Senjata Psikologi

28 Mei 2008 at 1:18 pm | Dikirim dalam Yang Pelik Yang Jelik, ~ S.A.Y.A ~ | 8 Komen

Pernah tak kawan-kawan melihat orang berniaga dalam masjid? Berniaga di luar perkarangan masjid bukan perkara asing, tetapi terserempak dengan orang yang berniaga di dalam masjid macam pelik pulak buat saya. Mungkin kerana, ini pertama kali saya jumpa.

Mulanya bila saya masuk, saya terperasan seorang kakak bersama beg plastik yang besar berisi kerepek. Sangkaan saya mungkin kakak tu cuma berhenti untuk solat macam orang lain. Namun, selesai je saya solat, tiba-tiba kakak tu memanggil saya, kebetulan pula waktu tu memang takde orang lain kecuali dia dan saya.

Kakak Kerepek : Dik, belilah kerepek akak ni, sedap dik, dah sehari suntuk akak berniaga ni, belilah dik, kerepek ubi pedas ada, kerepek pisang ada.

Rayu akak tu bila saya sampai. Rupanya nak jual kerepek akak ni, bisik hati saya. Memandangkan mengejar masa, saya cuma memandang sepintas lalu dan terus terang padanya yang saya tak berminat walaupun yang sebenarnya saya penggemar kerepek.

Saya : Maaf kak, saya nak cepat la, kawan saya dah tunggu kat bawah, terima kasih ye kak, saya pergi dulu.

Anak kecil : Mak, laparnya, bila kita boleh makan, lapar la mak.

Tetiba seorang anak perempuan kecil datang, dengan wajah yang sayu, merayu minta makan dengan maknye. Rupanya ada anak akak ni.

Kakak Kerepek : Kejap ye nak, kerepek mak banyak lagi ni, lepas ni kita makan ye. Sabar ye nak.

Alamak…sedih la pulak saya rasa waktu tu, lagi-lagi bila memandang wajah si anak kecil itu.

Anak kecil : Kak, belilah kerepek mak saya ni, kalau tak lambat saya makan kak, saya lapar ni, tolonglah beli kak, rayu si anak kecil tu pada saya.

Bagaikan terpukau saya terus setuju beli, siap 3 bungkus lagi, kuat betul penangan anak kecil tu. Inilah kuasa kanak-kanak, cepat membuat kita tersentuh.

Kawan : Eh ,mana ko beli kerepek ni? patutlah lambat.

Saya pun menceritakan dari awal hingga akhir pada kawan saya.

Kawan : Tu la ko ni, cepat sangat percaya..ntah..ntah akak tu ketua sindiket yang guna kanak-kanak ke? Ataupun dia guna anak dia sebagai senjata psikologi ke? Mana la tau…kalau lapar sangat, bagi je la budak tu makan kerepeknye.

Saya : ishhh ko ni, kesian budak tu, kan ke masjid ni, lagipun aku cuma beli kerepek je la!

Tapi, lepas tu berfikir juga saya, tak dinafikan memang ada golongan yang tak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak untuk mengaut keuntungan sendiri. Apalah nasib kanak-kanak yang sepatutnya menghabiskan masa di sekolah menuntut ilmu dan di rumah bersama keluarga menjadi mangsa golongan yang tak bertanggungjawab ini. Yang peliknya, ada juga kanak-kanak tu, bila ditanya, mengaku suka pulak buat macam tu tanpa paksaan sesiapa.

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.