Calm seas never make skillful sailors

8 Julai 2008 at 6:34 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 12 Komen

Entri kali ni mungkin agak emosional. Namun, bukanlah niat saya untuk berkongsi kisah peribadi saya di blog ni. Tapi, saya nak kongsikan pengajaran yang telah saya perolehi daripadanya.

 

Beberapa minggu lepas, kesabaran dan keikhlasan saya terhadap “sesuatu” telah diujiNYA. Saya betul2 down, hilang semangat, putus asa dan yang paling teruk saya nyaris membuat keputusan yang tak adil untuk diri saya dan orang lain juga. Tapi, mujur juga masa tu, kewarasan dan kerasionalan saya masih ada, so saya buat keputusan untuk melarikan diri bercuti beberapa minggu di kampung. Selain untuk muhasabah diri, saya harap dapat bertenang dan membuat keputusan yang lebih elok.

 

Beberapa pengajaran yang telah saya pelajari:

 

  • Ambillah masa untuk bertenang. Jangan membuat keputusan dalam keadaan marah dan fikiran yang kucar-kacir
  • Jika ada masalah yang berat, saya jarang nak cerita pada mak saya. Bukannya apa, cuma saya tak sampai hati nak membebaninya, cukuplah susah payahnya membesarkan kami 5 beradik selepas bapak meninggal, itulah yang selalu saya fikirkan. Rupanya saya sangat silap disitu, naluri ibu tu sangat kuat, kongsilah apa jua perkara dengannya kerana dialah yang paling mengenali kita. Walaupun dia tak dapat membantu secara fizikal mahupun material, doa dan restunyalah bantuan paling berharga. Berkat doanya, mungkin urusan yang sukar akan dipermudahkan. Terima kasih mak, tanpa mak siapalah saya hari ini.  
  • Waktu sedih, carilah kawan-kawan yang boleh menceriakan dan boleh memberikan nasihat yang bernas. Terima kasih buat kawan-kawan yang menyokong dan yakin dengan saya. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian.
  • Kurangkan bebanan tekanan dengan membuat sesuatu yang kita suka dan kita puas bila melakukannya. Masa ni, saya ke JB bercuti sambil “berbisnes”. Saya rasa puas dapat berkongsi kebaikan produk yang saya jual dengan orang lain. Pada masa yang sama, saya dapat ronda2 sampai tersesat kat JB tu..ahaaa(memalukan untuk seorang yang berasal dari johor)..:D 
  • Jangan putus asa untuk terus berdoa pada ALLAH, hanya DIA yang mengetahui setiap yang baik dan buruk untuk kita.  
  • Dan pengajaran yang paling utama, jujur dengan diri sendiri, kerana sangat sakit sebenarnya bila kita menipu diri sendiri.

Saya nak share ngan kawan-kawan satu gambar menarik yang saya jumpa di photobucket:

 

 

 

 

12 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. Nabi Muhammad dulu pun bila ditimpa musibah iaitu kematian ABu Talib dan Siti Khadijah… Allah membawanya ‘bercuti’ dengan diangkatnya ke langit melalui peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

    Kesimpulannya… u have done the right thing🙂

  2. uhu. post anda membuatkan saya insaf dan terkesima.😥

    saya setuju dengan amin idris. awak dah lakuakn sesuatu yang betul.

    hanya kepada-Nya kita berserah😉

  3. kadangkala kita kena berehat jugak tenangkan fikiran dan lari dari masalah yang xabis2 tu kan..dengan mengingati Allah jiwa kita akan tenang..😀

  4. satu perkara yang saya pelajari. kalau ada masalah dan nak tenangkan diri

    1. baca quran
    2. tgk laut
    3. tgk muka mak ayah

    lagi satu, jgn belakangkan ibu-bapa walaupun anda ada masalah dan takut kalau ceritakan pada mereka, akan membebani mereka. walhal mereka amat menghargainya dan rasakan mereka masih lg penting dlm hidup anda

  5. kalau hati tak tenang atau ada masalah saya selalu baca ayat qursi dan segala surah pendek.
    bagi saya bila ada mslh, saya akan tenang dan diam dulu. minta bantuan org lain yg lebih arif pasal masalah tu. betul tu jgn buat keputusan dlm ketika marah dan jgn sekali² buat keputusan terburu². tenangkan fikiran dan ambil masa.

    mak ayah dan family paling penting. mana skali pun kita pergi, apa jua kita buat, setinggi mana kita berjaya kalau tanpa restu dan tanpa sokongan mereka kita adalah rugi. perhubungan kekeluargaan kena dijaga, sebab pada mereka jua kita akan balik.

  6. balik ke jb juger kamu yer.. ehehe

  7. Terima kasih atas nasihat kawan2 semua, sangat2 hargainya, Alhamdulillah..semuanya semakin baik.:)

  8. ~~ ye julie…my life is too complicated..hanya mampu berdoa kepadaNya supaya diberi kekuatan…em n THINK POSITIVE!! sy sgt gembira n bersyukur sejak akhir2 ini walaupun byk probs..hehe..life must go on….although its too hard to believe……………..

  9. Jules..

    wats up dude? hoho…patutlah lama hilang…

  10. pergh balik johor tak roger aku. Stress, problem, meh sini ade satu cara aku nak kongsi ngan ko. “Puff the magic dragon” org jawa panggil. Hahaha.

  11. ayul —> ahaaaa..memang sengaje taknak roger ko.

  12. Salam…
    dalam hidup nie,ada masa kita ad di atas,ad masa kita di bawah…
    hiduo nie ibarat roda…
    ad hkmahnya…ALLAH swt memberi ujian


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: