Tupperware vs Polystyrene

11 Jun 2008 at 11:28 pm | Dikirim dalam Santai | 17 Komen

Salah satu tips untuk menjaga dan memulihara alam sekitar yang pernah saya senaraikan sebelum ini dalam post bertajuk Bumi Pasti Rancak, ialah dengan menggantikan polystyrene dengan tupperware bila kita membeli makanan. Buat kawan-kawan yang membawa bekal sendiri dari rumah, saya ucapkan tahniah kerana kawan-kawan dah mengambil langkah bijak, bukan saja dapat jimat tapi menjaga alam sekitar lagi. So, bagi kita yang selalu atau sesekali beli makanan kat kedai tu, apa kata mulai hari ni kita bawa tupperware je dari rumah.

 

Kat bawah ni, saya senaraikan beberapa keburukan polystyrene:

  • Jika makanan disimpan dalam plystyrene pada tempoh yang lama, bahan kimia toksik yang terkandung dalam polystyrene tersebut akan masuk ke dalam makanan, dan semestinya membahayakan kesihatan kita kelak.
  • Polystyrene adalah bahan yang tidak boleh mereput, cuma akan hancur menjadi cebisan kecil. Ini tak bagus untuk alam sekitar.  Bayangkan bila benda ni hancur dan masuk ke dalam sungai, tasik atau padang rumput, bahan kimia dalam polystyerin ni sudah tentu akan mencemarkan persekitaran tempat tu. Pastu, binatang-binatang yang makan rumput dan ikan-ikan yang dalam sungai dengan tak sengaja akan termakan bahan toksik ni juga. Lepas tu kita pulak yang makan binatang-binatang tu, kita pun akan dapat toksik polystyrene tu.
  • Kos untuk recycle polystyrene sangat mahal, malah lebih mahal daripada menghasilkan yang baru. Rugi la kan. 

Demi menyokong usaha menjaga alam sekitar, mulai minggu ni, saya dah bawak tupperware bila nak beli makanan. Atas request cik t.a.t.a juga, saya letakkan gambar sebagai bukti. Saya sudah dan akan teruskan, kawan-kawan bila lagi?

 

 

 Nasi + tauhu sambal + kobis masak lemak + kacang botor tumis berlada = RM 2.40

 

 

 

17 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. Hai… sy dtg jengah ke sini… really good idea. alamak sodapnya…🙂 nak add link oke. thanks jengah2 blog fieza🙂

    haii fieza, ok link awak pun saya dah letak, thanks jugak!!:)

  2. aah..betul jugak ye..😀

    so, leh la wat pasni..ehe..:D

  3. bagus2…masih ada lagi aktivis alam sekitar di malaysia ni. walaupun sekarang tgh rancak dengan pemusnahan alam sekitar di cameron highland.

    respek2 beli makanan siap bawak tupperware. saya tak bawak tupperware sbb sy makan pakai daun pisang saja😛

    ———————————–
    syam @ http://aeropama.blogspot.com

    saya cuma menyokong yang semampunya, memang sedih dengan pemusnahan alam sekitar.

    eheee..suka makan kat kedai mamak ke?:D

  4. ngap ngup ngap ngup…nak lagi jimat..bawak set buffet..leh makan satu opis macam makan kat surau dalam dulang..ekekeke

    yeyee..sepakat membawa berkat!

  5. Slm juliana,
    waaa, bawa bekal ek..emm, sbnrnya sy mmg bawa bekal dah lama dulu..:) mak slalu dah sediakan even slalu ckp ngan dia tak payah,hehe..tapi bukanlah bekal nasi, sarapan je sbb sy jarang sarapan..:) 6:30 pagi dah kuar pi kerja..

    Tapi kan wak tupperware mahallah,hehe..cuma warranty dia tu mmg seumur hiduplah dan barang berkualiti sangat..penah beli untuk mak beberapa tahun lepas..skrg masih masih macam baru lagi je..:)

    Salam en acai..jelesnye ngan en acai, mak bekalkan sarap g keje…saya ada gak, tapi masa sekolah rendah dulu..pastu time bunyi loceng rehat je, lari2 sambil bawak bekal nak rebut pokok..best makan bawah pokok ngan kengkawan..ehe

    jangan la salah faham, tak semestinya pakai yang jenama tupperware, mangkuk saya tu murah je, janji leh isi makanan.

  6. sy sokong…
    ape2, pon, tupperware ni reusable, x mcm polystyrene…
    teruskan usaha anda!!

    ok aisha, TQ..jom la join sekali!!:D

  7. tuppurware best. tp nak bawak g ostel jd takut. mahal tu.. hehe

    alalalaaaaa..tupperware kat sini tak semestinya jenama tupperware yang mahal tu, mangkuk plastik biasa je akak pakai tu..

  8. tupperware..cilap2😛

    takpe…maseh boleh difahami..ehe..:D

  9. ika kena wat pembetulan ejaan 10x la.. hahah

    waahh bagus! bagus! talked the talk and walked the walk.

    still single ehh… heh heh heh

    ehhh..kenapa cik t.a.t.a tanya saya masih single?nape ada calon untuk saya ke???:D..saya single & available lagi…uhuuuu..

  10. Ehh dah isi dlm tupperware tu apa kata pos terus kat pejabat kita ni haa. Dapat jugak rasa kan.. ahaksss…

    takleh nak pos, pejabat pos penuh, ramai orang tuntut rebat ganti subsidi minyak tu..

  11. Heemmm… nice post… tp rasanya ada ker yang nak bawa tupperware pg kedai mamak pastu cakap tapau mee goreng… letak dalam ni yerr… mmmmm ntahla… slalunya orang ni nak ambik mudah jerr…

    hendak seribu daya kan en adry??

  12. biler akak nak wat tupperware party nih.. ekeke

  13. setuju.. lagipun polysterene boleh bahayakan kesihatan.. betul juga.. guna tupperware = jaga alam sekitar + kurangkan kos

    info yang berguna. terima kasih.

  14. en_me —> setiap hari pun buat..jom la join sekali!!!yeehaaa..:D

    nasrul —> sama2, terima kasih juga sudi singgah di blog ini.

  15. gua bangga dengan lu..bila la gua bole jadi mcm lu..syabas..

  16. betoi2…gune tupperware lg bagus..x rugi…leh gune tiap2 hari..hihi..=D

  17. Mudah dan senang kan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: