Nilai Mendengar

17 Julai 2008 at 12:54 am | Dikirim dalam Motivasi | 13 Komen

listening skills argue

 

Komunikasi berkesan bermula dengan mendengar dengan baik. Siapa sahaja tentu suka apabila apa yang dicakapkannya diberi perhatian sepenuhnya oleh orang lain. Seorang anak akan rasa disayangi apabila ibu bapanya yang baru pulang kerja mendengar apa sahaja cerita yang berlaku di sekolahnya sepanjang hari. Seorang ibu yang kesepian di kampung tentu berasa seronok apabila anaknya pulang dan meluangkan masa mendengar segala celotehnya. Seorang pekerja dihargai apabila majikannya mendengar segala masalah yang berlaku di tempat kerjanya. Seorang kekasih juga merasai dicintai pasangannya apabila setiap luahan perasaannya didengari.

 

Terdapat dua kepentingan menjadi pendengar. Pertama,mendengar adalah cara terbaik untuk kita belajar. Tiada siapa pun yang tahu semua perkara di dunia ini. Jadi, dengan menjadi pendengar, kita dapat berkongsi idea dengan orang lain. Ramai beranggapan menjadi pendengar adalah pasif tetapi bercakap menunjukkan kita aktif dalam komunikasi. Namun, pendengar akan dikatakan aktif apabila dapat memberi perhatian sepenuhnya melalui cara pandangan mata, anggukan, gerak tubuh dan senyuman. Kadangkala perkataan seperti “ye ke” dan “oh gitu” juga menunjukkan kita mendengar dengan baik.

 

Kepentingan kedua ialah orang yang bercakap selalunya akan memberi respon kepada sesiapa yang beminat untuk mendengar. Secara tidak langsung, dengan mendengar kita menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain. Kesannya kita akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Pendengar yang baik tidak semestinya menyediakan jawapan yang bernas apabila orang lain bercerita. Namun, kita boleh menunjukkan minat dengan mendengar sahaja dulu, dan apabila orang yang bercerita itu berhenti seketika, kita boleh mencelah dengan bertanya soalan yang berkaitan dengan ceritanya tadi. Ini akan membuatkan orang yang bercakap itu dihargai dan secara tidak langsung akan menggembirakannya kerana minat yang ditunjukkan kita.

 

Kesimpulannya, jadilah pendengar yang sabar dengan hati yang terbuka. Lakukannya dengan penuh keikhlasan. Biarkan orang lain meluahkan segala idea, perasaan, cerita mereka terlebih dahulu. Setelah itu, berilah respon dengan sewajarnya. Best sebenarnya jadi pendengar..:)

 

“Nobody is more persuasive than a good listener…Dale Carnegie

 

 

 

13 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. yeah…be a gud listener~

  2. setuju!! dalam perhubungan 80% bergantung kpd listening.

  3. Saya kurang suka dgn jawapan “ye ke” dan “oh gitu”. bagi saya jawapan tu mcm dia dengar tak dengar je apa yg kita cakap, dan paling teruk hanya sbg buat syarat yg dia bagi feedback.

    saya lebih suka bagi feedback dlm bentuk soalan. itu menunjukkan yg kita ni ambil berat dan faham apa yg diperkatakan dan kita berminat dgn sesuatu perbincangan itu. apa pun itu bergantung pada keadaan memasing kan?🙂

  4. betul jugak kata cik t.a.t.a tu, bila tanya soalan akan membuatkan orang yang bercerita akan excited nak bercerita terus kan.

  5. Hehe.. Susah Tu Nak Jadi Pendengar.. Jadi Penyampuk Senang La..

  6. arggghh……suwwwittt……
    suwiit gambar tu seyh….

  7. saya cuba jadi pendengar yang baik. apa yang saya pelajari selama ini, mendengar mendengar dan mendengar adalah cara terbaik untuk memikat wanita…😀

  8. ada mulut tengok..
    ada tinger cakap..
    ada mata dengar..
    ada tangan cuit..
    ada kaki lariiiiii……..

  9. be a good listener… insyaAllah… psgn anda akan syg anda… tak kira kawan, keluarga atau kekasih…🙂

  10. susah sebenarnya nak jadi pendengar yg baik ni. pendengar yg baik ialah pendengar yg selalu beri perhatian sepenuhnya terhadap apa yg kita cakapkan.

    saya pn selalu gagal jadi pendengar yg baik. haha. kadang orang tu bercerita salah timing.. saya tgh ngantuk ke.. tgh penat ke.. sah2 saya angguk2 geleng2 je. but mostly i try my best to be a good listener to them🙂

  11. Qaiyum –> penyampuk atau kene sampuk?ahaa

    lyd –> sweet kan..kan..kan..

    syam –> mesti en syam telah berjaya memikat ramai gadis-gadis..ehe..tapi betul tu, kalau saya pun cepat senang dengan lelaki yang boleh jadi pendengar yang baik..:)

    cicak –> ada getah, kite jentik cicak itu..ahaa..:D

    cikf=), qarya & fieza –> itulah yang sebaiknya kan..:)

    ixora –> ye la..kadang2 kite ni tak sampai hati, apapun, kalau rasa2 perlukan orang mendengar luahan perasaan kita ni, pilihlah masa yang sesuai kan. InsyaALLAH, masa yang tepat menjanjikan komunikasi yang berkesan.

  12. Tgk org lah. Not everybody is a listener.And not everybody is a talker. Kalau dua2 ekor yg bebual tu listener tak guna jugak.

  13. a’kum,,,
    bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik???????
    bagaimana pula jika sudah mendengar tapi susah untuk menjadi seorang respon yang terbaik????????

    sekian,,,,,,,,,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: