Hijau Warnaku

23 Mei 2008 at 1:52 am | Dikirim dalam Santai | 18 Komen

Jumaat yang indah dan penuh keberkatan datang lagi!!!:)

 

Alhamdulillah, akhirnya hasrat nak mewujudkan blog sendiri tercapai. Masih sangat baru dan walaupun agak simple, kire puas hati la juga kerana warna latar belakangnya ada sikit-sikit unsur hijau iaitu warna kegemaran saya. Apa nak buat, ni je antara tema yang ada…ehehe..Masa mencari-cari info pasal hijau tadi, tak sangka terjumpa satu blog pun ada citer pasal warna hijau..so nak share ngan kengkawan serba sedikit pasal warna hijau yang indah ni.

 

Owh ye, info ni saya dapat dari blog Amar Mahmood. Beliau adalah penulis buku best seller “Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, leh check blog Amar Mahmood..http://amarmahmood.com/

 

So, apa citer pasal warna HIJAU ni??

 

Love
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

 

Alam semulajadi/ nature

Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

 

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

 

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

 

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.

 

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

 

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

 

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

 

Wahhh..saya pun tak sangka begitu hebat kajian Amar Mahmood ni tentang warna hijau. Dr HM Tuah, motivator terkenal Malaysia pun ada buat kajian mengenai personaliti seseorang berdasarkan warna kegemarannya. Menurut beliau dalam audionya yang saya dengar, penggemar warna hijau ni seorang yang tenang, tak banyak kerenah, romantik, baik hati tetapi cemburu.

 

Macam mana dengan kawan-kawan? Apa pula warna kegemaran kawan-kawan? Kongsilah bersama di sini..;)

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

18 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. Semua warna indah. Bagai pelangi yang mewarnai langit. Indah kan?

    Setiap warna mempunyai nilai dalam diri seseorang. Terpulang.

    Saya suka hijau. Percayalah!

  2. saya suke biru! biru air laut!

    ngeheehehe..taklah..saya suke hitam..hitam nampak kemas..hitam kegemaranku

  3. hehe…em dulu suke biru..gelombang biru..sekarang tidak lagik…kaler ijau di hati skang..n mayb akan tukar one day…ikot mood..hehe…

  4. Hijau itu DAMAI…sama seperti gambar theme blog ini. Damai, alam, tenang dan makmur.🙂
    muga anda dilimpahi kedamaian dan kemakmuran

  5. Bayan ~~~ dan sejauh manakah warna mempengaruhi kita..;)

    lyd ~~~ kad kawen hitam ye..ngeeee

    zen ~~~ warna ikut mood, so sekarang ni tengah tenang la ye..;)

    Amar Mahmood ~~~ terima kasih kerana datang melawat..tak sangka!!!ehehe..semoga anda juga dilimpahi kedamaian dan kemakmuran.

  6. ammvoiii, blog baru yer.. free theme yg disukai ramai seperti susu lemak berkrim.. me macam pernah namfak sebelum ini, tapi dimana yahhhh! cisss

  7. ooops, me vukan marah kat ko.. me marahkan nyamok sebenornyer..

    anyway, selamat memblog dan jaga diri baik2 yer.. mmuaahhh akak juliana yg jeliter itteww.. ammvoiii

  8. sy suke ijau😀

  9. lyd, ko nyer uniform pun kaler biru kan? hahah

  10. saya suka biru! *angkat tangan*

  11. owh cik jul, jgn heran ya. sy mmg suka tinggalkan komen secara berdikit² cam ni.. hahah cam dah jadi trend pulak.. huhuh

  12. owhh…cik t.a.t.a suke biru erk, orang yang suke biru..Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
    berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas..ni yang kite baca la..;)

    xpe je cik t.a.t.a, teruskan trend tu..ehe..kite orait2 je..:D

  13. hijau warna kegemaran si dia😀
    hijau warna IN tahun ni. tak ingat dah baca kat mana. hijau warna parti politik itu hehe

    saya suka hitam.. tapi baju kurung chantek kalau warna hijau😀

  14. ahaaaa…akak ada banyak koleksi baju kurung kaler hijau..:D

    • kelly pun ad bnyak koleksi bju kurung clr hijau…
      1 almari clr ijau…
      ssh nx tgk clr laen….

  15. Saya penggemar warna hijau.. tanpa saya sedari, dalam minggu ini sahaja, 4 dari 5 hari bekerja saya pakai baju warna hijau.

    • kelly ary2 g cls kai bju clr hijau….

  16. saya memang pengemar sgt9 wrna hijau ny…
    ia bagaikan pembakar semangat saya….
    semua aksesori saya b’warna hijau….
    saya paling suka ijau apple…
    warna hijaunye yang lembut m’buatkan saya teruja untuk memilikinye…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: