Yeeehaaa..(^_^)

18 Jun 2008 at 12:58 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 13 Komen

Hari ni hari yang luar biasa best buat saya. Petang tadi saya dapat call dari customer saya yang menjemput saya dinner bersama keluarganya. Mula2 tu rasa pelik, tak pernah pun dia jemput saya makan-makan sebelum ini. Bila saya tanya sempena apa, dia kata ada suprise untuk saya, lagilah saya pelik, cuak pun ada.

 

Maka, selepas Maghrib je, bertolak la saya ke rumahnya kat Seri Kembangan. Sampai je, dah terhidang menu special atas meja, ada satay dan ada nasi serta lauk ayam masak lemak cili api. Saya ni yang dah sedia lapar, lagilah lapar bila melihat ayam masak lemak cili api itu. Tapi, kerana rasa curious yang menebal, saya pun tanya la kenapa tetiba jemput saya dinner.

 

Rupanya dia nak bagitau saya, yang semenjak dia menggunakan produk kesihatan yang saya jual, banyak perubahan pada dirinya. Sebenarnya customer saya ni menghidap kencing manis yang dah kronik. Baru2 ni doktor sahkan bacaan gula dalam darahnya dah turun daripada 13 kepada 8, actually masih lagi belum sampai ke tahap normal. Bacaan gula dalam darah yang normal ialah 4 – 6.2. Namun, dia betul2 happy, sebab dia dah cuba macam-macam produk kesihatan sebelum ini. Selain tu, masalah kulitnya juga dah nampak ok. Kalau kawan-kawan nak tahu, dulu mula2 jumpa dia, dia tak boleh diri lama-lama, lemah je nampaknya, wajahnya agak kusam, kalau perasan, orang kencing manis ni, muka diaorang tak berseri sangat, dia ada masalah kulit yang seakan-akan kudis pada tangan, kaki, dan badan..memang saya sedih melihat keadaannya dulu. Tapi sekarang, dia memang berbeza, nampak berseri, jalan pun laju je, cergas mergas gitu.

 

Sebenarnya juga, perubahan yang dia alami bukanlah sekelip mata. Cuma setiap kali jumpa, saya ingatkan dia, sentiasa jaga makan, jangan lupa makan ubat doktor, banyak2 bersabar dan paling penting percaya pada produk. Alhamdulillah, dah nampak perubahan berkat usahanya yang  bersungguh-sungguh untuk pulih dari kencing manis itu.

 

Sebagai tanda terima kasihnya pada saya yang memperkenalkan produk kesihatan kepadanya, tu yang dia jemput saya dinner malam ni. Actually, dia jemput hari sabtu nanti, tapi saya akan balik Kluang esok….yehaaaa…(^_^). Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan customer saya ni, saya harap saya dapat membantunya apa yang termampu. Walaupun ini bukanlah customer pertama saya yang happy ada perubahan pada diri mereka, tapi inilah pertama kalinya customer menjemput saya dinner bersama familinya. Terharu sesangat!!Terima kasih juga buat isterinya yang lemah lembut itu atas masakan lauk ayam masak lemak cili api yang luar biasa best!

 

Note : Hargailah kesihatan kawan-kawan!!:)

Advertisements

Tupperware vs Polystyrene

11 Jun 2008 at 11:28 pm | Dikirim dalam Santai | 17 Komen

Salah satu tips untuk menjaga dan memulihara alam sekitar yang pernah saya senaraikan sebelum ini dalam post bertajuk Bumi Pasti Rancak, ialah dengan menggantikan polystyrene dengan tupperware bila kita membeli makanan. Buat kawan-kawan yang membawa bekal sendiri dari rumah, saya ucapkan tahniah kerana kawan-kawan dah mengambil langkah bijak, bukan saja dapat jimat tapi menjaga alam sekitar lagi. So, bagi kita yang selalu atau sesekali beli makanan kat kedai tu, apa kata mulai hari ni kita bawa tupperware je dari rumah.

 

Kat bawah ni, saya senaraikan beberapa keburukan polystyrene:

  • Jika makanan disimpan dalam plystyrene pada tempoh yang lama, bahan kimia toksik yang terkandung dalam polystyrene tersebut akan masuk ke dalam makanan, dan semestinya membahayakan kesihatan kita kelak.
  • Polystyrene adalah bahan yang tidak boleh mereput, cuma akan hancur menjadi cebisan kecil. Ini tak bagus untuk alam sekitar.  Bayangkan bila benda ni hancur dan masuk ke dalam sungai, tasik atau padang rumput, bahan kimia dalam polystyerin ni sudah tentu akan mencemarkan persekitaran tempat tu. Pastu, binatang-binatang yang makan rumput dan ikan-ikan yang dalam sungai dengan tak sengaja akan termakan bahan toksik ni juga. Lepas tu kita pulak yang makan binatang-binatang tu, kita pun akan dapat toksik polystyrene tu.
  • Kos untuk recycle polystyrene sangat mahal, malah lebih mahal daripada menghasilkan yang baru. Rugi la kan. 

Demi menyokong usaha menjaga alam sekitar, mulai minggu ni, saya dah bawak tupperware bila nak beli makanan. Atas request cik t.a.t.a juga, saya letakkan gambar sebagai bukti. Saya sudah dan akan teruskan, kawan-kawan bila lagi?

 

 

 Nasi + tauhu sambal + kobis masak lemak + kacang botor tumis berlada = RM 2.40

 

 

 

Si Gadis Kaunter

11 Jun 2008 at 12:14 am | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 13 Komen

Saya merupakan pengguna talian pascabayar. Bulan lepas, kerana terlalu sibuk, saya membayar bil saya betul2 pada tarikh akhirnya. Kebetulan waktu saya datang untuk membayar, sistemnya down. Jadi, saya diberikan resit membuktikan pembayaran telah di buat secara manual. Sebenarnya, walaupun dalam zaman yang serba canggih ni membolehkan pembayaran bil secara online je, tapi jika keadaan mengizinkan, saya masih suka cara yang lama. Saya suka berurusan di kaunter, saya suka berurusan 4 mata dengan orang, banyak yang saya boleh belajar (contohnya kisah yang saya nak cerita ni), asalkan saya tak perlu beratur panjang la sehingga membuang masa saya pulak.

 

Tapi, sabtu lepas, tiba2 akaun phone saya diblok tanpa notis dan memandangkan pusat bayaran tak dibuka, terpaksa la saya tunggu hingga ke Isnin untuk saya tanya apa yang tak kena. Bila saya datang pada hari Isnin, saya memakai seluar jeans dan blouse serta sandal je. Sampai je di kaunter bayaran, saya disambut oleh seorang perempuan muda yang saya yakin lebih muda dari saya. Saya yakin dia pekerja baru kerana saya cam semua pekerja kat pusat tu. Jelas dia tak mesra orangnya.

 

Gadis Kaunter: Ye Dik, nak ape?

 

Saya : emmm…saya nak tanya, kenapa phone saya kene blok? Saya dah bayar bil saya bulan lepas.

 

Gadis Kaunter : Nombor?

 

Saya : 01********

 

Gadis Kaunter : Rekod kami kata awak tak bayar lagi, betul ke dah bayar ni?

 

Saya : Dah..ni resitnya (mujur saya simpan semua resit bayaran bil)

 

Sekali lalu dia memandang resit tu dengan wajahnya yang masam.

 

Gadis Kaunter : emm…ok, pukul 4 atau 5 pm saya call.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

 Namun sehingga jam 6 petang, tiada call, bila saya call pusat tu (menggunakan phone kawan saya) tidak diangkat. Kebetulan saya tak sempat nak ke sana. Jadi, terpaksa la saya datang esok je.

 

Hari Selasa saya datang dengan memakai baju kurung, berbeg tangan dan memakai kasut tinggi. Setibanya di kaunter saya disambut oleh gadis yang sama seperti semalam. Mulanya nak tanya terus kenapa dia tak call dan settlekan problem saya, tapi saya sengaja tak nak buat camtu. Sampai je kat kaunter:

 

Gadis Kaunter : Selamat datang Puan, boleh saya bantu?

 

Saya terkejut sebenarnya masa tu, tapi try cool je..semalam punya la masam, hari ni siap panggil saya Puan lagi…tapi saya tak kahwin lagi yeee..takpe la tu..:D

 

Saya : Saya ada masalah, phone saya diblok, tapi saya dah bayar bil..(saya story balik untuk ingatkan dia, tapi dia macam tak ingat je, ataupun dia tak cam saya kot)

 

Gadis kaunter: Ok, biar saya check…..emmm..tiada rekod bayaran untuk bulan lepas dalam akaun Puan ni? Puan pasti sudah membayarnya?

 

Saya : Dah, ini resitnya, haritu masa datang sistem down. Jadi buat bayaran manual, mungkin terlupa dimasukkan rekodnya.

 

Gadis Kaunter : Oh, minta maaf  puan, boleh saya minta resit tu kejap untuk difotostat….dalam masa 5 minit lagi akaun puan akan ok.

 

Saya : Ok, terima kasih.

 

Apa yang saya boleh katakan:

  1. Jangan lewat bayar bil & simpan semua resit bayaran.
  2. Rupanya masalah saya tu cuma 5 minit je leh settle, tak faham saya kenapa pada hari Isnin Gadis Kaunter tu tak buat apa yang dibuat pada hari Selasa. Musykil!!..musykil!!
  3. Pakaian memberikan impak besar dalam urusan sesama manusia, saya dipanggil “adik” oleh orang yang lebih muda dari saya (walaupun saya tak kisah sangat pasal ni, memang saya kecik pun, dah biasa..ehee..)  dan dilayan acuh tak acuh kerana saya memakai pakaian yang sempoi2 je, tapi lain pula layanannya bila saya pakai yang agak formal. 
  4. Walau siapa pun atau bagaimanapun rupa pelanggan kita, jika urusan di kaunter kene la mesra pelanggan kan…Customer is a KING!!
  5. Pandai Gadis Kaunter tu berlakon.

 

 

 

Kita yang buat dia

9 Jun 2008 at 2:39 am | Dikirim dalam Motivasi | 10 Komen

Apabila rasa tertekan dalam membuat sesuatu, ada tak kata-kata yang kawan-kawan pegang untuk menaikkan semangat? Tentu banyak kan. Saya nak kongsi salah satu penyataan yang saya pegang sampai sekarang bila saya down dalam belajar atau nak buat apa-apa. Tapi, penyataan ni tak sesuai digunakan bila kita berhadapan masalah dengan orang lain, kerana manusia mempunyai akal dan emosi, dan fikiran orang lain adalah di luar kawalan kita. Saya dapat kata-kata ni bukan dari pakar atau buku-buku motivasi, tapi daripada seseorang yang begitu istimewa buat saya, iaitu mak saya.

Saya kurang sikit dalam bab memasak, jadi bila sesekali balik kampung, kene pulak saya memasak, mesti saya cuak. Maklumlah, bila sesekali balik kampung reramai, dan semua adik-beradik termasuk ipar-duai ada pulak tu. Ada sekali tu, saya tension betul buat karipap, saya tak boleh-boleh nak kelim tepinya, mak saya pulak tak suka pakai pencetak..uhuu..geram betul masa tu. Yang lebih geram, adik saya yang tak pasal-pasal mintak karipap, dan semua setuju saya yang buat..waaaaa:x

 

 

 

Bila tengok muka saya yang dah monyok tu, mak saya dengan lemah lembutnya pun cakap, “makanan ni, kalau masak dengan kasih sayang, yang tak sedap pun jadi sedap, yang tak elok pun nampak elok, lagipun KITA YANG BUAT DIA, BUKAN DIA YANG BUAT KITA”. Ntah camne, bagaikan dapat energi luar biasa je dengan kata-kata mak saya tu. Berjaya gak saya membuatnya!!! 

Walaupun simple, sampai sekarang saya pegang kata-kata mak saya tu, tak kira dalam apa jua perkara pun. InsyaALLAH, dalam setiap perkara, ada yang kita boleh mengawalnya, terpulang pada kreativiti dan usaha kita untuk mencapainya.

 

Bumi pasti rancak

5 Jun 2008 at 9:27 pm | Dikirim dalam Santai | 6 Komen

Hari ni di mana2 semua cakap pasal harga minyak naik. Macam-macam komen ada, tapi yang confirmnye semua merungut..eheee..bila bukak blog pun ramai yang citer pasal minyak..apapun, mulai hari ini kenela menjadi pengguna yang bijak.

 

Ehhh..saya bukan nak citer pasal minyak, tapi nak citer pasal Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut hari ini. Emmm..pagi tadi on the way ke UKM yang terchenta itu, dan seperti biasa, memasang channel suria.fm, HIDUP PASTI RANCAK..topik paginya pasal hari alam sekitar ni.

 

So, ada la tips yang boleh dikongsi untuk merancakkan lagi alam sekitar kita, antaranya:

 

Kurangkan penggunaan air-cond:

Saya:

Rumah takde air-cond – OK la.

Kereta – kalau dekat2 memang tak pakai air-cond, bila jalan jauh pasang untuk keselamatan, kalau hujan kene la pasang sebab tutup tingkap, kang basah pulak.

Kat lab – yang ni WAJIB pasang!

 

Bila nak tapau makanan, bawak tupperware dari rumah, ganti polisterine

Saya: suka idea ni, pasni nak bawak tupperware la..;)

 

Jalan kaki daripada guna kereta @ kenderaan

Saya : Tak OK sangat, tak sesuai, lagipun cam bahaya je pompuan jalan kaki sengsorang. Mungkinkah bawa basikal????

 

Kalau beli barang2 kecil kat pasaraya@ kedai, elakkan dibungkus plastik, pegang je@masuk kat handbag.

Saya: selalu gak wat ni, tapi ada sekali wat kat 7eleven, beli susu soya kotak seketul je, beria2 adik cashier tu nak bungkus, takut bosnye marah.

 

Jimatkan penggunaan elektrik.

 

SAYANGI KEHIJAUAN & KECANTIKAN ALAM SEKITAR KITA..yeeeeehaaaaa 🙂

 

 

 

 

 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.