Yeeehaaa..(^_^)

18 Jun 2008 at 12:58 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 13 Komen

Hari ni hari yang luar biasa best buat saya. Petang tadi saya dapat call dari customer saya yang menjemput saya dinner bersama keluarganya. Mula2 tu rasa pelik, tak pernah pun dia jemput saya makan-makan sebelum ini. Bila saya tanya sempena apa, dia kata ada suprise untuk saya, lagilah saya pelik, cuak pun ada.

 

Maka, selepas Maghrib je, bertolak la saya ke rumahnya kat Seri Kembangan. Sampai je, dah terhidang menu special atas meja, ada satay dan ada nasi serta lauk ayam masak lemak cili api. Saya ni yang dah sedia lapar, lagilah lapar bila melihat ayam masak lemak cili api itu. Tapi, kerana rasa curious yang menebal, saya pun tanya la kenapa tetiba jemput saya dinner.

 

Rupanya dia nak bagitau saya, yang semenjak dia menggunakan produk kesihatan yang saya jual, banyak perubahan pada dirinya. Sebenarnya customer saya ni menghidap kencing manis yang dah kronik. Baru2 ni doktor sahkan bacaan gula dalam darahnya dah turun daripada 13 kepada 8, actually masih lagi belum sampai ke tahap normal. Bacaan gula dalam darah yang normal ialah 4 – 6.2. Namun, dia betul2 happy, sebab dia dah cuba macam-macam produk kesihatan sebelum ini. Selain tu, masalah kulitnya juga dah nampak ok. Kalau kawan-kawan nak tahu, dulu mula2 jumpa dia, dia tak boleh diri lama-lama, lemah je nampaknya, wajahnya agak kusam, kalau perasan, orang kencing manis ni, muka diaorang tak berseri sangat, dia ada masalah kulit yang seakan-akan kudis pada tangan, kaki, dan badan..memang saya sedih melihat keadaannya dulu. Tapi sekarang, dia memang berbeza, nampak berseri, jalan pun laju je, cergas mergas gitu.

 

Sebenarnya juga, perubahan yang dia alami bukanlah sekelip mata. Cuma setiap kali jumpa, saya ingatkan dia, sentiasa jaga makan, jangan lupa makan ubat doktor, banyak2 bersabar dan paling penting percaya pada produk. Alhamdulillah, dah nampak perubahan berkat usahanya yang  bersungguh-sungguh untuk pulih dari kencing manis itu.

 

Sebagai tanda terima kasihnya pada saya yang memperkenalkan produk kesihatan kepadanya, tu yang dia jemput saya dinner malam ni. Actually, dia jemput hari sabtu nanti, tapi saya akan balik Kluang esok….yehaaaa…(^_^). Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan customer saya ni, saya harap saya dapat membantunya apa yang termampu. Walaupun ini bukanlah customer pertama saya yang happy ada perubahan pada diri mereka, tapi inilah pertama kalinya customer menjemput saya dinner bersama familinya. Terharu sesangat!!Terima kasih juga buat isterinya yang lemah lembut itu atas masakan lauk ayam masak lemak cili api yang luar biasa best!

 

Note : Hargailah kesihatan kawan-kawan!!:)

13 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. erm… bestnya baca cerita juliana… erm… perkara yang mampu memberi kebahagiaan dan keceriaan hidup ialah bila ada kesihatan yang baik dan mampu membahagiakan orang lain…🙂

  2. Emm nak tanya… apa nama produk kesihatan yang dijual tu??

    Bestnya kalau dihargai macam tu kan…
    🙂

  3. Yelaa.. hargailah kesihatan kita~ =)

  4. semoga perniagaan yg ikhlas itu mendapat berkat yg setimpal.. aminnn

  5. wah direct selling ke MLM?? hahaha. gurau je.
    Kesihatan hak milik setiap insan.

  6. “Cuma setiap kali jumpa, saya ingatkan dia, sentiasa jaga makan, jangan lupa makan ubat doktor, banyak2 bersabar dan paling penting percaya pada produk”

    kita kena percaya pada Allah s.w.t. kalau Dia kata tidak, walau bagus mana produk tersebut, memang tak akan ada kesan. usaha dan banyak2 berdoa

    ————————————————
    syam @ http://aeropama.blogspot.com

  7. fieza —> saya setuju!!:)

    Adry —> InsyaALLAH saya akan citer masa akan datang.

    Ixora —> yup!!:)

    en_me —> terima kasih kerana mendoakan saya.

    qdetactive —> kedua2nya sekali..ehee..:)

    syam —> betul kata awak, yang itu paling UTAMA kan..:)

  8. Huhu.. Jangan Makan Gula La Lain Kali.. Makan Benda Pahit Je.. Baru Sihat.. Pepak Akar..Haha

  9. amboi rajin nya adik ni berniaga.. heheheh
    semoga berjaya menjadi peniaga yang berjaya dgn jaya nya..
    yiieeehhhaaaa… hahahah😆

  10. Uyoo.. Produk Ape Tu? Produk Untuk Mengurangkan Pertumbuhan Bulu Kaki Ade Tak ??

  11. juliana jual barang kesihatan pe?
    promote kat saya cepat..hehe

  12. mana kau pegi weyh!!!!!!!!!!!!!!!!?

  13. mrozaidi –> tanpa gula, hilang pula kemanisannya…kurangkan gula ok la..ehee.

    t.a.t.a –> InsyaALLAh kak, semakin bersemanngat saya berkat doa akak.

    Qaiyum –> ahaaa..cukur je la tetiap hari!!:p

    mahsyar90 –> sudah tentu!!akan dipromote nanti.

    lydiarayyan –> aku balik kampung daaa, takde intenet disitu..:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: