Hijau Warnaku

23 Mei 2008 at 1:52 am | Dikirim dalam Santai | 18 Komen

Jumaat yang indah dan penuh keberkatan datang lagi!!!:)

 

Alhamdulillah, akhirnya hasrat nak mewujudkan blog sendiri tercapai. Masih sangat baru dan walaupun agak simple, kire puas hati la juga kerana warna latar belakangnya ada sikit-sikit unsur hijau iaitu warna kegemaran saya. Apa nak buat, ni je antara tema yang ada…ehehe..Masa mencari-cari info pasal hijau tadi, tak sangka terjumpa satu blog pun ada citer pasal warna hijau..so nak share ngan kengkawan serba sedikit pasal warna hijau yang indah ni.

 

Owh ye, info ni saya dapat dari blog Amar Mahmood. Beliau adalah penulis buku best seller “Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, leh check blog Amar Mahmood..http://amarmahmood.com/

 

So, apa citer pasal warna HIJAU ni??

 

Love
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

 

Alam semulajadi/ nature

Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

 

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

 

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

 

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.

 

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

 

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

 

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

 

Wahhh..saya pun tak sangka begitu hebat kajian Amar Mahmood ni tentang warna hijau. Dr HM Tuah, motivator terkenal Malaysia pun ada buat kajian mengenai personaliti seseorang berdasarkan warna kegemarannya. Menurut beliau dalam audionya yang saya dengar, penggemar warna hijau ni seorang yang tenang, tak banyak kerenah, romantik, baik hati tetapi cemburu.

 

Macam mana dengan kawan-kawan? Apa pula warna kegemaran kawan-kawan? Kongsilah bersama di sini..;)

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

Kekayaan Abadi

21 Mei 2008 at 5:46 pm | Dikirim dalam Motivasi | 3 Komen

Kekayaan yang diperolehi tidak selalunya dapat diukur dengan wang dan harta benda. Kekayaan boleh juga datang dari segi persahabatan yang lama dan berpanjangan, perhubungan kekeluargaan yang harmoni, simpati dan kesefahaman diantara rakan-rakan sekerja, kesihatan yang baik dan keharmonian dalaman yang membawa kepada kedamaian dari segi spiritual.

 

Hari ini saya nak tambah lagi kekayaan sedia ada kita dengan satu lagi perkara yang membuatkan kita lebih kaya. Kekayaan ini adalah harta yang kita boleh perolehi tanpa berusaha keras dan mengeluarkan sebarang kos pun untuk memilikinya. Sebelum itu, saya nak kongsi satu sajak yang saya ambil dari buku “IBU KOOL BAPA HEBAT” oleh  Jamilah Samian yang bertajuk HARTA ABADI.

 

Ku punya harta yang lebih berharga daripada emas

Lebih berharga daripada apa yang ada di dunia ini

Ia tidak boleh dicari walau di lautan dalam

Atau di gunung yang melangit tinggi

Kerana ia tersembunyi di dalam diri

Ia tidak boleh dijual beli

Rahsianya ada dalam diri sendiri

Iaitu KASIH SAYANG untuk semua di dunia ini

Itulah pencetus semangat kehidupan!!

Hidup ini ada matlamat

Satu anugerah Tuhan yang penuh bermakna

Itulah harta yang boleh diberi

Dan harta paling berharga yang boleh diperolehi!

 

Jadi kawan-kawan dah tahu apakah kekayaan yang saya maksudkan? Ya, KASIH SAYANG jawapannya. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang kepada keluarga, kawan- kawan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam ini.

 

Sudahkah kawan-kawan memberi dan menerima kasih sayang hari ini? Mulakanlah kasih sayang dengan menyebarkan salam, ASSALAMUALAIKUM.

Kakak itu menyedarkanku

21 Mei 2008 at 9:31 am | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | 10 Komen

Keistimewaan utama yang ada di lab saya ialah kami dibenarkan memasang radio semasa bekerja. Muzik membuatkan saya bersemangat dan seronok bekerja. Memandangkan selama ni cuma saya sahaja yang orang Malaysia, yang lain dari Indonesia dan Iran, so kiranya saya bebas memasang apa jua channel kegemaran saya, memandangkan mereka pun tak berminat nak mendengar radio malaysia..ehe…sehinggalah suatu hari keadaan telah pun berubah dan saya pun berubah apabila kedatangan seorang kakak yang sambung PhDnye under prof saya.

 

Kakak ni pendengar setia channel “oldies” rupanya..waaaaa…memang mengharukan masa tu, maaflah jika ada peminat lagu2 oldies yang baca blog ni, tapi saya tak tahu kenapa memang tertekan saya dibuatnya bila dengar channel ni. Rasa “slow” sangat tenaga masa bekerja. Tiap kali saya tukar channel je, dia tukar balik..sudahnya saya mengalah je. Adalah suatu hari saya suarakan dan cadangkan supaya memasang channel yang tak moden sangat dan tak la oldies sangat, tapi beria2 dia mempertahankan minatnya pada channel oldiesnya itu..pheewwww…payah jugak!!!Apa yang patut saya lakukan, tentu tak best kan bekerja dengan suasana yang tak seronok walaupun sekadar masalah kecil itu. Apakah pula pilihan saya? Sorokkan je radio tu? Tak mungkin, atau rosakkan radio tu, jahatnye saya!!!Lancarkan perang dingin ngan kakak tu..uhhhhh, mengarut!!! takkan kerana radio nak gaduh2 pulak, memalukan.

 

Akhirnya, saya buat keputusan bertahan, mungkin telinga saya akan lali mendengar lagu2 yang “syahdu” tu..pada masa yang sama, buat kerja sepantas mungkin, supaya hari saya akan berlalu dengan cepat. Dan ..rupanya berkesan jugak tindakan saya.

 

Perubahannya, saya bagaikan tak dengar je radio tu berkumandang sepanjang bekerja dek kerana terlalu fokus dengan kerja saya, kerana setiap kali masuk lab je saya berazam untuk siapkan kerja saya sepantas mungkin. Kalau dulu, bila kerja tak pasang radio je macam tak seronok, sekarang ada radio ke takde ke, seronoknya tetap ada. Secara tak langsung mengurangkan kebergantungan saya pada sesuatu. Jika tiada permasalahan ini, mungkin saya tak berubah dan mungkin terbawa-bawa tabiat ni di masa akan datang.

 

Terima kasih kakak itu kerana menyedarkanku!!!

 

 

 

 

 

 

 

Adikku dilanggar lari

20 Mei 2008 at 5:53 pm | Dikirim dalam ~ S.A.Y.A ~ | Tinggalkan komen

Minggu lepas kami sekeluarga gempar bila dapat tahu adik saya yang bongsu accident. Adik saya menunggang motornya baru balik dari keje shif pagi waktu tu. Masa dapat call dari seorang india, dia cuma bagitau yang adik saya tak sedarkan diri dilanggar lari. Mujur juga kami adik-beradik semua ada kat KL ni, so dapat je info terus kami ke HUKM melihat keadaannya.

Setelah enam jam, baru dapat tahu keadaannya, Alhamdulillah tiada kecederaan serius, cuma luka-luka luaran. Tak lama kemudian, datang 4 orang polis yang memperkenalkan diri mereka dari Jabatan Narkotik Bukit Aman. Apalagi, kami adik-beradik masa tu konfius sekejap, apa kaitan polis narkotik ni ngan kemalangan adik saya?

Rupa-rupanya masa kejadian tu, mereka sedang mengejar penjenayah yang mengedar dadah. Dalam kejadian kejar-mengejar tu, penjenayah tersebut yang memandu Unser bertindak nekad melanggar adik saya. Masa dilanggar, adik saya melambung dan bergolek di atas jalan manakala motornya tercampak jauh ke dalam longkang. Melihat keadaan motornya yang terbarai teruk, memang tak sangka adik saya akan selamat. Cuma yang sempat polis tu kata, helmet adik saya yang menyelamatkannya. Namun, itulah kekuasaan ALLAH. Alhamdulillah juga penjenayah tu berjaya ditangkap polis akhirnya setelah sesi kejar-mengejar berakhir di R&R Serdang.

Semoga kawan-kawan lebih berhati-hati terutamanya yang menunggang motosikal.

Beri Senyuman

20 Mei 2008 at 3:13 pm | Dikirim dalam Motivasi | Tinggalkan komen

Mulakan hari anda dengan senyuman, kerana adakalanya apa yang berlaku di awal hari akan berlarutan sehingga menjelang malam. Senyum kepada sesiapa sahaja. Jendela senyuman akan membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekeliling anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri.

Dari segi luaran, senyum membuatkan diri anda disenangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah anda akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut bersama jadi gembira dan jadi “penyenyum bila melihat bibir anda yang sentiasa mengukir senyum.

Sekiranya anda seorang peniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba ke kedai, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi.

Jadi, walaupun apa jua situasi yang anda alami, mulakan hari anda dengan senyuman, InsyaALLAH apa saja tugas yang anda lakukan akan sentiasa baik, samada dalam urusan peribadi, pekerjaan ataupun perniagaan.

Sudahkah anda memberi senyuman hari ini? Jika belum, senyumlah pada orang disebelah anda sekarang. (^_^).

 

 

 

 

 

 

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.