Jemputan kahwin dan kedurianan

29 Julai 2008 at 1:59 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 10 Komen

Kebelakangan ni, ramai betul kawan-kawan sebaya yang dah mula mendirikan rumah tangga. Sabtu lepas, giliran kawan sekampung saya, si Hazami dengan Farah. Mulanya, saya dan rakan-rakan sekampung yang lain dah plan nak berkumpul sambil meriuhkan suasana majlis perkahwinan tersebut. Tapi, last2 minute, ramai yang tak dapat hadir pada sabtu tu termasuk saya sendiri. So, untuk tidak mengecewakan si pengantin baru, kiteorang beramai2 datang pada esoknya. Waktu sampai tu,  Hazami si pengantin baru tengah sibuk membasuh periuk..ahaa..:D

 

 

 

this friendship is wonderful!!

 

Kebetulan, sekarang ni musim durian di kampung. Rumah saya cuma  ada dua batang pokok durian je, tapi buahnya memang banyak. Memandangkan adik-beradik yang lain semua kat KL ni dan diaorang tak berkesempatan nak balik, so terpaksalah saya mengangkut semua durian kat kampung tu ke KL dengan kancil saya yang cute itu. Mak pulak memang tak makan durian sangat. Perjalanan dari Kluang ke Bangi mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. So, terpaksalah menahan bau durian sepanjang perjalanan tu. Mujur jugak member mengesyorkan menepek roti kosong kat durian tu untuk mengurangkan baunya. Sebelum ni guna serai ngan daun pandan, memang tak berkesan. Nampaknya formula member saya tu berkesan jugak.

 

Kawan- kawan camne? Ada ke formula untuk mengurangkan bau durian dalam kereta? Kongsilah dengan saya..:)

 

 

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.