Si Gadis Kaunter

11 Jun 2008 at 12:14 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 13 Komen

Saya merupakan pengguna talian pascabayar. Bulan lepas, kerana terlalu sibuk, saya membayar bil saya betul2 pada tarikh akhirnya. Kebetulan waktu saya datang untuk membayar, sistemnya down. Jadi, saya diberikan resit membuktikan pembayaran telah di buat secara manual. Sebenarnya, walaupun dalam zaman yang serba canggih ni membolehkan pembayaran bil secara online je, tapi jika keadaan mengizinkan, saya masih suka cara yang lama. Saya suka berurusan di kaunter, saya suka berurusan 4 mata dengan orang, banyak yang saya boleh belajar (contohnya kisah yang saya nak cerita ni), asalkan saya tak perlu beratur panjang la sehingga membuang masa saya pulak.

 

Tapi, sabtu lepas, tiba2 akaun phone saya diblok tanpa notis dan memandangkan pusat bayaran tak dibuka, terpaksa la saya tunggu hingga ke Isnin untuk saya tanya apa yang tak kena. Bila saya datang pada hari Isnin, saya memakai seluar jeans dan blouse serta sandal je. Sampai je di kaunter bayaran, saya disambut oleh seorang perempuan muda yang saya yakin lebih muda dari saya. Saya yakin dia pekerja baru kerana saya cam semua pekerja kat pusat tu. Jelas dia tak mesra orangnya.

 

Gadis Kaunter: Ye Dik, nak ape?

 

Saya : emmm…saya nak tanya, kenapa phone saya kene blok? Saya dah bayar bil saya bulan lepas.

 

Gadis Kaunter : Nombor?

 

Saya : 01********

 

Gadis Kaunter : Rekod kami kata awak tak bayar lagi, betul ke dah bayar ni?

 

Saya : Dah..ni resitnya (mujur saya simpan semua resit bayaran bil)

 

Sekali lalu dia memandang resit tu dengan wajahnya yang masam.

 

Gadis Kaunter : emm…ok, pukul 4 atau 5 pm saya call.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

 Namun sehingga jam 6 petang, tiada call, bila saya call pusat tu (menggunakan phone kawan saya) tidak diangkat. Kebetulan saya tak sempat nak ke sana. Jadi, terpaksa la saya datang esok je.

 

Hari Selasa saya datang dengan memakai baju kurung, berbeg tangan dan memakai kasut tinggi. Setibanya di kaunter saya disambut oleh gadis yang sama seperti semalam. Mulanya nak tanya terus kenapa dia tak call dan settlekan problem saya, tapi saya sengaja tak nak buat camtu. Sampai je kat kaunter:

 

Gadis Kaunter : Selamat datang Puan, boleh saya bantu?

 

Saya terkejut sebenarnya masa tu, tapi try cool je..semalam punya la masam, hari ni siap panggil saya Puan lagi…tapi saya tak kahwin lagi yeee..takpe la tu..:D

 

Saya : Saya ada masalah, phone saya diblok, tapi saya dah bayar bil..(saya story balik untuk ingatkan dia, tapi dia macam tak ingat je, ataupun dia tak cam saya kot)

 

Gadis kaunter: Ok, biar saya check…..emmm..tiada rekod bayaran untuk bulan lepas dalam akaun Puan ni? Puan pasti sudah membayarnya?

 

Saya : Dah, ini resitnya, haritu masa datang sistem down. Jadi buat bayaran manual, mungkin terlupa dimasukkan rekodnya.

 

Gadis Kaunter : Oh, minta maaf  puan, boleh saya minta resit tu kejap untuk difotostat….dalam masa 5 minit lagi akaun puan akan ok.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

Apa yang saya boleh katakan:

  1. Jangan lewat bayar bil & simpan semua resit bayaran.
  2. Rupanya masalah saya tu cuma 5 minit je leh settle, tak faham saya kenapa pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa yang dibuat pada hari Selasa. Musykil!!..musykil!!
  3. Pakaian memberikan impak besar dalam urusan sesama manusia, saya dipanggil “adik” oleh orang yang lebih muda dari saya (walaupun saya tak kisah sangat pasal ni, memang saya kecik pun, dah biasa..ehee..)  dan dilayan acuh tak acuh kerana saya memakai pakaian yang sempoi2 je, tapi lain pula layanannya bila saya pakai yang agak formal. 
  4. Walau siapa pun atau bagaimanapun rupa pelanggan kita, jika urusan di kaunter kene la mesra pelanggan kan…Customer is a KING!!
  5. Pandai Gadis Kaunter tu berlakon.

 

 

 

13 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. situasi yg lebih kurang sama terjadi masa saya ngn kwn2 pegi mkn kt pizza hut. mentang2 la kami pakai biasa2 je (jeans & tshirt), order kami smpi lewat sedangkn pelanggan lain yg dtg kemudian dpt dulu order. pelanggan yg dpt dulu tu staf ofis..

    huh,tak adil~~!

  2. “pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa” sebab gadis kaunter ittewww lampu merah kottt.. ekeke

  3. itu namanya the power of first impression. kalau anda mahu nampak macam jutawan, pakai macam jutawan dan bergaul dgn jutawan. kalau anada mahu nmpak macm cendiakawan, bawalah buku ke hulu ke hilir dan rajin2 pergi ke perpustakaan.

  4. hehehe… bias di situ…

  5. saya ni kalau pakai jeans and t-shirt orang akan kata saya macam budak form 3 dan kebawah. ni kalau orang yang tak kenal saya la hehe

    masa saya pegi mcD dan pakai baju kurung n heel,yang kerja kaunter tu tanya “kak nak order ape?” oh! sadisnya. adakah saya nampak tua dengan memakai baju kurung

    so,saya lagi suka orang panggil saya budak form 3 ke bawah (awet muda sket)=P

  6. ixora –> a’ah..tak adil kan..kan..

    en_me –> amvoiiiii en_me itu…tapi dia layan mamat yang berkemeja dan hensem sebelum saya ok je..uhuu

    syam –> saya prefer tak bergaya tapi bahagia dan ceria..hakikatnya saya memang tak reti bergaya..uwaaaa..

    fieza –> betol!!

    ika –> eheeee..awak memang comel…bagi akak tak kesah orang nak panggil apa, tapi layanan kene la sama kan…;)

  7. yup, memang pakaian tu penting..ia menggambarkan imej seseorang tu:) tapi sypun tak kisah kalau dipanggil adik gak,hehe..sy penah duduk kaunter..mmg tak ingat orang sangat yg datang sbb sehari terpaksa melayan ratusan pelanggan..:)

    waahhhhh..sehari sampai ratusan? harap2 en acai senyum selalu masa bekerja ye..:)

  8. Isnin? black monday kot!
    tapi apa pun si gadis kaunter tak leh wat camtu. dia dah tau dia berurusan dgn pelanggan jadi semua masalah ke apa ke kena tolak tepi la. tak leh itu macam.

    betul tu..harap2 kite tak wat cam dia kan..kan..

  9. acai bos:
    saya pun duduk kaunter gak jumpa ngan org. tapi tak lah beratus cuma berpuluh je, tapi alhamdulillah kalau org tu dtg kali ke 2 dan seterusnya insyaAllah ingat!

    wahhh..daya ingatan cik t.a.t.a memang kuat..:D

  10. Ehh lupa nak tanya, awat cik jul tak bayar guna online atau maybank2u? lagi senang tau. tak yah nak hadapi sikap mcm cik gadis tu. tak pepasal ngan kita skali jadi moody sbb dia.

  11. ya, bicara empat mata lebih bermakna yang kini telah diganti dengan bicara dua mata kita dengan mesin.

    Saya sangat benci sistem yang digunapakai oleh McDonald masa ini. 3 sistem yang tidak praktikal untuk drive thru. Benci.

    Mula-mula buat order dengan mesin yang hanya kuar suara dan apa yang kita order akan dipaparkan melalui skrin.Kemudian buat pembayaran di kaunter kedua. Kaunter ketiga pula untuk mengambil produk yang dipesan.

    Sebelum ni hanya ada dua sistem. Pesan/bayar dan ambil barang. Tetapi masih wujud komunikasi semasa memesan dan membayar.

    Kita dapat lihat air muka staf McDonald yang selalunya tak ikhlas bekerja di kaunter drive thru.

  12. t.a.t.a —> kadang2 je saya guna online, selalunya saya suka bayar kat kaunter, ada komunikasi & pertemuan 4 mata gitu..saya ada mention kat atas.

    Bayan —> Cik Bayan sependapat dengan saya, lagi puas hati berurusan 4 mata, tapi akan datang semua urusan guna mesin, walaupun canggih dan mudah, tentu tak best kan.

  13. owh…sama je macam kes saya…
    saya ni kan comot…. kalo g kedai, nak beli brg… org selalu igt saya takde duit..

    huhuhu…sedih…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: