasal aku cam kenal aje minah 2 ekor kat belakang tu. Ni member2 ko yg mana ni?

  10. Ni semua kawan2 satu kampung aku ayul..kiteorang berkawan sejak tadika sampai sekarang.Alhamdulillah🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: